Sunday, June 26, 2011

Sebuah Peringatan


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Allah SWT berfirman bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya (yang berhak disembah melainkan Dia), Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Barangsiapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia termasuk dalam golongan yang rugi.

Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barangsiapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaatiNya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang tahu tentang syaitan dan mengingkarinya selamatlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian meninggalkannya bahagialah dia.

Barangsiapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dan kepadaNya kamu semua akan dikembalikan.

Wahai anak Adam, bila mana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bila mana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bila mana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bila mana balasan nanti adalah neraka, mengapakan kamu istirehat?

Bila ganjaran Allah ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bila mana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuanKu, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daripadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bermegah"

Petikan Hadis Qudsi

11 comments:

Cikgu Zam said...

salam makcik,
Sudah lama saya menanti nukilan dario makcik, terima kasih banyak (",). Semoga sentiasa sihat InsyaAllah. Amin Amin Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak Werdah sihat.

Manusia memang selalu berada dalam resah gelisah, cuma pada yang betul2 bertakwa dan bertawakal kepada Allah sahaja yang mampu mengatasi keresahan ini.

Siti Nor Hidayu Bt Mohd Shapiai said...

ia adalah hadis yg sgt bgs utk dijadikan sbg pnduan dan muhasabah diri kita balik.. semoga ssaya, pemilik blog dan semua muslim kembali kepada Allah dalam keadaan yg baik.. aminn..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cikguZam

Alhamdulillah.. dapat membaca dan mencoret serba sedikit untuk memperingatkan diri.. terima kasih kerana mendoakan makcik di sini.. semoga cikguzam juga sentiasa beroleh kesejahteraan serta dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin, amiin, amiin ya Rabbal 'aalamiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Alhamdulillah kak sihat, semoga Ani juga sentiasa beroleh kesejahteraan, kesihatan yang baik serta dalam rahmat kasih sayangNya..

Disebabkan manusia ini lemah maka kita sentiasa diperingatkan oleh Nabi kita supaya sentiasa mendidik jiwa. Harapan kak dengan membaca dan menulis ini dapatlah sentiasa beringat.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Siti Nor Hidayu

Ya, semoga kita semua dapat manfaat.. terima kasih.. amiin

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

Salam ziarah. Lama dah tak jenguk sini....
TQ dengan info ini. Semuga sama2 kita menghayatinya,,,

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Hajah Nafisah

Kakpun lama tak ke sana.. terima kasih semoga kekal di ingatan kita.. Masih ingat akan persamaan kita.. sama-sama guru dan nama anak bongsu yang sama :P

InsyaAllah kita berusaha muhasabah dan koreksi diri..

Blog Nazlin Hassan said...

like it..thanx for the info..will follow

Werdah said...

>>Nazlin Hassan

Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah, jumpa lagi

Saya cuba mencari buku ni tapi belum rezeki agaknya. InsyaAllah saya akan usahakan lagi.