Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Kali ini dicatatkan gambaran2 pada hari akhirat seperti dalam Surah Fussilat (yang dijelaskan) yakni surah ke 41 dalam al-Quran al-Karim.
Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. (19) Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (20)
Allah mengingatkan tentang adanya siksaan di akhirat, supaya org2 yg ingkar, kufur dan derhaka kpd Allah mengambil ingatan. Dan mereka ini akan dikumpulkan mula daripada org yang mula-mula hinggalah org yang penghabisan secara berbaris-baris dan teratur; dan mereka ini ditahan untuk dimasukkkan ke dalam neraka satu demi satu. Tentu sekali bilangan mereka sangat ramai. Apabila mereka sampai ke neraka; seluruh anggota baik (pendengaran) telinga, mata (penglihatan), kulit yakni seluruh anggota zahir termasuklah kemaluan menjadi saksi terhadap maksiat yang dikerjakan semasa di dunia.
Jika ada orang bertanya kenapa Allah sebut 3 sahaja sedangkan manusia ada 5 pancaindera? Jawapannya ialah menghidu, merasa dan menyentuh ketiga2nya termasuk dalam pekerjaan organ2 yang menggunakan sentuhan kulit. Jadi kulit2 anggotalah yang menjawab soalan2.
Ibnu 'Abbas berkata; Yang dimaksudkan dengan "penyaksian anggota kemaluan mereka yang dibahasakan dengan kata-kata halus kerana Nabi Muhammad saw bersabda; "Yang mula2 bercakap daripada anggota anak Adam itu ialah pahanya dan tapak tangannya".
Bermakna ayat yang dihuraikan ini memberi amaran keras kpd org2 yang berzina kerana pembukaan zina dilakukan oleh peha dan tapak tangan. Anggota2 inilah yang akan menjadi saksi terhadap tuannya. Begitu juga setiap anggota badan yang lain akan turut menjadi saksi.
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (21)
Musuh2 Allah ini nanti akan mencaci organ2 atau anggota tubuh badannya sendiri; "Mengapa kamu naik saksi atas kami sekarang ini sedangkan dahulu kamu bersyubahat bersama kami melakukan maksiat iaitu sama2 menurut kehendak nafsu. Lalu jawab anggota badan; "Allah menjadikan kami bercakap, kerana DIAlah Tuhan yang menjadikan segala sesuatu pandai bercakap".
Ini bererti mereka tidak dapat mengelak daripada mengaku segala apa yang mereka telah kerjakan semasa di dunia. Allah menyambung lagi bahawa DIAlah yang menjadikan manusia pertama kali dan DIAlah yang membangkitkan mereka di dalam kubur setelah mati untuk menerima pembalasan.
Ada sebuah hadis sahih riwayat Muslim daripada Anas bin Malik katanya: "Kami sedang berada di sisi Rasulullah saw tiba2 baginda tertawa seraya berkata; Tahukah kamu kenapa saya tertawa? Jawab kami; Allah dan rasulNya sahaja yg lebih tahu. Kata baginda yang maksudnya; "Saya tertawa disebabkan ada seorang hamba yg bercakap-cakap dengan Tuhannya. Dia berkata; "Bolehkah ya Tuhan, Engkau selamatkan saya daripada berbuat zalim? Jawab Tuhan; "Boleh". Katanya lagi; "Saya tak membenarkan diri saya naik saksi ke atas saya melainkan dengan kebenaran saya". Jawan Tuhan ; "Sudah cukuplah dirimu sendiri yang naik saksi ke atas engkau dan malaikat kiraman dan katibin juga menjadi saksi". Kemudian Allah mengunci mulut orang itu sehingga tidak dapat bercakap lagi tentang amalan yang dilakukannya. Kemudian diasingan dengan percakapan-percakapan anggotanya. Diapun berkata: Celaka dan binasalah kamu, tak guna aku berjuang!". Begitulah bayangan kemarahan musuh2 Allah terhadap anggota tubuh badan mereka yang mendedahkan segala perbuatan buruk mereka semasa di dunia.
InsyaAllah sambung lagi dengan ayat2 (22 hingga 32) dalam N3 akan datang.
No comments:
Post a Comment