Wednesday, November 17, 2010

Kulit Yang Hangus Terbakar Diganti Kulit Yang baru

Bismillahirrahmanirrahim

Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (An-Nisa' [4] : 56)

Allah menjelaskan dalam ayat di atas bahawa sesiapa yang kufur akan perintahNya, akan dibakar dalam api neraka. Kulitnya akan hangus terbakar dan kemudiannya akan diganti dengan kulit baru. Seterusnya akan terbakar hangus dan diganti pula kulit baru dan proses ini berlaku silih berganti supaya orang itu terus menerus merasai azab yang amat pedih. Ini kerana deria sakit seseorang berada pada kulit seseorang.

Mengapa Allah memberitahu kita akan hal ini? Mengapa disebutkan KULIT tidak tulang atau yang lainnya? Mari kita lihat kenyataan di bawah:

Menurut Dr Farhan Hadi Mohd Taib dalam Majalah Solusi 25; Pakar sains kini telah mendapati daripada hasil kajian mereka bahawa struktur kulit manusia mempunyai bukan sahaja lapisan lemak dan kalenjar peluh bahkan mereka menemui urat-urat saraf yang bertanggungjawab mengesan segala deria pada kulit seperti sakit, panas, sejuk dan lain-lain. Sedangkan sebelum ini umum mempercayai bahawa semua anggota badan termasuk tulang dan otot mempunyai deria rasa.

Struktur kulit manusia adalah seperti dalam rajah di bawah:


Pada umumnya beberapa rangsangan deria yang penting pada manusia ialah deria sentuh, deria sakit dan deria haba.

Peringkat luka terbakar pula terbahagi kepada 3:

Peringkat pertama (First degree burn)

Ini hanya melibatkan lapisan epidermis (lapisan luar) dan menyebabkan kesakitan dan bengkak yang sederhana.

Peringkat Kedua (Second degree burn)

Kulit melecur hingga ke lapisan dermis dan dermis terpisah daripada lapisan epidermis dan cecair badan akan berkumpul antara dua lapisan itu. Pesakit akan mengalami kesakitan yang teramat sangat kerana kulitnya melecur begitu teruk. Kulit ini akan sembuh setelah 14 hari kecederaan berlaku.

Peringkat ketiga (Third degree burn)

Pada peringkat ini keseluruhan kulit hangus dan kecederaan melibatkan otot-otot dan tulang temulang di bawahnya. Kulit akan hilang kekenyalan dan menjadi keras dan kering. Dalam situasi ini, bahagian yang keseluruhan kulit terbakar itu tidak lagi berasa sakit kerana urat-urat saraf yang menghantar isyarat sakit telah musnah sama sekali. Gambaran luka terbakar mengikut ketiga-tiga peringkat adalah seperti dalam gambar di bawah:


Sumber Gambar

Jadi jelaslah kepada kita mengapa Allah menyatakan bahawa setiap kali kulit terbakar hangus maka Allah akan gantikan dengan yang baru. Ini supaya kesakitan akan terus menerus dirasakan. Al-Quran tidak hanya menceritakan tentang lokasi deria sakit di kulit, bahkan menceritakan dengan tepatnya tentang jenis melecur yang memusnahkan deria sakit pada manusia.

13 comments:

Hana said...

Salam...


Melihatnya seolah-olah dpat meraskan betapa skitnya kulit dibkar,lbih 2 lagi di prgkat ke 3..Mudah-mudahan kita terhindar daripda seksaan api neraka..

Terima Kasih atas maklumat yang dikogsikan moga mndpat iktibar buat pmbca :)

Werdah said...

Salam Hana N.

sebenarnya pada peringkat ketiga itu, sudah tidak terasa sakit lagi, dengan sebab itulah Allah gantikan dengan yang baru supaya manusia yang derhaka akan sentiasa merasa sakit bila kulitnya terbakar.

hazeleyed lady said...

ass-salam dan Eid Mubarak...
How are you dear...
Mendoakan agar sis sehat selalu.
Semuga kita terus di berikan petunjukNya...dan di terima segala amalan.

Werdah said...

Salam hazeleyed lady

Salam 'idul Adha juga.. Kak alhamdulillah sihat semoga sis di sana juga sihat.

Mudah2an kita tetap di atas jalanNya..Allahumma Amiin

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Manusia di dunia sekarang mudahnya mencari alternative menggantikan kulit yang rosak dgn teknologi canggih.

Alangkah gerunnya bila membaca ayat-ayat Allah yang tersirat betapa sakitnya tidak tertanggung oleh kita manusia yang kerdil ini.

p/s: masih ramai yang lalai dan alpa betapa aurat yang terdedah itu akan dibakar seperti N3 kak werdah ini. Na'uzubillah....

Werdah said...

Salam kakZakie

Sungguh benar apa yang dikatakan.. dalam satu majlis ilmu ada ustaz beri nasihat kepada kaum wanita tentang ayat ini.. tidak perlulah bersusahpayah sangat nak jaga muka dengan pelbagai alat solek.. jagalah kulit muka tu dengan amalan soleh.. ikut apa yang Allah suruh.. begitu jga dengan aurat.. memang ngeri baca ayat ni jika faham yang tersirat..

Kebetulan pula dalam Solusi ada kisah keajaiban kulit ni.. kak ambil kesempatan publishkan.. semoga kita dapat hayatinya..

aby said...

salam k werdah ...
selain dari kulit sebagai deria utk merasa kesakitan, kulit juge akan menjadi saksi terhadap perbuatan kite pd hari penghakiman nanti.

dalam surah yasin kan ade ayat yg mengatakan bahawa nanti mulut2 kite akan di kunci sebaliknye anggota kite akan menjadi saksi terhadap perbuatan kite.
mengikut ustaz tafsir, yg di maksudkan sebagai anggota adalah selalin tangan, kaki, mate dan telinga, kulit dan bulu roma adalah termasuk dalam angota tersebut ..
mungkin tu kulit di ganti dgn yg lain sbb kulit juge mengawasi kite same....

Werdah said...

Salam aby.

Ini maksud ayat yg aby nyatakan: "Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan". (Ya-Siin [36] : 65)

Dan ini pula firmanNya lagi:

Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat [41] : 21)

Ini kak tulis di sini: http://harmoniinn.blogspot.com/2010/03/saksi_08.html dan di beberapa tempat yang lain.. pendapat kak saksi diperlukan sebelum dihumban ke dalam neraka.. sebab dalam neraka apabila jelas orang-orang itu bersalah dengan bersaksikan saksi-saksi bagi pihak Allah SWT maka tersiksalah dia di neraka sehingga Allah menghendaki sebaliknya.

ummu said...

Salam kak Werdah
Subhanallah
ajaibnya ciptaan Allah
semua ini untuk manusia
makhluk yang dimulikanNya
terima aksih kak
kerap meninggalkan jejak di blog saya
maaf kerana saya jarang dapat tinggalkan jejak di blog akak ya

aby said...

salam kembali k werdah ..
tq atas firman allah di surah fussilat psl kulit tu ..
yg ayat kt yasin tu rasenye sume org tau.
menambahkan keyakinan yg kulit ni akan jadi saksi akan perbuatan2 kite nanti ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ummu

Kak minta maaf terlepas pandang komen ummu ni.. baru hari ini perasan.

Ummu, inilah yang Allah suruh kita kausai iaitu satu, ayat2 yang terdapat dalam al-Quran dan satu lagi ayat2 yang terdapat pada penciptaanNya.. ayat yang pertama Allah turunkan Iqra' itu sendiri menyuruh kita mengkaji tanda2 kebesaran Allah.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Besar.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

sama-sama.. mudah2an kita tetap atas petunjukNya.. amiin

Unknown said...

Salam kak. the best. sy dn rakan2 pengkaji ciptaan Nya. dan suka kpd kajian ilmu spt akak bg ni. akak pasti tau ttg iqrax3. cuba kongsikan agar kami dpt menikmati kemanisan ilmu dn iman. boleh pm sy di apexsbase@gmail.com juga. sy pun nk semak penemuan kami ni agar agak cek dn perbetul mana yg khilaf. thanks.