Wednesday, April 28, 2010

Kematian Yang Tak Dapat Ditolak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, hindarkanlah maut daripada diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Muhammad [3] : 168)

Kematian pasti mendatangi setiap makhluk ciptaanNya yang bernyawa. Yang tidak bernyawa pula pasti tempoh lupusnya tak terelak. Kehadiran kematian tak dapat dihindar, biar dia seorang raja yang memiliki kekuasaan hingga ke rakyat jelata yang marhaen. Biarpun didatangi para doktor untuk menyelamatkan, kematian tetap tidak dapat ditolak.

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang daripada kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, (85) Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); (86) Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar? (87) Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin", (88) Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) Dan jika dia dari puak kanan, (90) Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. (91) Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, (92) Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, (93) Serta bakaran api Neraka. (94) Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (95) Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (96) (Al-Waaqi'ah [56] : 83 - 96)

Tak kira di mana dan apa jua cara kematian pasti mendatangi kita. Di bawah ini sebahagian cara seseorang didatangi kematian.

Penceramah ketika sedang berceramah. Subhanallah, Allahu Akbar.




Dalam masjid.




Ketika sujud.




Sedang melintasi jalan.




Ketika bersukan.




Juga ketika bersukan.




Sebenarnya tidak harus dikhuatirkan kematian, sebab kematian itu pasti. Ia merupakan nikmat bagi setiap yang bernyawa. Kenapa dikatakan nikmat?


Nikmat kehidupan dan kematian.


Hidup itu nikmat dan mati pun nikmat. Kita faham dan mengerti bahawa hidup itu nikmat tetapi fahamkah kita bahawa mati juga merupakan nikmat?


Mati dikatakan nikmat kerana jika kita tak mati2 kita akan penat, sebab semakin tua dan tak berdaya dan bilakah kita akan dapat upah. Allah hanya tunjukkan upah kepada kita apabila kita mati (Bagi yang syukur) . Bila mati dalam husnul khatimah, kubur dilapangkan, jika bakal penghuni syurga, syurga ditunjukkan. Jika nak lihat semua itu mesti kena mati. Nikmat kepada yang hidup pula ialah dunia tidak menjadi sempit kerana manusia baru dilahirkan. jika tak mati2 penuhlah dunia dengan manusia. Rumahpun makin sempit. SUBHANALLAH.. begitulah aturan Allah SWT.

Dalilnya ada dalam surah al-Baqarah [2] ayat 28 : Bagaimana kamu tergamak kufur (tidak syukur/mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah [2] : 28).

Setiap yang hidup pasti memasukinya. Namun masalah yang serius ialah apakah yang terjadi selepas kematian itu sendiri. Apakah yang menanti sebuah kematian itu adalah sebuah taman yang di dalamnya mengalir sungai-sungai serta kenikmatan yang banyak ataupun sebuah tempat yang di dalamnya api yang bergejolak serta makanan daripada buah zakkum.

Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka. (Al-Qamar [48] : 48)

Orang-orang salih sangat rindu, ingin segera bertemu dengan Rabb mereka sebagaimana yang dikisahkan bahawa Imam 'Ali bin Abu Talib semasa menunggu saat kematiannya selepas ditikam dengan tombak beracun; beliau tersenyum sedangkan sahabat-sahabat yang mengelilinginya menangis. Ketika ditanya mengapa beliau tersenyum, 'Ali ra menjawab dengan bertanya semula; "Kenapa aku mesti sedih sedangkan aku ingin bertemu dengan kekasihku. Bagaimana aku tak gembira kerana aku akan bertemu denganNya yang selama ini aku hanya menyebut namanya"


Orang yang rindu kepada kematian akan bersiap sedia dengan bekalan. Betapa tidak! kerana dia yakin akan bertemu dengan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. / (8) (Al-Baiyyinah [98] : 7 -8)

@@@@@@@@@

Terima kasih kepada e-naLovelykitchen.blogspot atas penghargaan ini.


Monday, April 26, 2010

Suasana Alam Akhirat (51) Surah Ad-Dukhan (Asap)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Asap akibat letusan di Eyjafjallajökull, Iceland baru-baru ini


Di bawah ini dicatat terjemahan ayat-ayat tentang suasana alam akhirat seperti yang digambarkan dalam surah ad-Dukhan, surah ke 44 dalam al-Quran al-Karim.

Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini.

Dalam ayat 10, dinyatakan maksudnya : "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)", (10)

Berikut adalah suasana alam akhirat seperti dalam ayat 40 hingga ayat 59 daripada surah ad-Dukhan. Terjemahan ayat itu sendiri sudah memberikan gambaran kepada kita apa yang akan berlaku di akhirat nanti.

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun; (40) Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), (41) Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (42)


(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (43) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (44) (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46)


(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. (47) Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48) (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu) (49) (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50)


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. (51) Dia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, (52) Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (54) Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57)


Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). (58) (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). / (59)


















Pelbagai kesukaran timbul akibat letupan gunung berapi di Iceland baru-baru ini; kesukaran di dunia dibandingkan dengan kesukaran di akhirat ibarat secubit kek yang dirasai atau setitis air daripada seluas lautan.

Antara Kesan-kesan yang mungkin berlaku akibat debu gunung berapi ialah pencemaran udara, air dan bumi, pembinaan tergendala, ekonomi lumpuh (Perniagaan perlahan kerana pengangkutan, operasi dll urusan lambat), sektor pertanian, sektor pelancongan turut terjejas dan pelbagai lagi.

Boleh lihat banyak lagi gambar berkenaan kesukaran yang dialami oleh manusia apabila asap dikeluarkan oleh Allah SWT. Asap di akhirat nanti akan lebih daripada ini.

Sunday, April 25, 2010

Apa Jadi Selepas Kita Mati.




Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Mari kita lihat Proses Perubahan Tubuh Kita Dalam Kubur





"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (169) (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (170) Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (171) Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertakwa, ada balasan yang amat besar". (172) [Ali Imran]

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam." (Al-Baqarah : 132)

Monday, April 19, 2010

Sambungan Suasana Alam Akhirat (50) - Surah Al-Muthaffifin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini sambung tulis tentang suasana hari akhirat yang digambarkan dalam surah 83 yakni al-Muthaffifin (orang-orang yang curang/menipu dalam timbangan dan sukatan) mulai ayat 29 hingga akhir surah.

Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. (29) Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). (30) Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; (31) Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat! (32) Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! (33)

Dalam N3 yang lepas disebutkan tentang kebahagiaan yang dinikmati oleh para abrar (orang-orang yang beriman dan beramal soleh) bagi ayat sebelum ini; maka pada ayat-ayat 29 hingga 31 di atas; Allah menyebutkan tentang akibat buruk yang dirasakan oleh orang-orang yang menderhaka kepada Allah SWT untuk menghiburkan orang-orang yang beriman. Allah menyatakan bahawa tabia't orang-orang yang menderhaka kepada Allah ialah selain melakukan pelbagai dosa mereka juga mentertawakan kaum Muslimin semasa di dunia dahulu, contohnya seperti Abu Jahal, ketua kaum Quraisy dan juga orang-orang kafir yang lainnya; apabila bertemu dengan Saidina 'Ali bin Abu Talib dan sekumpulan orang-orang mukminin yang lain; mereka mentertawakan dan memperkecilkan orang-orang Mukmin tersebut. Mereka orang-orang kafir itu sambil mengerdipkan mata berkata: "Tengoklah raja-raja dunia itu sudah mendatangi kamu". Tujuan mereka tak lain dan tak bukan ialah untuk mempermain-mainkan keteguhan iman orang-orang Muslimin. Mereka juga mengatakan bahawa orang-orang Muslimin itu sesat kerana mempercayai Nabi Muhammad SAW dengan meninggalkan segala keseronokan hidup. Setelah orang-orang ini telah mengejek-ngejek orang-orang Muslimin, mereka kembali kepada kaum mereka dengan rasa gembira kerana berjaya mengejek kaum Muslimin. Padahal Allah tidak mengutus orang-orang kafir yang berdosa lagi sesat itu untuk mengawasi orang-orang Muslimin. "Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!" ini seolah-olah maksudnya; "Aku (Allah) tidak mengutus orang-orang kafir sebagai penjaga yang Kutugaskan untuk mengawasi atau mengamati amalan hamba-hambaKu yang beriman. Mengapa mereka mesti mengambil tahu urusan orangorang Mukmin yang bukan menjadi urusan mereka".

Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. (34) Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya). (35) (Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu? (36)

Maka pada hari Kiamat orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu; kerana mereka terpedaya dengan keseronokan dunia dan mereka bebal serta jahil dan tidak mahu menerima hidayah Allah dan sanggup pula menderhakai Allah SWT. Disebabkan kejahilan dan kedegilan mereka itulah perktaan dan perbuatan mereka amat keji dan mengejek-ngejek dan mentertawakan orang-orang Mukmin. Kini tibalah giliran mereka ditertawakan oleh orang-orang Mukmin di samping menerima azab yang pedih. Manakala orang-orang yang beriman duduk bersandar di atas kerusi yang berhias sambil menyaksikan apa yang dirasi oleh kaum yang mengejek-ngejek mereka semasa mereka di dunia dahulu, Hal ini adalah untuk menggembirakan hati orang-orang yang beriman kerana dahulunya mereka tabah dan istiqamah dengan keimanan serta takwa.

Kepada Allah jualah segala pujian atas nikmat yang dikurniakan. Mudah2an kita semua dapat menghayati Kalam Allah yang disampaikan melalui lidah RasulNya Nabi Muhammad SAW. Marilah kita tingkatkan usaha ke arah yang lebih sempurna. Tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Saksikan youtube di bawah berkaitan kecurangan dalam berjual beli.



Terima kasih kepada Deena Farhana kerana memberikan Anugerah ini.

Saturday, April 17, 2010

Earthquake in Yushu - Gambar

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Untuk melihat gambar-gambar lebih banyak dan lebih besar yang berkaitan sila klik di sini






On April 14th, residents of China's remote Yushu County, located on the Tibetan plateau, were awoken by a magnitude 6.9 earthquake. In the sparsely populated villages and the larger town of Gyegu, thousands of wood-earth buildings collapsed and many larger structured heavily damaged or destroyed. The region is difficult to reach for the response teams of the Chinese government outside aid groups - lying at an elevation of 3,700m (12,000 ft) and connected by few roads, most of which were damaged in the quake. Chinese state media now says the death toll has risen to 1,144. Rescuers continue to search for survivors as homeless residents work to recover what they can and set up shelter from the freezing overnight temperatures.


Thursday, April 15, 2010

Gempa Bumi Gegar Barat China

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pada petang yang indah dan ceria ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Berita gempa sana sini boleh dikatakan berlaku setiap hari. Di bawah ini adalah berita yang diambil daripada beberapa sunber. Kita bersyukur kerana tidak terlibat dengan ujian seperti ini, namun kita perlu jadikan ini sebagai peringatan Allah kepada kita. InsyaAllah. Mudah2an kita dapat meningkatkan amalan kita.

Tentara China menyelamatkan korban gempa bumi di Qinghai (AP Photo/Xinhua, Wang Qiang)
[link]
PASUKAN pencari dan penyelamat berusaha mengenal pasti seandainya wujud mangsa tertimbus
di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi di wilayah Qinghai di China, semalam.
Sekurang-kurangnya 400 dilaporkan maut dan lebih 10,000 orang cedera dalam laporan awal bencana itu. - AP

[link]

Sebuah bangunan terbongkar keluar daripada tapaknya selepas gempa [link].

BEIJING 14 April - Wilayah barat laut China dan Tibet dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher hari ini mengakibatkan kira-kira 400 orang terbunuh dan lebih 10,000 cedera ekoran rumah, sekolah dan pejabat di kawasan pergunungan runtuh.

Gempa berkenaan berpusat di kawasan pergunungan yang membahagi wilayah Qinghai dengan wilayah autonomi Tibet.

Gempa berpusat 240 kilometer ke barat daya pekan Qamdo di Tibet dan 375 kilometer ke tenggara pekan perlombongan Golmud di Qinghai.

Gempa berukuran 5.0 pada skala Ritcher melanda wilayah yang sama lewat malam semalam dan gempa susulan berukuran 6.0 Ritcher menggegarkan pekan berkenaan awal pagi ini menyebabkan penduduk yang bimbang berkumpul di jalan-jalan raya.

Beberapa gempa bumi susulan menyebabkan bangunan rendah di daerah Yushu dalam wilayah Qinghai di barat daya China runtuh, kata penduduk dan media tempatan. Tentera telah dikerah ke tempat kejadian.

''Kira-kira 400 orang terbunuh dalam kejadian ini,'' lapor stesen televisyen milik kerajaan memetik kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha kerajaan Yushu, Huang Limin.

Ramai penduduk di kawasan pedalaman berkemungkinan tiada tempat berlindung dalam cuaca sejuk yang mencapai tahap hampir beku di Yushu dan lebih sejuk lagi di kampung-kampung di kawasan pergunungan.

''Anggota penyelamat sedang berusaha membawa mereka keluar mereka yang cedera. Banyak rumah setingkat runtuh. Bangunan lebih tinggi masih tegak tetapi mengalami retak yang teruk,'' kata seorang penduduk, Talen Tashi.

''Rumah-rumah di kawasan terlibat dibuat daripada dinding yang tebal, namun jika ia runtuh boleh mendatangkan kecederaan kepada banyak orang di dalamnya,'' kata seorang penduduk etnik Tibet, Zhou De melalui telefon dari ibu negeri Qinghai selepas menghubungi keluarganya di Yushu.

Kawasan kaki gunung di timur dan selatan wilayah tersebut menjadi tempat kediaman masyarakat Tibet manakala kawasan utara dan barat hampir tidak berpenghuni. - Reuters

Kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Cyclone hits without warning-Kill 89




Sekurang-kurangnya 89 warga maut ketika angin taufan menghancurkan sepuluh ribu pondok lumpur di India utara-timur.

Taufan yang melanda semalam di negara bahagian Barat Bengal dan Bihar, dengan angin lebih daripada kelajuan 100mph mencabut pohon dan talian telefon serta saluran elektrik.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Tuesday, April 13, 2010

Ujian dan Cubaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pada petang yang indah dan ceria ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Allah berfirman:

"Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu) untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)". (Hud [11] : 7)

Ayat ini memberikan kefahaman bahawa kehidupan orang-orang beriman ada tujuan. Mereka hidup di dunia ini akan sentiasa diuji dan diberi cubaan. Mereka yang berjaya mengatasi ujian dan cubaan akan melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan meninggalkan segala larangan. Bagi orang-orang beriman tujuan hidup mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendapat tempat tinggal yang kekal abadi di syurga yang penuh dengan kenikmatan yang belum pernah dirasa.

Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan; orang yang percaya wujud Allah tetapi tidak teguh iman sering membina prinsip sendiri. Nilai etika dibentuk mengikut pendapat sendiri seperti patuh kepada adat dan budaya yang bertentangan dengan syariat Islam. Bukankah sejak dahulu iaitu pada zaman Nabi menyampaikan dakwahnya orang-orang musyrikin Mekah juga sering mendakwa apa yang mereka lakukan adalah daripada amalan nenek moyang mereka. Mereka seolah-olah tidak mahu meninggalkan kebiasaan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.

Kadang-kadang ada di kalangan manusia beriman (percaya kepada Allah dan hari Akhirat) tetapi masih tidak memahami hakikat sebenar bahawa kehidupan di dunia ini bersifat sementara, sehinggakan ada yang boleh meluahkan perasaan dengan mengatakan bahawa "hidup hanya sekali".. "hidup ini terlalu singkat jadi lakukan sepuas-puasnya selagi ada nyawa" dan pelbagai ungkapan seolah-olah mereka tahu bila mereka akan mati. dan sempat bertaubat . (Mudah2an kita dijauhkan daripada berkata seperti ini)

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)". (Luqman [31] : 25)

Hidup dan mati itu adalah sifat umum makhluk ciptaan Allah. Mati itu pasti, namun kadangkala bila bercakap tentang mati ada diselitkan gurauan seoleh-olah kematian itu bukan satu perkara yang penting. Sedarilah bahawa kehidupan ini singkat dan roh itulah yang kekal. Sewaktu masih ada waktu yang singkat ini usahlah tunduk hanya kepada urusan dunia. Seimbangkanlah urusan duniamu dan akhiratmu, agar kelak dirimu tidak rugi. Adalah kurang bijak jika mengejar nikmat sementara tetapi melupakan nikmat yang kekal abadi.

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah". (Luqman [31] : 33)

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'am [6] : 32)

Surah al-Mulk

Sunday, April 11, 2010

Award Tiara

Salam semua.

Musim memberi dan menerima award nampaknya
sedang rancak sekarang ini. Mungkin dengan memberi dan menerima award ini
ikatan pershabatan rakan-rakan maya bertambah erat.

Dengan pemberian award dan penerimaan award daripada teman maya ini
walaupun tanpa bersua wajah, tanpa mendengar suara
diharapkan ikatan yg sedia terjalin diharapkan akan menjadi sangat-sangat bermakna
insyaAllah.


Terima kasih kepada Sis Rohani yang memberi tiara ini.

Kepada rakan-rakan yang nama tersenarai di side bar dan juga yang tersenarai di rakan follower silalah ambil.

Thursday, April 1, 2010

Suasana Alam Akhirat (49)- Surah Al-Mutaffifiin) Sambungan

16 Rabiu'l Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini sambung tulis tentang suasana hari akhirat yang digambarkan dalam surah 83 yakni al-Muthaffifin (orang-orang yang curang/menipu dalam timbangan dan sukatan) mulai ayat 22 hingga 28.

Allah telah menciptakan syurga dan menghiaskannya untuk hambaNya yang berusaha mendapatkannya. Iaitu untuk hamba-hambaNya yang berusaha keras dan serius serta istiqamah untuk mendapatkan keredhaanNya sepanjang hidup mereka. Allah menerangakn dalam pelbagai ayat tentang keindahan syurga. Antaranya boleh rujuk dalam ayat 71 surah az-Zukhruf "Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala daripada emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya", dan banyak lagi.

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat: (22) Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). (23)

Keindahan dan kegemilangan di syurga tidak dapat dibayangkan, namun al-Quran banyak membayangkan akan kenikmatan syurga. Terdapat mahligai, singgahsana yang bertatahkan batu permata yang disediakan kepada orang-orang yang beriman dan taat dalam menjalankan ibadat kepada Allah swt. Orang-orang yang berbakti (Abrar) dengan melakukan taat kepada suruhan dan tegahan Allah akan mendapat kenikmatan yang abadi. Yang dimaksudkan pelamin, menurut tafsir Ibnu Katsir ialah tempat tidur yang berhias dengan segala keindahan. Orang-orang ini akan duduk atau baring bertelekan (pandang-memandang) antara satu sama lain sambil menikmati keindahan syurga.

Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi. (24) Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeteri (tertutup rapat) bekasnya, (25) Penutupnya adalah kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; (26) Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim": (27) Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya). (28)

Jika kamu melihat wajah mereka, nescaya kamu dapati mereka hidup dalam kenikmatan berupa kemewahan, kemuliaan dan kebahagiaan, kehormatan yang padanya benar-benar kenikmatan yang luar biasa. Mereka diberi minum daripada arak syurga yang namanya Ar-Rahiq. Airnya bersih tidak pernah tercemar oleh mana-mana tangan kerana penutupnya termetri (tertutup rapat), tidak boleh dibuka kecuali oleh orang-orang yang "Abrar". Penutupnya pula daripada jenis bau-bauan kasturi. Ini bererti semasa botol arak tersebut dibuka untuk dihidangkan semerbaklah keharumannya. Oleh sebab seronoknya keadaan itu maka berlumba-lumbalah orang-orang "Abrar" itu mendapatkannya. Pati arak ini bercampur dengan "Tasnim"; iaitu mata air syurga yang bermutu tinggi, merupakan minuman yang paling mulia dan paling tinggai kepada penghuni syurga bertaraf muqarrabun yakni orang-orang yang didekatkan kepada Alah.

Ada lagi sambungan.. insyaAllah sambung lagi bagi ayat 29 hingga akhir surah. Mudah2an memberi manfaat.