Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
12 comments:
salam mkacik werdah,
Makcik,banyakkan berehat ye, saya doakan makcik sentiasa sihat dan gembira selalu. Perkongsian makcik di laman blog ini banyak membantu pembaca. Kperihatinan ikhlas makcik sangat saya hargai...
Wa'alaikumussalam ckgzam
InsyaAllah, terima kasih juga atas keprihatinan ckgzam.. mengingatkan diri sendiri juga..
Salam Kak Werdah,
Bernasyid pulak dah kakak lepas makan. Masih segar lagi nashid ini hingga kini. Sayu dan amat menghiris kalbu.
sslam k werdah...
satu nasyid yg evergreen ..
sampai sekarang lyricnya masih sukar ditandingi.
diharap k werdah sihat sentiasa
Wa'alaikumussalam kakzakie
Terjumpa secara tak sengaja bila blogwalking.. lalu N3 yang amat cepat dan rengkas tapi mendebarkan jiwa.. menakutkan.. em tak tahu tapi pasti kita akan diselimutputihkan ya tak.. mudah2an kita dalam rahmat kasih sayang Allah sentiasa. Diberikan kesudahan yang baik.
wa'alaikumussalam aby
Kak alhamdulillah sihat.. jap lagi ke HKL buat fisioterafi.Terima kasih doakan kak.
Lagu ni pernah diharamkan dulu kan.. sebab dibimbangkan bila orang sentiasa ingatkan mati orang tak mahu berusaha.. boleh pula gitu.. tapi kak suka dengar lagu ni yang didendangkan oleh orkes el-suraya.. yang inipun mendebarkan...
salam,saya dpt banyak ilmu disini,terima kasih tuan blog..
p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan tuanb log ini artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.
Salam Anak Pendang
InsyaAllah ke sana nanti.
assalamualaikum kak werdah
lagu ni evergreen kan kak
dari sekolah rendah saya selalu dengar lagu ni,ustazah suka perdengarkan kepada kami..
yg saya ingat,ustazah saya itu sudah 30-an tetapi masih belum bernikah lagi kala itu,comel je orangnya.
apa khabar agaknya ustazah saya itu kini?...
wa'alaikumussalam ummu
Benar ummu.. elok selalu dengar lagu ni.. mengingatkan kita untuk sentiasa berusaha .. semoga Allah lindungi kita .. amiin
Assalamualaikum kak Werdah,
Kakak datang menjenguk lagi. Moga kakak dikurniakan kesihatan yg terbaik.
p/s: kakak ada award tau. Lihatlah blog kakak.
Wa'alaikumussalam kakzakie
Terima kasih kerana mendoakan kak.. insyaAllah kak ke sana ya...
Post a Comment