Thursday, December 9, 2010

Lelaki Ahli Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini kongsi sebuah riwayat. Mungkin ramai dah membacanya, tetapi sebagai mengingati semula, saya selitkan dalam blog ini. Semoga dapat memberi manfaat.

Rasulullah saw sedang duduk dalam sebuah majlis ilmu bersama para Sahabat, tiba-tiba baginda berkata: Sekarang akan lalu di hadapan kalian lelaki ahli syurga".

Tak lama kemudian muncul seorang lelaki Ansar dengan janggut yang kusut kerana air wudhuk, tangan kirinya memegang dua sandalnya.

Esoknya Rasulullah saw berkata yang serupa, lalu muncullah lelaki yang sama seperti pada hari pertama.

Pada hari ketiga Rasulullah saw mengatakan hal yang sama juga lalu muncul juga lelaki yang sama.

Apabila selesai majlis hari ketiga, sebaik sahaja Rasulullah saw bangun, Abdullah bin Umar ra mengikut lelaki tadi. Abdullah berkata kepada lelaki itu:

"Aku telah membuat ayahku marah. Akibatnya aku bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari. Jika engkau tidak keberatan aku meminta pertolonganmu sebelum aku pergi. Aku akan mengikutimu".

"Baiklah" jawab lelaki itu.

Abdullahpun menginap di rumahnya selama 3 hari. Beliau tidak melihatnya melakukan solat malam walaupun sekali. Namun apabila dia beralih dari sebelah ke sebelah daripada tempat pembaringannya lelaki itu menyebut nama Allah hingga dia bangun untuk solat subuh.

Abdullah berkata: "Dia tidak mengatakan kecuali perkataan yang baik-baik. Apabila sampai 3 hari dan aku hampir meremehkan amalannya, aku berkata: "Wahai hamba Allah, sebenarnya aku tidak bersengketa dengan ayahku, tidak juga diusir. Hanya sahaja aku mendengar Rasulullah saw berkata hingga 3 kali, Akan melintas di hadapan kalian lelaki ahli syurga, lalu engkau muncul.

Aku sungguh bingung, aku menginap di rumahmu ini untuk melihat apa yang engkau kerjakan sebenarnya agar aku dapat menirunya. Namun aku tidak melihat engkau melakukan ibadat yang besar. Aku bertanya-tanya apa yang sebenarnya yang membuatkanmu mendapat darjat yang besar sebagaimana yang Rasulullah katakan?."

Lelaki itu menjawab, “Diriku hanyalah seperti yang engkau lihat.”

Setelah mendengar jawapannya, aku bergerak meninggalkannya. Selang beberapa langkah, lelaki itu kembali berkata kepadaku : “Diriku hanyalah seperti yang engkau lihat, tidak ada yang istimewa, selain itu aku tidak memendam perasaan negatif sedikitpun terhadap seseorang daripada kaum Muslimin, tidak juga mendengki seseorang atas anugerah yang Allah berikan kepadanya".

"Inilah rupanya prestasimu". Ucap Abdullah membuat kesimpulan.

Benarlah dengki, iri hati akan menghapus segala amalan. Hilangkan dengki balasannya ialah syurga.

(Hadis Riwayat Ahmad dengan sanad menurut syarat Bukhari, Muslim, dan Nasa’i).

Dipetik daripada 1001 kisah benar.

9 comments:

deena farhana said...

salam makcik werdah...

dah lama deena tak ke sini..maaf..

terima kasih entri makcik ni, sudah pasti sesiapa yg membacanya akan mendapat iktibar..

slm syg dr deena utk makcik..

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Sifat dengki sukar dilihat dengan mata. Alangkah baiknya menjadi seperti lelaki tersebut.

Moga amalan tidak sesia hanya kerana sikap hasad itu.

Werdah said...

Salam Sayang Juga Buat Deena.

Semoga Deena sihat dan ceria dan yang paling penting diredhai Allah..

Maafkan makcik juga jika ada apa-apa yang tersilap ke, tapi yang pasti Deena tak buat apa-apa yang silap, jadi tak ada apa yang harus dirisaukan.

Sebenarnya makcik tak berapa larat dah nak duduk lama-lama di hadapan komputer ni... sekadar mencoret memenuhkan ruang masa (supaya/ mudah2an..) membuatkan makcik tidak alpa, mendapat kekuatan daripada ILAHI.. untuk sentiasa tidak alpa..

Werdah said...

Salam kakZakie

Bila membaca dan mendengar syarahan tentang hadis ni, rasa seperti senang sahaja kan nak mengikut gaya hidup lelaki ni.

Mudah2an bila kita faham bahawa hasad ni adalah perangai Iblis yang ingin menghilangkan nikmat Adam as dan anak cucunya, kita berwaspada.

Semoga Allah bantu kita.. amiin

aby said...

salam k werdah ...
tidak ade perasaan hasad degki tu mungkin boleh ikut ..
tetapi menyebut nyebut allah sepanjang malam, berat juge..
apetah zaman sahabat, klu sebut allah mereka merase takut sebab dapat merasai kehebatan dan kekuasaan allah ... sebutan allah kite seribu kali masih tk menyamai satu sebutan allah swt mereka

ong ong kedek kedek said...

Salam ukhwah dan salam ziarah...

Hilang dengki, syurga menanti... moga2 dpt la masuk sane hu3...

Werdah said...

Salam aby

Maaf lambat respon

kak lam tak on9.. bercuti..

Sebenarnya aby, dalam kisah ini lelaki tersebut menyebut nama Allah semasa beralih (yakni ketika dia tersedar dan beralih) bukan sepanjang malam.. rasa kak ini mudah berbanding dengan dengki tu.. bila kita tidur semula selepas zikrullah sekurang-kurangnya menyebut ALLAH sudah memadai bahawa kita ingat Allah..

Werdah said...

Salam Hasrul

Kita cuma boleh dengki kepada orang-orang yang rajin beramal soleh dan membaca al-Quran.. itupun bukan untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang-orang soleh tersebut..

Nora Damien's said...

minta izin share kak