Thursday, April 15, 2010

Gempa Bumi Gegar Barat China

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pada petang yang indah dan ceria ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Berita gempa sana sini boleh dikatakan berlaku setiap hari. Di bawah ini adalah berita yang diambil daripada beberapa sunber. Kita bersyukur kerana tidak terlibat dengan ujian seperti ini, namun kita perlu jadikan ini sebagai peringatan Allah kepada kita. InsyaAllah. Mudah2an kita dapat meningkatkan amalan kita.

Tentara China menyelamatkan korban gempa bumi di Qinghai (AP Photo/Xinhua, Wang Qiang)
[link]
PASUKAN pencari dan penyelamat berusaha mengenal pasti seandainya wujud mangsa tertimbus
di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi di wilayah Qinghai di China, semalam.
Sekurang-kurangnya 400 dilaporkan maut dan lebih 10,000 orang cedera dalam laporan awal bencana itu. - AP

[link]

Sebuah bangunan terbongkar keluar daripada tapaknya selepas gempa [link].

BEIJING 14 April - Wilayah barat laut China dan Tibet dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher hari ini mengakibatkan kira-kira 400 orang terbunuh dan lebih 10,000 cedera ekoran rumah, sekolah dan pejabat di kawasan pergunungan runtuh.

Gempa berkenaan berpusat di kawasan pergunungan yang membahagi wilayah Qinghai dengan wilayah autonomi Tibet.

Gempa berpusat 240 kilometer ke barat daya pekan Qamdo di Tibet dan 375 kilometer ke tenggara pekan perlombongan Golmud di Qinghai.

Gempa berukuran 5.0 pada skala Ritcher melanda wilayah yang sama lewat malam semalam dan gempa susulan berukuran 6.0 Ritcher menggegarkan pekan berkenaan awal pagi ini menyebabkan penduduk yang bimbang berkumpul di jalan-jalan raya.

Beberapa gempa bumi susulan menyebabkan bangunan rendah di daerah Yushu dalam wilayah Qinghai di barat daya China runtuh, kata penduduk dan media tempatan. Tentera telah dikerah ke tempat kejadian.

''Kira-kira 400 orang terbunuh dalam kejadian ini,'' lapor stesen televisyen milik kerajaan memetik kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha kerajaan Yushu, Huang Limin.

Ramai penduduk di kawasan pedalaman berkemungkinan tiada tempat berlindung dalam cuaca sejuk yang mencapai tahap hampir beku di Yushu dan lebih sejuk lagi di kampung-kampung di kawasan pergunungan.

''Anggota penyelamat sedang berusaha membawa mereka keluar mereka yang cedera. Banyak rumah setingkat runtuh. Bangunan lebih tinggi masih tegak tetapi mengalami retak yang teruk,'' kata seorang penduduk, Talen Tashi.

''Rumah-rumah di kawasan terlibat dibuat daripada dinding yang tebal, namun jika ia runtuh boleh mendatangkan kecederaan kepada banyak orang di dalamnya,'' kata seorang penduduk etnik Tibet, Zhou De melalui telefon dari ibu negeri Qinghai selepas menghubungi keluarganya di Yushu.

Kawasan kaki gunung di timur dan selatan wilayah tersebut menjadi tempat kediaman masyarakat Tibet manakala kawasan utara dan barat hampir tidak berpenghuni. - Reuters

Kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya.

No comments: