Tuesday, September 28, 2010

Kiamat 2013???

Pada 20 September 2010, para saintis di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa satu letusan besar daripada matahari akan berlaku pada tahun 2013.

Letusan ini boleh menyebabkan satu bencana global yang akan menyebabkan krisis makanan, terputusnya bekalan elektik serta jaringan internet dan lain-lain lagi.

Menurut akhbar The Sun UK, malapetaka tersebut sangat dahsyat sehinggakan Setiusaha Pertahanan UK Dr. Liam Fox mengadakan persidangan tergempar di London untuk membincangkan strategi berhadapan dengan ancaman tersebut.

Amaran saintis ini mengingatkan kita akan filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu - 2012. Adakah apa yang digambarkan dalam filem itu akan benar-benar menjadi realiti?

Pastinya, kebanyakan daripada kita akan merasa risau akan apa yang bakal berlaku dua atau tiga tahun lagi. Lalu, pelbagai strategi dan persiapan dilakukan untuk menghadapinya.

Namun sedarkah kita bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja? Adakah kita risau akan detik pengakhiran kita di muka bumi? Adakah kita benar-benar menyusun strategi dan persiapan untuk mati?

Sumber : iluvislam.com

Berikut adalah petikan daripada SINI (Surah al-Jaathiyah [45] ayat 26 hingga29)

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia akan mematikan kamu, setelah itu Dia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu). (26)

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. (27)

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! (28)

Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)! (29)

Marilah kita tingkatkan usaha untuk meraih syurga Allah. Mudah2an kita mendapat rahmatNya bila berlaku kiamat nanti. Kiamat yang pasti, hanya Allah yang tahu bila akan berlaku.

2 comments:

Mr Dean said...

Salam..

Subhanallah.. Info yg sangat menggerunkan sy, makcik..
Betapa kalau direnungkan diri ini masih belum bersedia tuk menghadapi hari itu.. Astaghfirullah, dosa yg kian menggunung ini yg akan dibawa ke sana..?? Moga2 Allah menerima ampunan taubat kita semua..

'Rabbana zolamna an'fusana.. Wain'lam taghfirlanaa.. Watarhamnaa.. Lanakuu nanna minal hasiriin..."
Ameen Ya Rabb...
:'(

Werdah said...

Salam Rafie.

Menyedari kekurangan diri itu memang diperlukan supaya kita meningkatkan usaha. Rasa gerun dengan amaran Allah juga perlu disematkan dalam hati agar kita kekal dalam ketakwaan, insyaAllah.

Ya Allah! aku tak layak ke syurgaMu namun tidak pula sanggup ke nerakaMu.. oleh itu ampunilah daku...