07 Jamadil Akhir 1431.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.
Allah berfirman:
Maksudnya:
Ayat ini merupakan acaman keras daripada Allah SWT kepada manusia.
1) Bahawa tidak ada yang terkecuali sama ada suka atau tak suka tetap akan dibangkitkan.
2) Bahawa akan dibangkitkan di tempat yang sama, dalam keadaan yang sama, berkaki ayam dan bertelanjang (Ada hadis tentang ini), dan anda boleh bayangkan keadaan pada hari itu , sila klik di SINI (Harap dapat dibaca agar lebih terkesan di jiwa).
3) Allah bagi tahu berita yang hebat kerana Allah menggunakan kalimah فَيُنَبِّئُهُم bukan kalimah 'KHABARA'. Berita-berita hebat ini diberitahu oleh para Nabi (berasal daripada kalimah nabiyyun), boleh juga lihat ayat kedua surah An-Naba' untuk memahami maksud kalimah itu.
Oleh sebab berita ini berita besar maka manusia perlu beri perhatian. Dalam hal ini kita boleh ambil contoh yang mudah. Seorang pelajar mengambil peperiksaan. Ada 3 hal yang perlu diperhatikan, katalah A dia menjangka apa soalan akan keluar dan dia bersedia dengan sebaik-baiknya. B pula dia menjangka soalan itu keluar tetapi tak bersedia, manakala C pula, dia langsung tak menjangka dan langsung tak bersedia.
Sekarang kita lihat pula apa akan jadi pada A, B dan C ini jika soalan yang dijangka keluar itu betul-betul keluar. Tentulah A ini seronok, suka dan puashati, manakala B pula akan menyesal sebab dia menjangkakan soalan itu akan keluar tetapi dia tak besedia, dan C pula yang paling malang, dia ingat semuanya tak keluar, dia langsung tak bersedia. C ini sangat kecewa.
C ini tak pernah jangka dan tak pernah bersedia jadi bila masuk ke dewan peperiksaan tentu dia terperanjat, tak boleh jawab dan rasa nak keluar dari dewan. Begitulah umpamanya di akhirat nanti. Manusia yang tahu apa akan disoal dan dia bersedia dan tiba-tiba di akhirat pula berlaku seperti yang dia jangkakan tentulah dia bergembira. Golongan yang kedua pula akan menyesal sebab dia menjangkakan tapi tak bersedia. Manakala golongan ketiga adi dia ingat semuanya tak ada, diapun tak buat apa-apa persediaan. Diapun menyesal dan akan minta kembali semula ke dunia untuk melakukan amalan soleh seperti dalam surah as-Sajadah.
Ada satu kisah seorang 'alim tetapi ini bukan daripada mana-mana hadis, namun sebagai anekdot. Pak Kiyai dalam satu ceramah menceritakan tentang seoarang 'alim yang banyak ilmu dan banyak amalan. Semua orang menyangka dia mati dalam keadaan senang berada di alam barzakh, tetapi pada suatu hari seorang muridnya telah bermimpi bertemu gurunya yang 'alim tadi. Guru itu memberitahu bahawa dia mengalami masalah kerana sekali pada masa hidupnya dia telah menghadiri majlis makan-makan. Lalu terselit sedikit makanan di celah gigi, diapun mengambil dan mematahkan sebatang lidi daripada sebilah penyapu bagi mencungkil keluar makanan yang terselit itu tanpa pengetahuan tuan punya penyapu. Subhanallah! kerana satu lidi yang dipatahkanpun dia ditanya dan tersangkut. Sebenarnya ini , kisah tentang hak, bila bukan hak kita biar sekecil manapun, Allah (Al-Muhsi) akan mencatatnya dan dengan sebab tak minta izin orang 'alim tadi tersangkut biarpun amalan-amalan lainnya amat sempurna.
Allah menyimpan rekod, merakam perbuatan atau apa yang terfikir oleh otak kita atau aqal kita. Cuba lihat ayat di bawah:
Kenapa Allah kata ubun-ubun, sebabnya ialah otak kita terdiri daripada otak kiri, kanan, depan dan belakang. Allah kata ubun-ubun sebab itulah otak bahagian hadapan yang di sana ada penentu setiap sikap kita . Di sana ada rasa nak kufur, rasa nak muslim, nak mukmin, nak dengki, iri hati, nak terima pendapat atau tak dan seterusnya.
Allah juga merakam melalui DNA kita. Cop jari kita di dunia dan di akhirat adalah sama. DNA tak boleh rekod apa yang ada dalam hati kita. Lihat ayat di bawah:
Allah juga merakam dan merekod melalui malaikat Raqib 'Atid. Inilah yang paling lengkap kerana kadar keikhlasan, ketakwaan, sama ada kita terpaksa atau tidak yakni sama ada kita berusaha atau tidak semuanya tercatat.
Tambahan pula Allah Maha Menyaksikan;
وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ
"Allah menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu".
Bila Allah kata syahid 'ala maknanya persaksian yang dibuat ke atas manusia itu semuanya memberatkan manusia yakni semuanya berpihak kepada Allah SWT.
Itulah sebahagian daripada ancaman Allah al-Jami' (Yang Maha Menghimpunkan atau Mengumpulkan) pada hari akhirat nanti. Diberinya amaran dan berita ancaman ini sebagai rahmatNya kepada kita agar kita semua bersedia.
Sekian mudah2an memberi manfaat.

يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَٮٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ
Maksudnya:
"Pada hari Allah membangkitkan semuanya dihimpunkan (dikumpulkan), lalu diterangkan (dikhabarkan) kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Mujadalah [58] : 6)
Ayat ini merupakan acaman keras daripada Allah SWT kepada manusia.
1) Bahawa tidak ada yang terkecuali sama ada suka atau tak suka tetap akan dibangkitkan.
2) Bahawa akan dibangkitkan di tempat yang sama, dalam keadaan yang sama, berkaki ayam dan bertelanjang (Ada hadis tentang ini), dan anda boleh bayangkan keadaan pada hari itu , sila klik di SINI (Harap dapat dibaca agar lebih terkesan di jiwa).
3) Allah bagi tahu berita yang hebat kerana Allah menggunakan kalimah فَيُنَبِّئُهُم bukan kalimah 'KHABARA'. Berita-berita hebat ini diberitahu oleh para Nabi (berasal daripada kalimah nabiyyun), boleh juga lihat ayat kedua surah An-Naba' untuk memahami maksud kalimah itu.
"Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)". (An-Naba' [78] : 2)
Oleh sebab berita ini berita besar maka manusia perlu beri perhatian. Dalam hal ini kita boleh ambil contoh yang mudah. Seorang pelajar mengambil peperiksaan. Ada 3 hal yang perlu diperhatikan, katalah A dia menjangka apa soalan akan keluar dan dia bersedia dengan sebaik-baiknya. B pula dia menjangka soalan itu keluar tetapi tak bersedia, manakala C pula, dia langsung tak menjangka dan langsung tak bersedia.
Sekarang kita lihat pula apa akan jadi pada A, B dan C ini jika soalan yang dijangka keluar itu betul-betul keluar. Tentulah A ini seronok, suka dan puashati, manakala B pula akan menyesal sebab dia menjangkakan soalan itu akan keluar tetapi dia tak besedia, dan C pula yang paling malang, dia ingat semuanya tak keluar, dia langsung tak bersedia. C ini sangat kecewa.
C ini tak pernah jangka dan tak pernah bersedia jadi bila masuk ke dewan peperiksaan tentu dia terperanjat, tak boleh jawab dan rasa nak keluar dari dewan. Begitulah umpamanya di akhirat nanti. Manusia yang tahu apa akan disoal dan dia bersedia dan tiba-tiba di akhirat pula berlaku seperti yang dia jangkakan tentulah dia bergembira. Golongan yang kedua pula akan menyesal sebab dia menjangkakan tapi tak bersedia. Manakala golongan ketiga adi dia ingat semuanya tak ada, diapun tak buat apa-apa persediaan. Diapun menyesal dan akan minta kembali semula ke dunia untuk melakukan amalan soleh seperti dalam surah as-Sajadah.
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajadah [32]: 12)Dalam ayat tadi Allah kata أَحۡصَٮٰهُ Aku akan hitung segala amal mereka sedangkan mereka lupa.
Ada satu kisah seorang 'alim tetapi ini bukan daripada mana-mana hadis, namun sebagai anekdot. Pak Kiyai dalam satu ceramah menceritakan tentang seoarang 'alim yang banyak ilmu dan banyak amalan. Semua orang menyangka dia mati dalam keadaan senang berada di alam barzakh, tetapi pada suatu hari seorang muridnya telah bermimpi bertemu gurunya yang 'alim tadi. Guru itu memberitahu bahawa dia mengalami masalah kerana sekali pada masa hidupnya dia telah menghadiri majlis makan-makan. Lalu terselit sedikit makanan di celah gigi, diapun mengambil dan mematahkan sebatang lidi daripada sebilah penyapu bagi mencungkil keluar makanan yang terselit itu tanpa pengetahuan tuan punya penyapu. Subhanallah! kerana satu lidi yang dipatahkanpun dia ditanya dan tersangkut. Sebenarnya ini , kisah tentang hak, bila bukan hak kita biar sekecil manapun, Allah (Al-Muhsi) akan mencatatnya dan dengan sebab tak minta izin orang 'alim tadi tersangkut biarpun amalan-amalan lainnya amat sempurna.
Allah menyimpan rekod, merakam perbuatan atau apa yang terfikir oleh otak kita atau aqal kita. Cuba lihat ayat di bawah:
"Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah". (Al-'Alaq [96] : 15 - 16)
Kenapa Allah kata ubun-ubun, sebabnya ialah otak kita terdiri daripada otak kiri, kanan, depan dan belakang. Allah kata ubun-ubun sebab itulah otak bahagian hadapan yang di sana ada penentu setiap sikap kita . Di sana ada rasa nak kufur, rasa nak muslim, nak mukmin, nak dengki, iri hati, nak terima pendapat atau tak dan seterusnya.
Allah juga merakam melalui DNA kita. Cop jari kita di dunia dan di akhirat adalah sama. DNA tak boleh rekod apa yang ada dalam hati kita. Lihat ayat di bawah:
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yasiin [36] : 65)
Allah juga merakam dan merekod melalui malaikat Raqib 'Atid. Inilah yang paling lengkap kerana kadar keikhlasan, ketakwaan, sama ada kita terpaksa atau tidak yakni sama ada kita berusaha atau tidak semuanya tercatat.
Tambahan pula Allah Maha Menyaksikan;
وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ
"Allah menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu".
Bila Allah kata syahid 'ala maknanya persaksian yang dibuat ke atas manusia itu semuanya memberatkan manusia yakni semuanya berpihak kepada Allah SWT.
Itulah sebahagian daripada ancaman Allah al-Jami' (Yang Maha Menghimpunkan atau Mengumpulkan) pada hari akhirat nanti. Diberinya amaran dan berita ancaman ini sebagai rahmatNya kepada kita agar kita semua bersedia.
14 comments:
salam,
hm~ *fikir2*
terima kasih ats entri ni..
perhimpunan yg menanti terasa mkin hampir..
ya Allah, payungilah kami dgn Rahmat-MU..
Amin..
Salam,
Penuh iktibar...
Hari itu pasti menjelang tanpa syak dan ragu lagi..
Moga kita tergolong dalam kumpulan 'A'...
Insya-Allah...
(^_^)
salam kak.Tazkirah pagi~terima kasih!nice one dan scary one juga..huhu...
insyaAllah bermanfaat
Salam Manna_Salwa
Melihat kepada perkembangan semasa bermakna hari itu semakin hampir. Mudah2an kita bersedia dan doamu dimakbulkan Allah. InsyaAllah
Salam Muhammad Rafieudin.
Tiada keraguan padanya, Dikatakan bahawa A itupun kemungkinan ada juga penyesalannya, kerana dia mungkin boleh buat lebih baik daripada itu, kisah penyesalan orang2 berbuat baik dan berbuat dosa diceritakan dalam surah at-Taghabun.
InsyaAlah kita berusaha bersungguh-sungguh jadi A.
Salam iqbal.
Ilmu yang diperoleh melalui dengar ceramah, dipesan supaya sampaikan. Mudah2an usaha kecil makcik ini diberkati dan berharap sangat dapat mengamalkan apa yang dipelajari. Memang takut bila mengenangkan semuanya ini. Namun kita perlu berharapkan rahmat Allah.
membace paparan werdah ni teringat aby kt surah al waqiah ..
surah yg memberitahu psl 3 golongan pd hari perhimpunan ni ..
ashabul yamin ..penerime buku catatan dr tangan kanan .. golongan yg baik2 tp akan d hisab,
ashabul syimal .. penerime buku catatan dari tangan kiri ..
mereka ni golongan yg confom neraka ..tk payah hisab2
dan satu lg .. golongan VIP ..yg conform syurga ..
golongan anbiyak, muqorobin, syuhadak2, solihin ..yg terus masuk syurga tanpa hisab .. yg boleh menyeberang titian sirat mcm kilat .
kt mane kite agak nye ...
sekadar memaparkan firman allah kt surah waqiah tu ...
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ganjaran utk penerime buku catatan dr tangan kanan ....
[27]
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
... dapat isteri yg sentiase dara ... ha.ha..
tp utk yg dapat catatan dari tangan kiri ...
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”
... harapan kite .. biarlah kite tergolongan dalam penerime buku catatan pd tangan kanan nanti ..
Salam Aby.
Terima kasih atas perkongsian ini, dan memang asal tujuan blog inipun mengumpulkan ayat-ayat tentang hari akhirat. Agar hati merasa gentar bila membayangkan suasana di sana nanti. Surah al-Waqi'ah ini keseluruhan ayatnya adalah tentang suasana hari akhirat.
Ya!mudah2an kita tergolong di kalangan org2 yang menerima amalan dgn tangan kanan dan tidak ada penyesalan nanti. Amin
salam,
seharusnya kita sentiasa bersedia dan mengingati kematian seolah-olah kita akan mati esok..wallahualam
salam...
entri yang sangat menginsafkan....
memang pasti..tempat perhitungan ..
Salam Penjejak Maya.
Mudah2an kita selalu ingat mati dan sentiasa mempersiap diri dengan bekalan.
Salam Sekamar Ridu.
Ya pasti masti biarpun berusaha untuk lari daripadanya. Setiap apapun akan dihisab.
Post a Comment