Saturday, March 12, 2011

Japan Earthquake

Jepun dilanda gempa kuat

Bismillahirrahmanirrahim.

Di salin di bawah ini berita, gambar dan video gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun  pada ketika ini buat muhasabah diri. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kesukaran yang dialami di dunia ini jika dibandingkan dengan kesukaran di alam akhirat, ibarat air yang melekat di hujung jari apabila diangkat daripada celupan air daripada lautan yang luas saujana mata memandang. Allah Maha Mengetahui.

TOKYO 11 Mac – Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.

Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.

Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.

Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang.

Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.

Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas.

Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.

Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.

Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. – Agensi 


Gambar dan video di bawah klik di live blog Japan Earthquake
 
Houses in Iwaki lie flattened after a huge earthquake hit Japan, triggering a devastating 10m tsunami [Picture: Reuters]
File 13736

A whirlpool is seen near Oarai City, Ibaraki Prefecture, northeastern Japan, March 11, 2011. The biggest earthquake to hit Japan on record struck the northeast coast on Friday, triggering a 10-meter (33-foot) tsunami that swept away everything in its path, including houses, ships, cars and farm buildings on fire. (REUTERS/Kyodo )
File 13676
This is a picture of Fukushima nuclear power station, where officials are reportedly dealing with a crisis in radiation levels. [Picture: Reuters]

File 13591
Would-be travellers sleep in the lobby of Haneda airport in Tokyo after the earthquake and tsunami caused major disruption to travel infrastructure: [Picture: Reuters]
File 13341
Buildings burn in Yamada town, Iwate Prefecture in north-east Japan, following the earthquake.

 File 13321

 Boleh juga klik di sini untuk gambar-gambar kemusnahan akibat gempa bumi ini

Boats are swept by a wave after a tsunami and earthquake in Asahikawa city. (Reuters)
Natural gas storage tanks burn at a facility in Chiba Prefecture, near Tokyo. (Reuters)
Houses swept by a tsunami smoulder near Sendai Airport in Japan. (Reuters)
People stand on top of a building near cars and airplanes among debris swept by a tsunami at Sendai Airport. (Reuters)
People evacuate along train tracks following an earthquake in Tokyo. (Reuters)

An aerial view of a tsunami swamped Sendai Airport in northeastern Japan. (Reuters)



6 comments:

aby said...

salam k werdah,
klu allah menujukan kekuasan yg ada pada nya memang diluar dari jangkauan pemikiran kita,
sekadar teringat dalam pembelajaran tentang Qad' dan qadar mubram dan qada' dan qadar mu'allaq.

mubram ialah allah mengetahui segala galanya sebelum ianya benar benar berlaku. takdir dalam bentuk ni tidak boleh dan tk mungkin berubah secara mutlak.

spt dalam surah Qaf ayat 29,

[29]
“KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu”.

berlainan dgn mu'allaq,
qada dan qadar yg berkait rapat dgn usha dan iktiarmanusia.
qada dan qadar ni ialah ketentuan yg masih tergantung perlaksaan nya dan berkemungkinan boleh berubah. antara perkara yg boleh mengubah ketetapan di luh mahfuz ialah doa.

firman allah,

surah al insan ayat 3,

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya, kak masih dalam menghabiskan mendengar CD tentang qadar dan Qadha' (3 set semuanya - 1 set ada 10 CD).. nak menulis tentangnya seperti tak upaya.

Mengikut ustaz dalam muqaddimah, sebelum Allah mencipta segala sesuatu di alam ini Allah memerintahkan qalam menulis, jadi segala sesuatu itu telahpun ada dalam pengetahuan Allah.

Pendapat Imam Qurtubi, tanpa pengetahuan tentang qadar dan qadha' Ilahi ramai yang terjebak sehingga manusia merasakan qadha mereka telah ditetapkan dan tidak bebas sama sekali menentukan tindakan. Lebih malang lagi jika apabila dia bernasib baik dia langsung tak ingat qadar dan qadha' Allah. Jadi orang-orang seperti ini akan berkata dia sakit itu adalah takdir, bila dia sihat dia kata sebab dia rajin bersenam.

Orang-orang sebegini tak tahu bahawa ada qadha' tasrie iaitu berkaitan dengan pilihan manusia, dia boleh pilih ikhtiarnya namun ada balasan bagi setiap pilihan yang dibuat. Ada juga yang perbuatan ciptaan Allah yang kita tak ada kebebasan memilih contoh kerdipan mata. Walaubagaimanapun setiap perbuatan kita Allah yang menghendakinya.

Banyak yang dikupas.. tak mampu untuk menulisnya aby

Ketika Allah nak hukum Bani Israel 'jangan kamu melanggar batas pada hari sabtu' ini sebtulnya Bani Israel diberi pilihan, tetapi mereka pilih melanggar amaran Allah maka jadilah mereka monyet.

Mari kita lihat kenyataan Allah di bawah:

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Ruum : 41)

Allahua'lam.

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Kakak bercuti dari Jumaat hingga semalam. Bersama keluarga tiba-tiba terlihat dikejutkan ceirta ini. Dalam kereta hubby sentaisa mengingatkan anak-anak betapa gah negera Jepun itu kunfakun Allah tidak terlawan. Tanda-tanda langsung tidak dapat dirasai ia akan terjadi.

Semakin kita tahu betapa kalau zama rasulullah baginda pun sudah mengatakan yang waktu itu telah akhir zaman apatah lagi kita yg telah meinginjak 1400 tahun lebih kini yang benar-benar telah terlalu hampir.

Masya-Allah....

Werdah said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Ya ke kakzakie bercuti, alhamdulillah.

Ya begitulah hebatnya kuasa Allah, tiada siapa dapat melawannya, begitu juga dengan segala ciptaanNya yang digunakan sebagai tenteranya, seperti nyamuk untuk mengalahkan raja Namrud serta virus dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad berpandangan jauh cuma umatnya yang selalu lupa. Mudah2an peringatan Allah ini kita gunakan untuk muhasabah diri.

Allah Maha Besar.

ummu said...

assalamualaikum kak werdah
Maha Gagah Allah yang maha Esa
kejadian gempa yang sungguh dasyat pernah saya saksikan di tv/internet.
ngeri mengenangkan nasib diri, kan kak

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Kakak dah rindu dgn kak Werdah. Moga Kak Werdah sihat.

Kakak sentiasa menanti cerita-carita baru.

Wassalam....