Friday, April 6, 2012

Ingat Akan Mati Hidup Di Alam Kubur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Coretan di hari Jumaat di samping mendengar peringatan





Ketahuilah kematian adalah hal yang sangat menakutkan!
Sangat bahaya jika dilupakan.
Namun sedikit sangat yang mahu ingatkan kematian.
Bahkan hati disibukkan oleh hidup dalam kesenangan.

Perhatikan di sekelilimg kamu.
Rakan sebaya, kaum keluarga yang telah meninggalkan anda.
Bayangkanlah!
Bagaimanakah keadaan mereka.

Ingat bahawa mereka sekarang di bawah debu.
Ingat rupa bentuk mereka ketika ini.
Bagaimana debu tanah menghancurkan wajah cantik mereka.
Bagaimana tubuh hancur.

Bagaimana dia akan berjalan-jalan
Kaki dan sendinya hancur.
Bagaimana dia akan tertawa giginya telah hancur dimakan ulat.
Bagaimana dia mahu bertutur mulutnya telah dimakan tanah.

Ingat pula bagaimana kita akan mati.
Sampai di mana perjalanan hidup ini.
Lalaikah kita akannya lalu cenderung untuk kekal kuat dan muda?
Keinginan untuk tertawa dan bermain-main.
Hingga lupa bahawa kematian sedang menanti.

Ingat mati bukan dengan omongan kosong.
Hati perlu dikosongkan daripada ingat kelazatan hidup.
Bukan harta yang terkumpul yang menyelamatkan.
Amal soleh jugalah yang dapat menolong.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Betul kata ustaz tu Kak Werdah. Menikah, dapat anak, cucu semua mungkin digambarkan betapa indahnya. Namun kematian yg telah digambarkan kepada kita betapa azabnya andai amal dan iman tidak ada... takutnya.

Ingatan ustaz tentang banyak-banyak mengingati mati memang menggerunkan. Ingatan utk kita bersama ye kak kerana mati dtg bila-bila masa saja... banyak cara.

p/s: kelakar pulak bila ustaz nyanyi lagu can-mali-can tu:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Ya kakzakie.. apa yang perlu difahami bahawa kita tak akan tahu selagi kita tak alami, namun berita ghaib (alam barzakh dan alam akhirat) yang disampaikan oleh Allah melalui lidah rasulNya perlu kita imani.

Ngeri mengingatkan apa yang berlaku nanti..

Can mali-can.. untuk menghidupkan suasana, namun ada pengajaran di dalamnya.. semoga kita meninggalkan bekas-bekas yang bermanfaat..