Assalamu'alaikum.
Seperti biasa marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat dalam surah Surah Al-Jaathiyah iaitu surah ke 45 dalam al-Quran Al-Karim.
Al-JaathiyahDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Haa, Miim. (1)
Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (2)
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (3)
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (4)
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (5)
Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)? (6)
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7)
Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8)
Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9)
Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10)
Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)
Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur. (12)
Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti. (13)
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: Hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: Balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan. (14)
(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu. (15)
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya. (16)
Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara agama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu. (17)
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (18)
Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah) dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertakwa (yang engkaulah pemimpinnya). (19)
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya). (20)
Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu. (21)
Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya) dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (22)
Tidakkah engkau (wahai Muhammad) lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai Tuhannya?: Dan Alllah membiarkannya sesat kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (23)
Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. (24)
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kamu orang-orang yang benar! (25)
Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia akan mematikan kamu, setelah itu Dia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu). (26)
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. (27)
Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! (28)
Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)! (29)
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (30)
Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan? (31)
Dan apabila dikatakan (kepada kamu): Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya, kamu berkata: Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua dan kami tidak sekali-kali meyakininya. (32)
Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu! (33)
Dan dikatakan (kepada mereka): Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini dan tempat kamu ialah Neraka dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. (34)
(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari Neraka dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya). (35)
(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan Yang Mentadbirkan langit dan Tuhan Yang Mentadbirkan bumi, Tuhan sekalian alam. (36)
Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi serta Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (37)
Huraian:
Di dunia ramai orang yang sombong kerana harta, pangkat bahkan ada yang sombong kerana kekufuran yakni menuruti hawa nafsu. Kesombongan mereka ketara dalam setiap gerak geri kehidupan. Mereka tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
Pada ayat 23, Allah SWT menerangkan keadaan orang-orang yang melakukan dosa terhadap diri sendiri kerana menuruti hawa nafsu. Orang-orang ini meninggalkan petunjuk yang baik semata-mata kerana keras hati sehingga Allah menyatakan bahawa mereka menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan mereka.
Pada hari akhirat nanti semua manusia yang sombong itu akan berlutut seperti pengemis. Mereka semuanya akan dihumban ke dalam neraka jahannam. Tiap-tiap umat dari seluruh bangsa manusia akan bertekuk-lutut disebabkan sangat takut melihat peristiwa kiamat yang menggemparkan. Keadaan mereka seolah-olah pesalah yang sedang menanti hukuman.
Mereka dipanggil satu persatu untuk menerima dan melihat kitab amalan masing-masing. Kitab itulah juga menjadi saksi terhadap segala apa yang mereka lakukan semasa di dunia.
Adapun orang-orang yang bertakwa akan mendapat balasan yang baik manakala orang-orang yang kufur akan mendapat balasan sebaliknya.

10 comments:
salam
satu nukilan ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat, background sound nya juga adalah ilmiah, terima kasih banyak. Semoga keberkatan hidup dari Allah milik semua muslim, Amin
Salam cikgu zam.
Ilmu yang dikongsi hasil pembacaan, untuk peringatan kak juga, dan suara latar tu pun idea rakan blog (Portal Ilmu http://redz91.blogspot.com/2010/05/talkin.html) - orang muda.. seperti cikgu zam juga , banyak idea.
Semoga doa kita semua untuk menjadi Muslim sejati mendapat pertolongan A;llah jua. Amiin.
Terima kasih ya.
sarah ai baqarah ayat 1 - 5 ..
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
namun saye tertarik pd ayat yg kedua .. satu ayat yg saye rase sume org islam hafal, terutame yg selalu menghadiri kenduri arwah ..
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
semoga yg d paparkan oleh kt werdah dapat d terime dengan mata hati ..
Salam aby,
Sesungguhnya dalam kitabNya, Allah SWT berulang kali menyebut tentang hari kiamat , menjelaskan suasana di akhirat di banyak tempat sehingga dikatakan dalam 80 surahnya dp 114 surah2 dalam al-Quran Allah menerangkan tentangnya.
Allah sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda2 kejadian itu.
Ya memang benar ayat al-Baqarah 2 - 5 itu menerangkan tentang orang-orang bertakwa hendaklah beriman apabila percaya kepada perkara ghaib mereka akan menunaikan semua suruhan Allah dan menjauhkan laranganNya.
Semoga kita semua dapat memelihara diri kita daripada azab api neraka.
salam,
moga kita semua mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
salam kak..kalau tak silap sy dlu kita ada sedikit kekeliruan berhubung status belajar agama tampa guru..akak ada ingt lg tak..kita ada sdkt berbincng dlm komen n3 sy yg lepas..dan sy baru shja bertanya berhubung perkara yg hampir sama dngnya oleh ustaz azhar idrus.dan ini lah jawapan beliau.muga kita boleh ambil manfaat darinya.
soalan sy-memadaikah seseorng perempuan itu cuma belajar agama melalui kuliah2 agama melalui internet/mp3 shja,baca buku2 agama,dan kuliah2 agama di tv shja.dan mereka tidak pergi ke masjid untuk belajar agama..sudah terlepas kah kefardhuan keatas mereka.
jawapan ustaz-Ya.Sudah memadai JIKA mampu memahami segala pelajaran.
k werdah,
dalam permulaan ayat ar rahman ..
[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
dgn sifat nye yg ar rahman atau pemurah, dia memberi alquran utk membolehkan kite menerime kenyataan bahawe ade alam lain selps mati ...
termasuklah yg mcm k werdah tulis,
"allah sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda2 kejadian itu."
Salam Penjejak Maya.
Semoga kita berjaya memilih satu di antara dua, iaitu bahagia di dunuia dan juga di akhirat..Allahumma Amin
Salam Syah.
Ya syah, kak masih ingat, terima kasih kerana syah tolong bertanya bagi pihak kak.
Syah ingat tak tentang tajuk buku "Berguru Dengan Allah" yang kak bagi tahu tu. Dalam buku tu pun ada huraian2 bahawa kita boleh belajar tanpa berguru kerana kita bukalah tidak ada asas pemahaman, sebelum inipun katanya kita dah belajar di peringkat sekolah rendah, menengah, di universiti dan ada sesekali menghadiri kuliah. Cuma kepada orang-orang OKU seperti kak ni agak susah nak hadir ke majlis sebab kena baring, kak tak boleh duduk kerana masalah tulang belakang. Nak duduk dalam 10 minitpun bertahan je.
Apa-apapun terima kasih sekali lagi ya Syah. Harap maafkan kak jika ada komen-komen kak yang secara tak sengaja membuat syah terasa hati.
Kak amat gembira ada anak-anak muda seperti syah ini.
Terima kasih sekali lagi.
Salam aby,
Kak pernah tulis di blog satu lagi tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita.. sangat banyak..
Dalam surah ar-Rahman ni..Daripada ceramah yang telah kak dengar;
Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN yakni surah ke 55 ada 78 ayat.
31 daripadanya Allah bertanya:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?.
31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Menurut seorang ahli tafsir (TAK DAPAT NAK CATATKAN NAMANYA) yang mengkaji surah ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".
PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.
Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.
Allah Maha Besar, Maha Segala Keagungan dan Kemuliaan.
Nikmat-nikmat yang lain juga ada dituliskan dalam N3 yang lain.
Terima kasih aby atas penambahan maklumat. Semoga kita semua di atas jalan yang lurus dan diredhai Allah.. Amiin.
Post a Comment