Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang
mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu
banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia
dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Umur manusia itu meskipun panjang namun dikira pendek
asahaja. Setiap usiamu bertambah; setiap itulah umur itu berkurangan. Cubalah
fikirkan sedalam-dalam apakah anda terlepas daripada kekurangan ini. Kalau anda
telah mesnsia-siakan umurmu, sudahkan anda mencari peluang untuk memperbaiki?
Mungkin anda telah berada di kemuncak kenikmatan. Hidupmu dikelilingi oleh
pengawasan dan pengawalan. Apa yang anda perlukan tetap sampai kepadamu
tetapi nanti apabila tiba di hari Mahsyar siapakah agaknya yang akan
mengiringimu? Siapa yang akan mempertahankan dirimu? Siapakah yang akan
mengurusi hal ehwalmu?
Ajaib sekali terhadap jiwa yang dapat tidur dengan nyenyak
di waktu malam sehingga dia lupa/melupakan sama sekali semua kedahsyatan yang
akan ditemuinya kelak di hari akhirat. Mungkin segala nasihat yang dihamburkan
ini diterima oleh telinga namun kerapkali larangan dilanggar juga kerana
tabi'at jiwa itu sering mengharapkan rahmat dan keampunan daripada Tuhan Yang
Maha Rahmat dan Pengampun TETAPI TIDAK PULA suka patuh serta taat kepada
perintah dan larangan Allah. Kakinya terus melangkah menurut hawa NAFSU tanpa
segan silu lagi; pada hal dia mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu
didorong oleh HAWA NAFSUnya yang sesat dan tidak menentu.
NASIHAT BUAT DIRIKU DAN SEMUA ..Mari kita renungi nasihat ini agar kita berfikir apakah kita akan dapat rahmat Allah jika kita masih menurut hawa nafsu kita? Mudah-mudahan kita TIDAK tergolong di kalangan orang yang panjang angan-angan....aamiin..
7 comments:
Salam k werdah,
Moga akal yg ada pada kita dapat di guna dari perbuatan mengikut hawa nafsu dan zahirkan angan2 didalam bentuk amalan
Wa'alaikumussalam aby
Ya, mudah-mudahan begitulah hendaknya .. maaf lambat respon...
Assalamualaikum Sis..
t.kasih sis, info yg sgt berguna..jauhilah kejahilan dan angan-angan yang batil.. sebaliknya sibukkanlah dirimu dengan mengingat ALLAH SWT..
Wa'alaikumussalam Saridah
Terima kasih jua buatmu atas nasihat itu..mudah-mudahan kita dapat isikan masa kita dengan ilmu yang dimanfaatkan dan amalan yang diterima..aamiin
Assalamu'alaikum Kak Werdah,
Sesungguhnya memang syaitan dah bersumpah utk menggoda anak cucu Adam dan itulah yg membuat kita selalu terbuai dgn angan-angan. Istiqomah dgn pegangan dan landasan keimanan itulah yg boleh membantu. Benar apa yg dikatakan ustaz itu dan moga kita tidak tergolong mereka yg lupa dan penuh angan-angan.
Takutlah Kak Werdah
Ya..memang menakutkan kerana syaitan itu bekerja 24 jam mengganggu kita. Mudah-mudahan kita sentiasa berusaha untuk berwaspada daripada gangguannya.
If you're looking to lose kilograms then you need to get on this brand new personalized keto diet.
To create this service, licensed nutritionists, personal trainers, and professional chefs united to develop keto meal plans that are powerful, decent, price-efficient, and delicious.
From their launch in 2019, thousands of people have already completely transformed their body and well-being with the benefits a professional keto diet can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones provided by the keto diet.
Post a Comment