Sunday, December 19, 2010

Buat Baik Balasan Baik - Jagalah Pantang

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT sekali-kali tidak memerlukan sebarang ketaatan daripada hambaNya kerana Allah SWT Maha Agung dan Maha Berkuasa. Sebarang ketaatan hambaNya tidak mendatangkan sebarang faedah kepadaNya. Sebaliknya manusia dan jin yang perlu taat kepada Allah SWT kerana redha Allah SWT hanya akan diperoleh melalui ketaatan.

Bagitu juga dengan kemungkaran, maksiat dan keingkaran manusia tidak akan menjejaskan kemuliaan Allah SWT. Sebaliknya manusia akan menanggung segala akibat hasil daripada kejahatan mereka.


Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Al-Israa' 17:7)


Semua peraturan Allah SWT kepada hambaNya adalah semata-mata untuk mengatur kehidupan manusia itu sendiri. Jika dituruti manusia akan dapat menikmati kebaikan namun bila peraturan dilanggar kesan buruk akan ditanggung atau dirasai di dunia dan juga di akhirat.



(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:81 - 82)

Sesungguhnya tidak ada bahasa yang dapat menggambarkan bagaimana kehidupan sebenar di akhirat. Segala kebahagiaan di syurga dan kesengsaraan di neraka tidak dapat diandaikan. Segalanya tidak terjangkau dik fikiran kita. Kesengsaraan dan penderitaan kita di dunia walaupun tidak tertanggung ia akan berakhir juga dengan kematian namun siksa di dalam neraka akan terus kekal.


Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. (Al-A'laa 87:13)

Hidup bahagia di dunia sekadar suatu kerehatan dengan merasa lazat makan dan minum dan akhirnya jemu untuk menikmatinya. Itupun belum dikira hartawan atau jutawan yang kena berpantang akibat penyakit yang menimpa. Saat kena berpantang itu hilanglah nikmat atau kebahgiaan hidup di dunia.Andai tidak berpantang derita akibat penyakit akan berganda terutama penyakit tiga serangkai. Begitulah juga jika tidak berpantang dalam menjaga peraturan yang Allah tetapkan, manusia akan hidup derita pada hari akhirat.

Oleh itu apabila manusia hidup di dunia berdasarkan keimanan dan ketakwaan Allah pasti akan menunaikan janjiNya baik di dunia mahupun di akhirat..


Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (Al-Baqarah 2:25)

Untuk menikmati kesenangan di syurga manusia kenalah berusaha mempertingkatkan ketakwaan, sentiasa terikat dengan pantang larang yang Allah tetapkan.

10 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah

Semoga akak berada dalam sihat walafiat. Terima kasih atas peringatan yang baik ni.

Kita sememangnya patut sedar apa jua perbuatan kita didunia ini sama ada baik atau tak baik, pembalasannya kita juga yang akan menerimanya.

Jika kita melakukan sesuatu yang baik bukan Allah yang dapat hasil dari perbuatan baik kita tu tapi kita juga yang akan merasa nikmatnya. Allah tidak memerlukan apa-apa, malah DIA yang memberi.

Begitu juga jika kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat islam, balasannya dari perbuatan kita itu akan diberi kepada kita juga. Allah tak rugi apa-apa.

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Menghayati N3 kali ini terasa betapa kerdilnya diri kita. Banyak gambaran yg telah diberikan kepada kita nikmat yg terdapat di syurga biarpun diluar dari apa yg kita mampu hendak gambarkan.

Hanya diri sendiri kena sentiasa membawa diri kearah yg diredhai oleh Allah.

Werdah said...

Salam Ani.

Kak alhamdulillah sihat.. cuma nak duduk berlama-lama di hadapan komputer ni yang agak sukar. Terima kasih kerana selalu mendoakan kak. Semoga Ani juga diberikan kekuatan dan kesihatan serta dalam redha Allah.

Benar tu Ani.. kita sepatutnya sedar dan berusaha sedaya upaya kita menjaga pantang larang biarpun sukar terutama dalam bab menjaga hati..

Diharapkan dengan pertolongan Allah juga amalan soleh dapat dibuat dan segala dosa-dosa dapat diampun..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Allah memberikan gambaran betapa indahnya hidup di syurga sebagai motivasi untuk kita berbuat baik.. ancaman pula untuk kita hindari perkara jahat..

Semoga kita dapat berusaha ya kakZakie.. dengan pertolonganNya juga insyaAllah.

Mohamad said...

Salam,
Seronok membaca n3 ini. Banyak pengajarannya...

Dalam hidup banyak pantang dan larangnya. Tetapi kekadang kita yang melanggarnya.. hidup sekali je, jangan nanti mati kempunan tidak makan...

banyak kemudaratan kepada diri disebabkan oleh makanan. Saya suka makan petai tetapi jika makan.. terus sakit perut.

Werdah said...

wa'alaikumussalam cikgu MOhamad.

Pantang perlu dijaga... kerana yang merananya kita.. alahai sakit perut ya makan petai.. rasanya petai banyak khasiat, terutama melawaskan penghadaman.. elok bagi pesakit kencing manis... apa-apapun kita kena ambil tahu apa yang boleh dan boleh dengan perut kita kan.. samalah juga dengan larangan dan perintah Allah untuk kebaikan kita juga.

Terima kasih ya.. datang sini...

Hana said...

Assalamualaikum...


Terima atas kongsian ilmu
yang bermakna :)

Werdah said...

wa'alaikumussalam Hana

Sama-sama kita manfaatkannya...

aby said...

salam k werdah,

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:81 - 82)

dalam satu kuliah tafsir.
ustaz ade bagi tau psl targhib dan tarhib ...

pd ayat quran klu ade targib pasti ade tarhib,
targhib adalah berita2 gembira,
tarhib adalah berita ancaman atau balasan buruk ...

contoh ayat di atas cukup utk kite memahami ape itu targhib dan tarhib. di alfathihah juge ade targhib dan tarhib.

lps ar rohman nir rohim,
yg pemurah lg pengasih.
dia kate , malikiyau middin..
yg bermaksud, sebagai raja, dia berkuasa atas segalanye ..
pasti yg ambik kesempatan atas pemurah dan pengasih nye akan menerima hukuman ...

begitu dalam amalan seharian ..
jgn kite leka dgn janji allah yg baik2 sbb allah juge tk lupe perbuatan2 kite yg melangar perintah nye ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby.

Benar apa yg aby katakan tu.. kebanyakan ayat Allah demikian.. Allah memberi khabar gembira kpd hambanya ada balasan syurga kpd yang beramal soleh dan siksa neraka kpd yang derhaka..

Maaliki yaumiddin.. kenapa Allah kata berkusa pada hari pembalasan? Pada hal Allah berkuasa bila2 masa dan di mana sahaja.. ini kerana di akhirat nnt kita tidak lagi mempunyai kebebasan memilih seperti semasa kita berada di dunia.. di sana kebebasan mutlak ada pada Pemilik sekelian alam.

Jadi manusia perlu mengambil perhatian atas peringatan Allah melalui khabar gembira dan ancamanNya ketika masih ada nyawa di badan..

Terima kasih aby.