Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.
Ditulis di sini ialah tentang "Yang Nampak dan Yang Tersembunyi" satu tajuk daripada sebuah buku yang telah lama tersimpan. Ada juga kaitan dengan jin iaitu makhluk yang tercipta lebih dahulu daripada manusia, dan ini mungkin boleh menambah pengetahuan kita tentang kata atau KALIMAT yang berkaitan dengan jin yang terambil daripada huruf JIM جِ dan NUN نَّ.
Pertama: Jinn adalah jenis kata nama, bentuk tunggalnya adalah jiniy yang maksudnya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat" atau yang tak ternampak".
Ini mungkin boleh dikaitkan dengan sifat yang umum yang selalu kita sebut sebagai "alam tersembunyi". Akidah Islam memaksudkannya dengan perkara-perkara ghaib dan jinn ini adalah makhluk yang berakal, berkehendak, sedar dan berupaya, serta mempunyai tanggugjawab 'taklif' (iaitu tidak dijadikan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah/menyembah Allah SWT) sama seperti manusia, berjasad halus dan hidup bersama-sama dengan kita manusia berkongsi planet bumi ini.
Kedua: Daripada segi asal usulnya; kata nama (jinn) ini adalah dipercayai daripada bahasa 'Arab kerana bahasa 'Arab dipercayai bahasa tertua. Daripada segi bahasa pula al-Jinn (jin) adalah lawan bagi kata al-Ins (manusia) sebab selalunya kalimat-kalimat ini digandingkan dalam ayat-ayat yang pernah kita ketemui dalam al-Quran., contoh dalam surah an-Naas مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Ketiga: Kosa kata dalam bahasa 'Arab ini terdiri daripada huruf JIM جِ dan NUN نَّ dengan pelbagai bentuk kata nama yang bermaksud benda atau makhluk yang tersembunyi.
Ketiga: Kosa kata dalam bahasa 'Arab ini terdiri daripada huruf JIM جِ dan NUN نَّ dengan pelbagai bentuk kata nama yang bermaksud benda atau makhluk yang tersembunyi.
Di bawah ini beberapa contoh penggunaan kata yang terbentuk daripada huruf JIM جِ dan NUN نَّ.
Dalam ayat-ayat al-Quran:
Dalam ayat-ayat al-Quran:
1) Al-janin (janin) disebut demikian kerana tersembunyinya dalam perut ibunya.
وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٌ۬ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡۖ
.. dan semasa kamu berupa anak yang sedang (masih tersembunyi - ajinnat) melalui pelbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu. (An-Najm 53:32)
2) Jannat al-Layl, ertinya ketersembunyian disebabkan kegelapan malam seperti firman Allah dalam:
فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap (janna), ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". (Al-An'aam 6:76)
3) Dalam surah Saba' ayat di bawah:
Ada kata-kata yang diungkapkan dalam bahasa 'Arab "Janna ar-rajulu jununan, wa ajannahullahu, fahuwa majnun" - (dirumikan oleh penulis kerana tak ada perisian dalam huruf jawi) , ertinya "jika seseorang telah kehilangan akalnya dan 'tertutuplah' kesedarannya, maka dengan itu hilanglah kewajipan daripadanya akibat tidak berakal (gila; ingat cerita Laila dan Majnun; majnun pun daripada huruf JIM dan NUN), tentang pengertian yang seperti ini Allah berfirman :
Ada kata-kata yang diungkapkan dalam bahasa 'Arab "Janna ar-rajulu jununan, wa ajannahullahu, fahuwa majnun" - (dirumikan oleh penulis kerana tak ada perisian dalam huruf jawi) , ertinya "jika seseorang telah kehilangan akalnya dan 'tertutuplah' kesedarannya, maka dengan itu hilanglah kewajipan daripadanya akibat tidak berakal (gila; ingat cerita Laila dan Majnun; majnun pun daripada huruf JIM dan NUN), tentang pengertian yang seperti ini Allah berfirman :
أَفْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِباً أَم بِهِ جِنَّةٌ
"Adakah ia berdusta terhadap Allah, atau ia kena penyakit gila?" (Saba' 34:8)
Dalam Hadis:
1) "Puasa itu junnah (perisai)" juga termasuk dalam kategori ini; 'junnah' di sini perisai, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam sahihnya.
Dalam penjelasan 'Utsman ibn Abi Al-'Ash terhadap kata junnah dalam hadis di atas; junnah itu perisai seperti junnah (perisai) dalam peperangan. Junnah yang demikian bererti pelindung atau penutup.
Penulis kitab an-Nihayah mengatakan bahawa makna puasa itu junnah ialah kerana puasa itu melindungi pelakunya daripada berbuat maksiat atau diserang syahwat.
Dalam penjelasan 'Utsman ibn Abi Al-'Ash terhadap kata junnah dalam hadis di atas; junnah itu perisai seperti junnah (perisai) dalam peperangan. Junnah yang demikian bererti pelindung atau penutup.
Penulis kitab an-Nihayah mengatakan bahawa makna puasa itu junnah ialah kerana puasa itu melindungi pelakunya daripada berbuat maksiat atau diserang syahwat.
Al-Qurtubi mengatakan junnah bererti pembatas, yakni berkaitan dengan syari'at iaitu apabila orang berpuasa dia mestilah melindungi dirinya daripada segala sesuatu yang boleh merosakkan puasanya atau menghilangkan pahalanya.
Ibn 'Arabi pula mengatakan "sesungguhnya puasa itu adalah junnah (pelindung) daripada api neraka, kerana puasa mencegah syahwat, sedangkan neraka dipermudahkan kepadanya melalui jalan syahwat. Justeru jika seseorang berpuasa menahan diri daripada menuruti nafsu syahwat maka dia terlindung daripada api neraka.
Orang 'Arab menyebut perisai yang dengannya seorang tentera melindungi dirinya dalam peperangan dengan al-mijann. Ini kerana tentera tersebut menutupi dirinya dengan perisai daripada terkena lontaran panah atau libasan pedang. Oleh itu segala sesuatu yang kita gunakan sebagai pelindung daripada segala keburukan itu ialah junnah.
Selain perisai dan yang tersembunyi; Syurga yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa juga disebut jannah kerana banyaknya pohon di sana yang saling menutupi (menaungi) satu sama lain. Ini kita ketemui dalam al-Quran jannatul Firdaus, jannatul-Ma'wa dan jannatul-na'im.
Hati kita juga disebut al-janan kerana hati merupakan sesuatu yang tertutup oleh dada. Ada pula yang mengatakan bahawa ia disebut sedemikian, kerana fikiran dan lintasan hati yang dimiliki tertutup dan tidak terlihat.
Segala sesuatu yang tidak kelihatan oleh pandangan mata atau tersembunyi disebut sebagai janan. Sebab itulah juga kuburan disebut junan, kerana ia menutupi orang yang dikebumikan di dalamnya.
Di dalam kamus-kamus bahasa Arab pada huruf JIM dan NUN semuanya memberikan maksud atau pengertian 'yang tersembunyi' dan 'tertutup'.
Kata jiniy yang diucapkan oleh orang-orang 'Arab dahulu digunakan dalam al-Quran adalah makhluk yang berakal yang tidak terlihat oleh mata, mereka hidup bersama kita. Bahasa-bahasa Eropah mengambilnya daripada bahasa 'Arab lalu melafazkan dengan genie dalam bahasa Inggeris, walaupun kamus-kamus mereka memberikan maksud sebagai 'roh syaitan'. Namun dalam filem-filem moden istilah genie ini , mereka mksudkan sebagai makhluk berakal khususnya yang berbuat baik atau membantu manusia membuat kebaikan.
Kesimpulannya:
Penggunaan kata yang terbentuk daripada huruf JIM جِ dan NUN نَّ ialah segala sesuatu yang tidak kelihatan oleh pandangan mata iaitu tersembunyi. Dengan sebab itulah kita tidak boleh melihat jin.
Penggunaan kata yang terbentuk daripada huruf JIM جِ dan NUN نَّ ialah segala sesuatu yang tidak kelihatan oleh pandangan mata iaitu tersembunyi. Dengan sebab itulah kita tidak boleh melihat jin.
Allahua'lam.
6 comments:
Assalamualaikum Kak Werdah,
Semoga Kak Werdah sihat/
Satu N3 yang menarik. Tak tau nak komen, cuba baca dan cuba memahami. Terima kasih sudi berkongsi kak.
Wa'alaikumussalam Ani
Mungkin Ani terkeliru sebab tajuknya begitu. Apa yang ingin kak sampaikan ialah penggunaan kalimat JIM جِ dan NUN نَّ
Yakni yang tidak dapat dilihat, dalam bahasa 'Arab diambil daripada perkataan jin.
Dipetik daripada buku dialog dengan jin Islam oleh Muhammad Isa Dawud.
Kebetulan semalam hari ini dan hari esok ada tentang sihir dan jin dalam tanyalah ustaz di TV9.
Assalamualaikum Kak Werdah,
Saya singgah lagi ni. Semoga akak sihat.
Saya akan baca balik. Sebenarnya saya juga ada buku dialog dengan jin Islam oleh Muhammad Isa Dawud ni.
Nanti saya akan baca lagi buku tu. Sebab saya dah lama membacanya.
Wa'alaikumussalam Ani
Ada satu lagi buku Muhammad Isa Dawud ni iaitu Dajjal akan muncul dari Kerajaan Jin di di segitiga bermuda..
Berkaitan dengan kalimat Jim dan Nun ini taman pun disebut jannah tapi dalam buku karangan Muhamad Isa ni tak sebut..
Assalamu'alaikum Kak Werdah,
Allah maha mengetahui bayangkan kalau kita boleh nampak jin. Namun berperisai dengan junnah seperti berpuasa memang baik sebagai pelindung berbanding dari mereka yg berlindung dengan jin.
Lambat sikit kakak masuk sebab baru balik bercuti.
Wa'alaikumussalam kakZakie
Ya lah, apa yang Allah lakukan ada hikmahNya kan.. kita hidup dalam dimensi yang berbeza.. mereka dapat lihat kita tapi kita tak dapat lihat mereka.. Subhanallaah walhamdulillah.
Post a Comment