Wednesday, August 17, 2011

Tuhan! Kembalikanlah Aku Ke Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan.  

Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.Semuanya masih misteri. Hanya tinggal Al-Quran dan Al-Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian… Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!

Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.  Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.

Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!

Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:


“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”



Di bawah ini pula coretan kisah yang patut kita tonton. Semoga dapat memberikan keinsafan dalam sanubari kita.







Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19

14 comments:

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA ! SELAMAT BERBUKA

ummu said...

assalamualaikum makcik wedah
sesungguhnya kematian tak emngenal usia
terima aksih atas ingatan bersama
semoga makcik sihat sejahtera di sana.
rindu nak baa catatan2 makcik..saya sejak bilan puasa ni, sibuk sikit dkat rumah.:) salam sayang buat makcik

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Sungguh bila membaca N3 ini terasa bekalan utk menemuiNya masih terlalu sedikit. Lihat video pula baru minggu lepas kakak turut sama kerana ada kematian di taman perumahan kakak. Usianya telah 94 tahun. Namun pergilah amat mudah...
Org baik begitulah.... ketika solat jenazah pun surau penuh termasuk ruang solat wanita juga...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam LF

Allahumma Amin.. Terima kasih

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ummu

Salam sayang juga buat Ummu.. ya! kematian tidak mengenal usia, sakit ataupun sihat.. segala2nya di bawah ketentuanNya.

Makcik Alhamdulillah 'alaa kulli haal

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Terubat rindu pada kakzakie, ya! ziarah orang yang pergi meninggalkan kita merupakan sekolah kehidupan.. diharapkan kita sentiasa ingat bahawa kita juga insyaAllah akan menyusul sama ada dalam tempoh yg sekejap atau tempoh yg lama.. semoga beliau diampuni segala kesalahan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati.. amiin

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga Akak berada dalam kesihatan yang baik.

Bila dikenang, hati belum bersedia untuk pulang kerana masih mencari bekalan. Tapi siapalah kita nak menentu bila saat kita bersedia.

Allah Maha berkuasa atas segalanya.

aby said...

salam k werdah ...
aby nak ulang balik sebahagian kata2 kt talkin tu ..

dari surah al fajr,

27 “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28]
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29]
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

tu la doa yg terbaik bila melihat org tengah bergelut dgn sakratul maut ..

biar la kita berakhir dalam husnol khotimah ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Kak alhamdulillah sihat.. semoga Ani huga demikian.

Berdoalah agar kita sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah dengan kita sendiri menjaga hakNya.. dan akhirnya kita diberi husnul khatimah.. takut juga Ani.. tengok video ni walaupun nukilan daripada mimpi sang pendosa.. semoga kita dapat sentiasa mohon ampun dan bertaubat..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Itulah yang selalu diharapkan oleh semua orang.. mudah2an kita juga sentiasa menggilap hati menjadi hati yang sejahtera... supaya diterima denganNya nanti.

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum kak Werdah,

Ada datang Johor ke cuti raya nie?. Selamat Hari Raya buat Kak Werdah dan keluarga semua ye.... salam sayang dari kakak & keluarga di JB nie...:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Tahun ni anak kak beraya dengan kak, jadi kami beraya di KL kemudian petangnya kami ke Perak. Kampong kak n suami di Perak. Salam sayang buat kakzakie juga.. selamat sambut 'idul fitri, maaf segala kesilapan ya.

orangkampung said...

Assalamualaikum Kak Werdah,
Salam "idul fitri.

Taqabbalullah minna wa minka.
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ummuaimi

Salam 'idul fitri juga buat ummuaimi.. Semoga Allah menerima amalan kita.. amiin.. maaf zahir batin