Bismillahirrahmanirrahim.
Lihatlah betapa Allah swt telah menunjukkan kekuasaan & kebesaranNya.

Di bawah ini disalin maksud ayat-ayat yang tertera dalam youtube di atas bagi memudahkan merujuknya.
Mudah2an kita dapat mengambil iktibar.
"Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?" (Ghafir / al-Mukmin [40] : 81)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Al-Ahzab [33] : 59)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". (An-Nur [24] : 31)
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman". (Al-A'raf [7] : 26 & 27)
"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin". (Al-An'am [6] : 75)
"Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya". (Ali Imran [3]: 20)
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (Ali Imran [3] : 85)
Surah 26 As-Syu'ara ayat 109, 127, 145, 164 dan 180 bermaksud :"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam".
Nota Penulis: Dalam surah as-Syu'ara ada 5 ayat yang diulang-ulang. Allah menegaskan kepada kita bahawasanya Nabi Muhammad saw hanya menyampaikan peringatan Allah supaya umatnya mengikut ajaran Allah swt. Nabi tidak mendapat apa-apa keuntungan dan kerugian, kita manusialah yang mendapat kerugian jika tidak mengikut ajaran Allah dan sebaliknya kita beruntung jika mengikut Allah dan RasulNya.

Terima kasih kepada Suhana kerana memberikan anugerah ini.
12 comments:
salam,
moga menjadi peringatan buat kita..
salam kak Werdah..
maaf dah lama xberkesempatan ziarah ke sini..trm ksh entri ni..gerun dan insaf baca..moga ianya menjadi peringatan berharga buat kita semua..
Salam,
Subhanallah!
Bala Allah itu sekejap saja namun impaknya cukup lama!
Ini baru bala-Nya di atas dunia..
Di sana pula?? Masya-Allah, pastilah Maha dashyatnya!
Moga kita mendapat iktibar disebalik semua petunjuk-Nya itu...
Salam Jumaat yg mulia...
salam alaiki ckgu...
subhaAllah ..
trima kasih ckgu ats entry yg benar2 mmbuat sy mngingati akan kekhilafan diri sy sbgai hmba Allah swt..
moga sama2 mndapat pngjaran ..insyaAllah
Salam Sis Werdah,
Terima kasih sudi mengingatkan semula suruhan Allah.
Salam Werdah, trime kaseh atas artikel yang sangat baek ni.. Akan kuingat..
Salam Semua.
Terima kasih krn membaca dan komen.
Betapa peringatan Allah kepada kita. Semoga kita sama-sama saling ingat mengingatkan. dan InsyaAllah kita sama-sama memperbaiki amalan kita.. Amiin.
Buat masa ini PC rosak dan line tnet pun agak slow. Jadi nak ziarah n komen blog kawan2 ambil masa sedikit.
salam...kak,
sangat menginsafkan..moga menjadi pengajaran pada kita semua.
salam kak werdah
maaf lama dah x jengah akak...
harap akak sentiasa diberikan Allah kesihatan yang baik....
Selamat hari guru kepada akak...
Salam Sekamar Rindu.
Benar sangat tu, insaf, kerana Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Salam Nanie.
Nanie tak ada salah apapun. Kakpun begitu, jarang jenguk blog kawan2, mcm2 perkara, terima kasih atas ucapan, mcm baru semalam je berhenti mengajar.. terima kasih juga atas doa untuk kesihatan kak, mudah2an nanie juga diberi kekuatan dan kesihatan, insyaAllah. Allahumma Amiin
Salam saiful.
Maaf terlepas pandang komenmu.. mudah2an kita sentiasa mengingati akan kebesaranNYA
Post a Comment