Friday, May 28, 2010

Pengertian Iman dan Imam Hasan Al-Bashri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Zuraini Ismail dalam Majalah Solusi isu 19 menyatakan :

Hassan Al-Bashri sudah sinonim dalam kalangan umat Islam sebagai seorang 'ulama sufi' sama seperti Junaid al-Baghdadi, Malik bin Dinar, Ibhrahim bin Idham dan ramai lagi. Beliau terkenal dengan pidatonya yang hebat dan menyentuh. Setiap kali menyentuh tentang akhirat atau zaman kegemilangan para sahabat Nabi SAW boleh menyebabkan pendengar menangis tersedu sedan.

Dalam buku Malam Pertama di Alam Kubur oleh Dr. Aidh Al-Qarni menyatakan bahawa Hasan Al-Bashri rahimahulllah berkata,

"Iman tidak hanya angan-angan dan hiasan semata. Iman adalah apa yang diyakini dengan hati dan direalisasi dengan amalan atau tindakan. Iman adalah keyakinan yang mengakar kuat di hati dan dibuktikan dengan kenyataan. Keyakinan itu tidak berubah sehingga ia benar-benar teguh pada diri seseorang".

Dr. Aidh Al-Qarni menyatakan bahawa Hasan Al-Bashri rahimahulllah berkata lagi:

"Celakalah manusia oleh angan-angannya; berkata tanpa beramal, bermakrifat tanpa bersabar dan beriman tanpa keyakinan. Mengapa ada beberapa orang yang tak memiliki aqal. Kudengar ucapan tetapi tak ada realiti"

Jadi mari kita tanya diri kita adakah kita sebagai seorang mukmin yang telah merealisasikan iman dengan perbuatan atau sekadar ucapan sahaja? Iman bukan sekadar ucapan yang boleh dibuat main-main lalu dibiarkan sahaja.

Imam Hassan Al-Bashri masuk ke suatu kaum lalu keluar, kaum yang mengerti tetapi mengengkari, mengharamkan tetapi kemudian menghalalkan.Agama mereka hanya sekadar ucapan di bibir. Mereka ditanya; "Apakah engkau beriman dengan hari kiamat?" Mereka menjawab ; "Ya, kemudian mendustakannya. "Apakah yang engkau ketahui tentang hari kiamat?"

Dr. Aidh Al-Qarni berkata lagi bahawa,

Inilah akhlak orang yang beriman: ada keteguhan dalam beragama, ada iman dalam keyakinan, ada ilmu dalam santun dan berlaku santun dalam berilmu. Ada kecerdasan dalam kelembutan, keindahan dalam jejaknya, ada kemurahan dalam kayanya. Ada kelembutan dalam pemberiannya, ada kasih sayang terhadap yang lemah. selalu menunaikan hak-hak, ada kesedaran dalam istiqamah, tidak membalas orang yang membenci, tak ada keengganan dalam menolong.

Akhlak orang-orang yang beriman juga tak pernah menghina dan mengejek, tak pernah tenggelam dalam senda gurau dan permainan yang sia-sia. Tidak menggunjing (memfitnah, caci maki) manusia, tak melakukan sesuatu yang tidak diketahuinya, tak pernah menolak kebenaran. Subhanallah! Inilah akhlak orang-orang yang beriman.

Berbalik kepada Imam Hasan al-Bashri, beliau bukan sekadar boleh memberikan sentuhan emosi bahkan mencetus dorongan untuk seseorang berubah dan beramal. Beliau bercakap daripada lubuk nurani, ucapannya selari dengan perbuatan, luarannya sama seperti dalaman, apabila mengajak orang lain melakukan kebaikan, terlebih dahulu beliau mengerjakan apa yang diserunya, begitu juga apabila mencegah kemungkaran beliau tidak pernah melakukan kemungkaran.

Imam Al-Ghazali pernah memberikan komen kepada Imam Hasan Al-Bashri;

"Ajaran-ajaran Hasan Al-Bashri mempunyai pertalian yang rapat dengan syarahan para Nabi, budi pekertinya menyerupai budi pekerti para sahabat Nabi SAW".

Sememangnya Imam Hasan layak memiliki keistimewaan tersebut kerana alam kanak-kanaknya dikelilingi para sahabat Nabi, bahkan beliau sangat bertuah kerana dapat menyusu dengan Ummu Salamah (Ummul Mukmini). Ibunya adalah bekas hamba Ummu Salamah manakala ayahnya pula bekas hamba Zaid bin Thabit.

Hasan banyak berguru dengan ramai sahabat Nabi SAW sehinggalah pada usia 14 tahun Hasan meninggalkan negerinya Madinatul Munawwarah mengikut ayahnya berpindah ke Basrah dan menetap di sana. Disebabkan akrabnya Hasan dengan kota Bashrah maka namanya dirangkaikan dengan kota tersebut menjadi Hasan Al-Bashri.

Bold

Kisah Imam Hassan ini boleh dibaca dalam Majalah Solusi isu 19 dan iman boleh dibaca dalam Buku Malam Pertama di Alam Kubur.

4 comments:

penjejak maya said...

salam,

seharusnya kita perlu menghayati perjuangan alim ulama silam..

ummu said...

salam kak werdah
malam pertama di alam barzakh itu sungguh mengesankan kan , kak...
moga kita sentiasa bersedia menghadapinya..amin
TQ ya kak atas perkongsian ini. Bersusah payah akak menaip bahan2 ini...
p/s;saya ada hantar email apda akak tau

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Perjuangan mereka ikhlas, merka tak kebndaan, yang penting bagi mereka untuk bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera. Mudah2an kita dapat menghayati perjuangan mereka dan membersihkan kotoran dalam hati. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Ummu,

Semoga ummu sihat dan ceria di sana.

Terima kasih juga buat ummu yang menjemput kak, kak dah baca emel n alhamdulillah, semoga ikatan ukhwah antara kita semakin erat dan dirahmati Allah. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk mengisi masa yang agak terluang. Mudah2an dapat mendidik hati tidak terleka bila ada aktiviti seperti ini. Kadang2 berbaring pun rasa pening jadi bila dapat duduk kejap2 ni menaiplah.Alhamdulillah.