Friday, February 10, 2012

Mahu Kemuliaan?



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum


Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.


Allah berfirman:

A010

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

Allah berhak memberikan kemuliaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Di dalam Islam, kemuliaan seseorang itu bergantung kepada tahap kepatuhannya kepada perintah dan larangan Allah SWT. 

Kemuliaan di sisi Allah hanya dapat dicapai dengan amalan-amalan baik yang diterima Allah.

Kemuliaan tak mungkin dicapai dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah dan larangan Allah.

Melakukan perkara-perkara bertentangan dengan suruhan Allah akan mengakibatkan ditimpa penghinaan dan azab yang pedih daripada Allah SWT.

Jadi untuk memperolehi kemuliaan umat Islam tidak boleh tidak kena memperbanyakkan ketaatan dan tunduk kepada segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah dan RasulNya.


JIKA kemuliaan yang hakiki diraih melalui tunduk dan patuh kepada Allah disertai dengan pelaksanaan amal salih yang berterusan, baik dengan ucapan mahupun tindakan yang berlandaskan keikhlasan, nescaya segala bentuk kejahatan daripada orang-orang berkelakuan jahat, pasti akan mengalami kehancuran dan kebinasaan. 


Orang yang beriman mesti meyakini bahawa segala bentuk kezaliman dan keburukan akan hancur dengan sendirinya selama mana orang yang beriman tetap beristiqamah dalam menebarkan benih-benih kebaikan dan menanam pohon kebajikan.

Boleh juga baca di SINI

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Betapa terbentang luas untuk kita mendapat kemuliaan Allah di muka bumi ini. Tinggalkan kemungkaran buat yg terbaik... tapi itulah syaitan menggoda hingga selalu alpa dan lalai...

aby said...

salam k werdah ..
wlu tidak mulia dimata masyrakat ..
namun jika mulia di pandangan allah swt ..
itu dah cukup baik utk kita tersenarai didalam ahli jannah ..

Werdah said...

Wa'alaikumusalam kakzakie

Benar kakzakie.. perlu berjihad lawan nafsu .. perlu menentang ajakan syaitan yang sentiasa mengajak kita mengikut bersamanya ke dalam kehinaan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Semoga kita terhindar daripada sifat ingin dapat kemuliaan daripada mata orang dan mengabaikan kemuliaan yang hakiki... amiin