Wednesday, June 8, 2011

Takut dan Taat Kepada Allah dan rasul

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. 



Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Allah dan Rasul memberikan perintah dan larangan pasti ada manfaat dan mudharatnya. Kita sebagai hambaNya perlu patuh dan takut kepadaNya. Biarpun Allah memberikan kebebasan memilih sepenuhnya kepada kita dalam hal pilihan (ikhtiyari), Allah pasti membalas kebaikan dengan kebaikan, keburukan dengan keburukan.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (A-li'Imraan 3:32
Kisah satu:

Sabda Rasulullah SAW:

["Janganlah seseorang kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i daripada Abdullah bin Umar)

Mengapa tidak mahu makan dengan menggunakan tangan kanan? Cacat atau kudung? Hendak kata lumpuhpun tidak tetapi mahu menyuap dengan tangan kiri. Di manakah logiknya. Barangkali mahu meniru gaya makan orang-orang yang dikatakan moden dan maju?

Puncanya adalah daripada dalaman, ada sifat sombong di sana. Sifat yang mengeluarkan Iblis daripada syurga.

Daripada Salamah bin al-Akwaa' bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah SAW dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda : "Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu." Lelaki itu menjawab, "Aku tidak berupaya berbuat demikian". Baginda bersabda lagi, : "Kamu tidak berupaya?" Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong." Salamah berkata : "Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya (cacat selamanya) (HR Muslim)

Islam banyak sekali menyaran kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan mendahulukan tangan (dan kaki) kanan bagi perkara-perkara yang baik. Jika kita mematuhi saranan Islam Allah akan beri ganjaran. Janganlah ikut telunjuk syaitan yang mengajak kita terjerumus ke dalam perangkapnya] semua yang dalam braket ni disalin dari Kanan VS Kiri.

Mesej daripada kisah ini ialah; perintah Allah dan perintah nabi biar sekecil manapun kita mesti ikut sebab pasti ada manfaat dan mudharatnya. Orang tadi dia tak buat kerana meremehkan perintah Rasul.
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nuur 24:63)

Maksudnya orang yang tak takut dan tidak taat kepada Allah dan RasulNya, pasti Allah beri bencana di dunia lagi. Jika terlepas di dunia dia tak akan terlepas di akhirat. Contoh orang tadi jika dia makan dengan tangan kanan selepas Rasulullah menegurnya tentu Allah tak berikan musibah kepadanya.


Kisah dua;

Hadis Riwayat Bukhari: Daripada Abdullah bin Umar (Ibnu Umar, anak khalifah Umar Ibnul khattab) "Rasulullah saw pernah memakai cincin terbuat daripada emas dan ramai pula para sahabat memakainya. Lalu nabi bersabda; "Sesungguhnya aku memakai cincin daripada emas lalu aku buang, kamu dan aku tak akan memakai cincin emas lagi".

Sebelum Nabi kata buang sebahagian daripada mereka dah tanggalkan dan buang. Apabila ada lagi yang memakainya, nabi tarik dan nabi buang, "Kamu meletakkan bara api di tapak tangan kamu lebih baik daripada memakai cincin emas". Nabi campak depan mata sahabat, ada sahabat kata ambillah boleh bagi kepada isteri"; ada sahabat lain pula kata, "aku takkan ambil semula sebab nabi yang membuangnya"



Subhanallah n masyaAllah ramai di antara para sahabat terdahulu yang banyak menggunakan rasa takut dan taat kepada Allah, mereka tak tanyapun kenapa tak boleh pakai emas, kenapa harus berwudhuk, mereka dengar dan taat. Kita bagaimana?

11 comments:

Unknown said...

muhasabah diri..T-T

Werdah said...

Salam albanaT

Sama-sama bermuhasabah...

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

1. Sebab itu anak-anak dari kecik dah nak kena ajar mengapa makan guna tangan kakan. Tadika Pasti soal dari mula buka kasut, masuk kelas, makan semua diajar tangan /kaki mana yg mesti didulukan

2. Ada lelaki yg bangga bila memakai emas tanpa mengethaui beapa dia menggung doa yg besar.

Kakzakie Purvit said...

Sorry Kak Werdah,

Salah eja... Heheh nak cepat.

2. Ada lelaki bangga memakai emas tanpa mengetahui betapa dia menganggung dosa yg besar. Maaf ye...

aby said...

salam k werdah,
pertama kita kena faham sifat terpuji nabi saw,
Siddiq,
amanah,
tabligh,
fatanah,

bila sifat sidiq bermakna ia bertentangan dgn sifat yg berbohong.
jadi apa kata nabi adalah benar semata mata benar, apatah lg dikata yg ayat2 yg keluar dari mulut nabi adalah wahyu allah ..
dan nabi tk berkata ngikut suka2 sendiri.
manakala dalam alquran, banyak yg tertulis,
Taatilah allah dan rasul nya,
ada juga, Jika kamu benar2 mencintai tuhan, ikutilah aku,
dan juga,
Tulislah, demi Tuhan yg diriku ditangannya, tiada sesuatu yg ada pada diriku melainkan kebenaran ..
sekadar beberapa keratan yg membuktikan kata2 rasul adalah penyambung perintah dari allah swt,
jadi jgn la kita cuba menidakkan perintah2 yg datang dari riwayat dan hadis ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Alhamdulillah, bila terdidik dengan akhlak terpuji, insyaAllah di rumah pula senanglak kita mengawalnya kan?

Bagimanapun kepada yang masih leka dan lalai kita doakanlah semoga terbuka pintu hati untuk menyukai perintah Allah dan Rasul

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Benar aby, Nabi Muhammad saw mempunyai akhlak yang agung, dan diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umatnya.

Perintah Allah supya mengikut apa yang diperintahkan nabi supaya dapat kita buktikan bahawa kita ini cintakan Allah. Bila kita ikut nabi maknanya kita cinta Allah bila muafaqah denga Allah barulah cinta berbalas.

Cikgu Zam said...

Salam Makcik werdah,
Apa khbar sekarang ? makcik sihat ke????

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Cikguzam

Alhamdulillah kesihatan tidak bertambah mudharat.. masih dalam rawatan mencari penyembuh.

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga kak werdah sihat.

Walau kita rasanya ianya sesuatu yang remeh, tetapi bila ianya sunnah nabi, seboleh mungkin baiklah kita ikut.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

InsyaAllah Ani. Kena banyak-banyak memohon pertolongan Allah SWT.