Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.
Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.
Hari ini saya sambung penulisan yang tertunda, alhamdulillah kerana diberikan kekuatan, syukur dalam setiap keadaan.
Dahulunya saya menyepi kerana pelbagai perkara. Dalam keadaan demikian saya dapat membaca beberapa buah buku yang sudah lama dibeli serta menyambung mendengar CD-CD yang belum lagi didengar.
Salah satu bukunya ialah:
Buku ini mempunyai banyak pengajaran bagi kita yang agak tersasar daripada jalan yang lurus agar cepat-cepat membuat pusingan U. Penulisannya dimulakan dengan kisah-kisah yang mudah difahami dan dihadam, kemudian diikuti dengan hadis Qudsi. Memang menarik.
Buku ini mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan al-Imam al-Ghazali rhm, 'al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah'. Buku ‘U-TURN KE JALAN LURUS’ ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasulullah SAW dengan mengaitkan kisah-kisah yang boleh dijadikan wake-up call kepada kita yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul! Setelah membacanya, sebahagian besar pengajaran dan tauladan yang dimasukkan benar-benar menginsafkan diri ini. Kadang-kala perkara yang sering berlaku di persekitaran kita, sebenarnya mempunyai seribu satu pengajaran (hikmah) bagi mereka yang benar-benar berfikir.
Dalam pengajian tadabbur Ustaz Kariman juga mengingatkan kita bahawa jalan lurus (As-Siraat al-Mustaqim) itu ialah jalan yang besar, lurus dan dapat menampung pelbagai kenderaan. Inilah jalan yang lurus menuju kepada Allah SWT. Jalan itu amat dekat, kenapa? Sebabnya jalan tu besar dan lurus cuba kalau besar tapi bengkang bengkok tentu jadi jauh. Jika lurus tapi sempitpun susah juga. Ini juga nak menyatakan bahawa jalan menuju Allah SWT itu sebenarnya sangat mudah. Ini kerana fitrah manusia ialah mudah untuk melakukan perkara yang baik daripada melakukan perkara yang tak baik. As-Siraat al-mustaqim yang kita pohon setiap kali kita mendirikan solat (Ihninaassiratalmustaqim) itu ialah jalan menuju Allah semasa kita masih berada di atas dunia ini menjalani kehidupan yang bermatlamat hanya SATU; mengabdikan diri hanya kepada Allah (lilllahi ta'ala) dan akhirnya akan diterima menemuiNya dengan membawa HATI YANG SEJAHTERA.
Andai kita bermula dari jalan-jalan kecil menuju jalan yang satu itu iaitu jalan yang lurus dan lebar, kita bertemu round about lalu kita berpusing-pusing di sana berkali-kali pasti kita dikatakan sesat. Begitupun bila kita dah sesat mulalah balik ke pangkal jalan dan bermula lagi di sana. Tapi AWAS! Janganlah kita sentiasa tersesat. Amat rugi jika tidak berpatah balik hingga sesat sampai ke hujung biarpun kita sedar kita tersesat. Jadi buatlah U-TURN KE JALAN LURUS. InsyaAllah selamat.
Antara kisah yang ditulis dalam buku ‘U-TURN KE JALAN LURUS’ ini ialah kisah anak ikan yang degil akan pesanan ibunya supaya jangan makan cacing yang dilihat oleh anak-anak ikan, kerana kata ibu ikan, di dalam cacing itu ada keluli yang akan mencangkukkan mulut jika dimakan, seterusnaya akan diseret naik ke darat oleh pengail, kemudian akan disiang sirip dan sisip, dikeluarkan insang dan dibelah perut untuk dikeluarkan isi perut dan akhirnya yang paling menakutkan ialah dilemparkan ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Ada di kalangan anak-anak ikan itu tidak mempedulikan nasihat ibunya. Bila keesokan harinya anak ikan ternampak cacing yang menggeliat di hadapannya diapun menyambar, dengan mengingkari nasihat ibunya, ikan itupun diseret naik sebaik sahaja menelan cacing yang menggiurkan itu.
Begitulah kisah itu dikaitkan dengan kita yang lalai walaupun diberi peringatan berkali-kali, bahawa nafsu syahwat akan membawa kepada kebinasaan, namun ramai yang menjadikan nafsu syahwat sebagai Tuhan.
Sekian dulu untuk kali ini, mudah-mudahan memberi manfaat. Mudah-mudahan kita sentiasa berusaha untuk sentiasa berada di atas jalan yang lurus. Buatlah pusingan U jika kita tersasar ataupun kita berpusing-pusing di round about. Ya Allah! tunjukilah kami jalan yang lurus.. amiin
8 comments:
assalamualaikum kak werdah
welcome back ke blog akak yang comei ni.saya pun terpaksa menyepi beberpa hari ni, bisa di tulang belakang kembali menyerang.syukran jazilan kak sudi berkongsi pengalman tentang buku u turn ni.tajuk buku yang simple, tapi sunggu berkesan.begitu jua dgn analogi cacing itu
Wa'alaikumussalam ummu
Semoga ummu diberikan kekuatan dalam menghadapi segalanya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak bertambah mudharat.. amiin.
Kakpun tak dapat berlama-lama di hadapan komputer ni.. sama seperti ummu.
Sebenarnya kak ambil masa yang agak lama untuk membuat membeli buku ni..akhirnya alhamdulillah taklah mengecewakan.. banyak pengajaran yang boleh disampaikan kepada anak-anak. Salah satunya tentang hikmah, kita tak terfikir nak sampaikan dalam bentuk cerita.
Assalamu'alaikum Kak Werdah,
Kakak dengar promo buku ini di radio IKIM petang Jumaat lepas. Tapi belum beli lagi. Tak tahulah dah sampai kedai buku yg kakak selalu pergi ke belum.
Pasti banyak pengajaran dari isi kandungannya seperti yg diwartakan. Kakak suka buku ilmiah macam ini. Sekarang sedang baca bulu Imam syafie karya pak Latip. Tak habis pun lagi.
salam k werdah,
setuju psl U turn tu..
dan biarlah kite masih sihat dan kuat ketika membuat U turn, sekurang kita masih kuat utk mencarik jalan keluar..
klu kita dah lemah, takut kite tk sampai ke point jln keluar tuh..
berpusing balik ketika kita masih sihat dapat la kite mengisi diri kita dengan ilmu.
tp bila kite dah lemah baru berpatah balik kudrat dah kurang utk kita keluar mencarik ilmu ....
Wa'alaikumussalam kakzakie
Alhamdulillah dan tahniah untuk kakzakie kerana dah beli buku imam syafi'e tu. kak werdah belum lagi beli.
Memang bila kita ke kedai buku rasa nak beli banyak kan! semua menarik.
Mudah2an kita dapat memperbaiki diri bila membaca buku-buku yang banyak mengajak kita berbuat baik. Amiin
Wa'alaikumussalam aby
Begitulah harapannya, bila sedar masa muda dan sihat patutlah disyukuri kerana banyak yang boleh dikutip untuk dibawa dalam perjalan menuju Allah SWT.
Namun begitu bila sedar ketika sudah lanjut usia dan sakitpun patut juga disyukuri kerana belum terlambat. Asalkan tidak tersesat sehingga ruh terpisah daripada jasad. Semoga kita semua diberi perlindungan oleh Allah SWT.
Assalamualaikum Kak Werdah,
Alhamdulillah akak mula berblog kembali. Sangat rindu dengan tulisan2 kak Werdah.
Banyak ingatan2 nasihat yang diberikan Allah kepada kita, cuma kadang-kadang kita tersilap atau terlupa.
Alhamdulillah kalau kita masih boleh buat U-turn.
Wa'alaikumussalam Ani
Alhamdulillah, masih boleh menulis sikit-sikit dan membaca blog-blog.. insyaAllah mudah2an kita dapat saling berhubung lagi melalui pembacaan blog.. mudah2an tidak bertambah mudharat..
Post a Comment