Thursday, October 31, 2013

Daabbatul Ardh




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Rasulullah SAW menjelaskan salah satu tanda besar Kiamat menggunakan istilah daabbatul ardh. Kata ini juga di gunakan dalam firman Allah SWT dalam Surah Saba' ayat 14 yang menerangkan tentang kematian Nabi Sulaiman as.




فَلَمَّا قَضَيۡنَا عَلَيۡهِ ٱلۡمَوۡتَ مَا دَلَّهُمۡ عَلَىٰ مَوۡتِهِۦۤ إِلَّا دَآبَّةُ ٱلۡأَرۡضِ تَأۡڪُلُ مِنسَأَتَهُۖ ۥ 

Maka ketika Kami telah menetapkan berlakunya kematian atasnya (Sulaiman) tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya kecuali semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya.

Kata daabbah  دَآبَّةُ   dalam bahasa Arab biasanya digunakan untuk semua jenis binatang yang tinggal di dalam tanah seperti anai-anai, semut, cacing dan lain-lain.

Menurut sebahagian mufassir yang memberikan maksud kepada daabatul ardh ini sebagai binatang yang melata tetapi maksud seperti dalam ayat Saba' di atas tadi adalah lebih tepat.

Tentang tanda keluarnya binatang ini Allah berfirman: 


Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (an-Naml [27] : 82)

Dalam mentafsirkan ayat 82 Surah an-Naml ini Ibnu Katsir telah menyebut beberapa hadis Nabi SAW. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Binatang tanah (Daabbatul Ardh) akan keluar. Binatang ini akan membawa bersamanya tongkat Musa as dan cincin Sulaiman as. Ia akan menunjuk hidung orang kafir dengan tongkat Nabi Musa dan menjadikan muka orang-orang yang beriman cerah dengan cincin Sulaiman as. Hinggakan apabila satu keluarga berkumpul di meja makan, mereka akan mengenali siapa yang kafir dan siapa yang beriman di kalangan mereka." (HR Abu Dawud)

Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Imam Ahmad disebutkan"......menunjuk hidung orang kafir dengan cincin dan menjadikan muka orang beriman cerah dengan tongkat. Hingga apabila satu keluarga berkumpul di meja makan seorang akan berkata "Hai kafir" dan yang seorang lagi akan berkata "Hai Mukmin".

Allah Maha Berkuasa dan Allah jika berkehendak boleh melakukan apa sahaja yang luar biasa dan yang tidak pernah kita sangka. 

Rasulullah SAW berpesan agar orang-orang beriman bersegera melakukan perkara yang baik sebelum datang 6 perkara. Salah satunya ialah kemunculan Daabbatul Ardh ini. (HR Muslim)

Banyak hadis yang menerangkan tentang kemunculan binatang ini sebagai salah satu tanda kiamat. Ada yang palsu dan ada yang sahih. Kita pula kena yakin kerana ada disebutkan dalam al-Quran seperti yang dinyatakan dalam Surah an-Naml ayat 82 di atas tadi.

Binatang ini boleh berkata-kata dan akan memberitahu siapa kafir dan siapa yang beriman. Dapatkah dibayangkan jika kita berada dalam keadaan demikian. Namun bila itu terjadi nampaknya tiada lagi siapa yang peduli sama ada dia kafir atau mukmin dalam keluarganya sendiri hinggakan boleh berkata "Hai Kafir" dan "Hai Mukmin".

Semoga kita dapat menyegerakan amalan soleh yang akan menyelamatkan kita. Kepada Allah jua kita mohon pertolongan.

Aamiin.

NOTA:

Video di bawah dimuatkan di sini pada 13 November 2014
9 Muharram 1435H
Di dalamnya ada penerangan tentang Daabbah ini


12 comments:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Kak Werdah,

Kita tak tau bila kiamat akan tiba walaupun dah banyak tanda2nya sekarang.

Sebagai hambaNYA kita cubalah menjadi orang yang beriman dan bertakwa.

De la chezz Haris said...

penggisian yang berguna untuk saya, mengingatkan tentang akhir hayat dan kiamat!


aby said...

Daaaabbatul Ardh ..
suka pada sebutan bacaan ..
kena baca cara kalimah mufaqal ..
ada tanda misai panjang dan sabdu ..
mesti dibaca dengan lantunan ..
mcm kita baca
waladdhooollin dalam surah fathihah tu yg beserta dengan lantunan ..
wlu tanda2 kiamat tu banyak dah ada ..sebaiknya kita kekal ketaqwaan kita dalam menuju kpdnya ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Benar Ani. Kita hanya perlu meyakini saat pasti terjadi dan kita perlu jadi orang yang bertakwa.

Werdah said...

De la chezz Haris

Pengisian dalam blog ini tertumpu kepada mengingatkan diri. Nota Untuk Diri tentang balasan di akhirat. .menakutkan bila sebut bab balasan terhadap keburukan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Suka dengar bila ustaz Don membacakan part akhir surah al-Fatihah tu.

Sebenarnya pengisian ini diambil daripada buku yang kak beli di Jakarta tu..

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... kalau nak ikutkan dah banyak tanda-tanda kiamat telah Allah tunjukkan pada kita sekarang ini. Moga keimanan kita terus dibajai terutama anak-anak dgn pengaruh luar kakak memang takut betul...

Selamat menyambut maal hijrah dari kakak, moga diberi peluang terus utk menjadi hamba Allah yg bertaqwa.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Ya, bermula dengan terurusnya Nabi Muhammad SAW sebagai rasul penutup, sudah banyak terjadi tanda -tanda kiamat. Cuma menanti tanda-tanda besar sahaja lagi.

Mudah2an kita dapat terselamat daripada fitnah akhir zaman ni.

Selamat sambut tahun baru.

ساريده سنين said...

Assalamualaikum Kak Werdah..

info yang bermanfaat untuk saya, motivasi diri tentang akhir hayat kita dan hari kiamat..

Salam Maal Hijrah Kak..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Saridah

Salam Maal Hijrah juga buat Saridah

Semoga kita semua dapat manfaatnya. .insyaAllah. .aamiin

TiranaAduka said...

salam werdah
Tq sudi sharing

Werdah said...

Wa'alaikumussal TA

Semoga bermanfaat dengan izin Allah jua..:)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails