Thursday, February 9, 2012

Tentang Usia


Bismillahirrahmanirrahim

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad tercinta, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia.

Perlukah kita diberitahu bahawa usia atau umur atau masa merupakan modal utama yang Allah bekalkan kepada kita?

Perlukah kita diberitahu bahawa modal ini Allah berikan percuma untuk kita guna bagi meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat?

Tahukah bahawa siapa yang menggunakannya untuk berbuat maksiat dan dosa maka dia benar-benar celaka dan rugi?

Sebaliknya siapa yang menggunakan waktu untuk beribadah dan mengerjakan kebaikan dia mendapat  keuntungan?

Fikirkanlah! Sudahkah kita memanfaatkan umur kita dengan baik?

Apakah kita sudah menggunakan umur kita dengan melakukan ibadah? Atau berbuat maksiat?

Bukankah kita harus menjalani hidup kita dengan baik?

Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan umur kita dan Allah tidak main-main dalam hal ini. Allah mengingatkan kita:

A115

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) secara main-main(saja-saja) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun 23:115)

Allah mengingatkan kita supaya tidak sambil lewa dalam menjalani kehidupan. 

Seringkali kita mensia-siakan umur kita untuk melakukan perkara yang kurang bermanfaat. Kita turuti nafsu seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. Bukankah kita rugi jika kita jalani hidup kita tanpa makna. Setiap detik kita akan dipertanggungjawabkan kelak di sana:

A036


Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (Al-Qiyaamah 75:36)

Kadang-kadang ketika khilaf kita melakukan kesilapan dan kita tidak cepat meminta ampun dan bertaubat kerana menyangka kita masih muda, pada hal kita sepatutnya melakukan kebaikan sejak kita kecil atau masih muda lagi serta dibina terus menerus hingga ajal menjemput kita. Bukankah kita harus berbuat baik dan meninggalkan larangan tanpa memandang usia?

A012


"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya hikmah (kebijaksanaan) semasa ia masih lagi kanak-kanak. (Maryam 19:12)

Nabi Yahya as, meskipun masih kecil; Allah memberikan kepercayaan kepada baginda. Maksudnya Allah tidak menganggap bahawa usia menjadi penghalang untuk seseorang berbuat baik ataupun maksiat. Para mufassir (jumhur) berkata : "Allah memberikan nabi Yahya hikmah pada hal pada masa itu baginda masih kecil, suatu hari sebelum kenabiannya; datang kanak-kanak sebaya dengannya mengajak bermain. Nabi Yahya berkata : "Demi Allah! kita tidak diciptakan untuk bermain-main dan bersenda gurau".

Sesungguhnya kisah nabi Yahya ini patut kita jadikan renungan. Biarpun  masih kecil baginda sudah boleh memanfaatkan umurnya untuk melakukan ketaatan. Ini sesuai dengan hadis berikut:

"Ketika ilmuku tidak bertambah setiap hari dan tidak mendekatkan diriku kepada Allah, maka tidaklah aku diberkati dengan terbitnya matahari saat itu" (HR Tabrani, Ibnu 'Adiy dan Abu Nu'aim)

Semoga hadis ini dapat kita jadikan sebagai bahan motivasi agar kita melakukan kebaikan dan perubahan pada setiap saat. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jika ibadah semakin meningkat ilmu pula semakin bertambah. Keberkatan pula bermaksud bertambahnya kebaikan.

Hassan al-Basri pernah berkata, "Wahai anak Adam! sesungguhnya kamu merupakan kumpulan hari. Jika satu hari terlewat begitu sahaja maka terlewtlah bahagianmu. Ketika bahagianmu telah lewat maka terlewatlah seluruh bahagian dalam dirimu. Tidaklah datang suatu hari yang matahari terbit di dalamnya, kecuali ia berseru; "Wahai anak Adam! aku adalah makhluk baru yang akan menjadi saksi atasmu. Maka raihlah aku kerana aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat".

Sebenarnya umur kita sangat pendek dan cepat berlalu. Nabi pernah berkata kepada Ibnu Umar sambil memegang bahunya:

"Hai Abdullah! jadikanlah dirimu seolah-olah orang asing di dunia ini atau orang yang melintasi di jalan sahaja". (HR Bukahri)

Nota ini adalah untuk mengingatkan diriku dan diri pembaca sekelian. Sudahkan kita bersedia? Sungguh takut mengenangkannya. Semoga dapat dijadikan bahan renungan untuk penambahbaikan dalam perjalanan menuju ke negeri abadi.

Thursday, February 2, 2012

Keluarkanlah Kami! Matikankanlah kami

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, pujian yang menyamai nikmat-nikmatNya dan mencukupi kelebihanNya. Wahai tuhan kami bagiMu segala pujian sebagaimana layak bagiMu kedudukan, keagungan dan kebesaran kekuasaanMu. Maha suciMu yang tak mampu kami mengira berapa banyak puji-pujian ke atasmu seperti yang Engkau puji ke atas diriMu sendiri. Maka layak bagiMu segala pujian sekiranya telah Engkau redhai dan bagiMu juga pujian selepas keredhaan itu.

Ya Allah sampaikan selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sehingga ke hari kiamat.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Kariim memberitahu kita bahawa ahli-ahli neraka akan membuat ungkapan "keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia)". 


Antara ayat-ayat yang menyatakan demikian ialah:


Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) (Al-Mu'minuun 23:99

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).(Al-Mu'minuun 23:100)
Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.(Al-Mu'minuun 23:106) 
 "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (Al-Mu'minuun 23:107) 
Allah membalas permohonan ahli-ahli neraka dengan firmannya:

(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (Al-Mu'minuun 23:108) 

Ahli-ahli neraka juga meminta kepada penjaga neraka supaya mematikan mereka; namun dijawab oleh malaikat bahawa mereka akan tetap kekal dalam neraka:

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!" (Az-Zukhruf 43:77)

Ahli-ahli neraka akan minta kepada Allah melalui malaikat supaya diringankan azab walaupun untuk sehari:

Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: "Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari". (Ghaafir 40:49)

Lihat apa yang dijawab oleh malaikat penjaga neraka:
Malaikat penjaga neraka menjawab: "Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang". Malaikat itu berkata: "Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja". (Ghaafir 40:50)

Firman berikutnya:

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". (Faatir 35:37)

Allah berfirman:

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?" (Ghaafir 40:11)

Begitu juga dengan firman di bawah mereka mohon untuk kembali ke dunia:

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)

Untuk permohonan ini Allah menjawab: 

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)". (As-Sajdah 32:13)

Ahli neraka membuat permohonan seperti berikut dan Allah menempelak bahawa bukankah mereka telah  dipanjangkan umur dan mereka juga telah membuat perjanjian semasa berada di dunia:

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? (Ibrahim 14:44

Sesungguhnya kita harus takut dan bimbang dengan persediaan mengharungi lautan kehidupan dunia untuk menuju hari yang harta dan anak pinak tidak berguna lagi. Sudah bersediakah kita?

Di neraka terlalu banyak fenomena yang berlaku dalam sehari.

Bayangkan sehari di sana bersamaan berapa tahun di sini.

Ya Allah, aku tak layak ke syurgaMu namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunilah dosa-dosaku bak pepasir di pantai....

Tuesday, January 17, 2012

"Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Hanya kepada Allah SWT kita panjatkan pujian dan kita sampaikan segala keluhan. Selawat serta salam kita ucapkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia hingga ke hari kiamat. 

Hari ini alhamdulillah berpeluang menyambung mendengar ceramah tentang neraka bahagian 3 iaitu sambungan daripada Lalu Bagaimana keadaannya jika terperosok?



Pakaian ahli neraka adalah daripada api. Dituangkan ke kepala mereka dengan air yang sedang mendidih. Dengan tuangan itu hancur luluh segala isi perutnya serta kulit-kulitnya. Setelah itu mereka dipukul dengan cambuk daripada besi. Apabila mereka hendak keluar dari neraka; mereka dicampakkan kembali ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka; "Rasakan seksaan yang membakar ini!"

Dalam surah al-Hajj ayat 19 hingga 22 kita boleh semak firman Allah SWT:

A019
Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak(Al-Hajj 22:19)

A020
Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. (Al-Hajj 22:20
A021
Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. (Al-Hajj 22:21
A022
Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" (Al-Hajj 22:22
Semoga dijauhkan Allah daripada terjadi seperti ini kepada kita. Diberikan pakaian daripada api hinggakan melolong, meraung, merintih,lalu  ingin lari tetapi setiap kali ingin keluar ditarik kembali dan dicambuk.


Apa kata malaikat penjaga neraka?


"Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"


Ada pula seksaan ahli neraka iaitu dahi, lambung (rusuk) dan ponggong (belakang) mereka dipanggang dengan api neraka. Allah Kareem. Kita di dunia ini tertusuk pakupun; untuk berjalan bukan main pedihnya. Tertusuk duripun sudah bukan main pedihnya inikan pula dahi, lambung dan ponggong disalai atau dipanggang.


At-Taubah ayat 35


A035
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (At-Taubah 9:35)
Kita mohon perlindungan daripada Allah.

Ada lagi di kalangan penduduk neraka leher diikat dengan rantai dan diseret dengan sekeras-kerasnya dan dilemparkan ke dalam lautan air yang sedang mendidih, kemudian mereka dibakar dalam api yang menjulang dan bernyala-nyala. Ini dinyatakan dalam surah Ghaafir/al-Mukmin seperti di bawah:

A071
Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret (Ghaafir 40:71)


A072
Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka; (Ghaafir 40:72)
Ada lagi penduduk neraka yang dipegang jambulnya lalu diseret ke tengah-tengah neraka kemudian kepala mereka dituang dengan air yang mendidih seperti yang dijelaskan dalam surah ad-Dukhaan ayat 47 dan 49.

A047
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. (Ad-Dukhaan 44:47)

 A049
(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)" (Ad-Dukhaan 44:49)
Pendeknya azab dan seksa neraka itu sesuai dengan amalan dosa manusia ketika mereka berada di dunia.

Dalam Isra' mikraj Rasulullah SAW ditunjukkan pelbagai penglihatan sebagai contoh dan tamsil daripada kehidupan di dunia ini.  Rasulullah SAW diperlihatkan pelbagai perkara mula dari awal perjalanan hinggalah ke syurga dan neraka dan seluruh azabnya.

Sebagai contoh semasa nabi disogokkan sebelum mikraj dengan dua gelas minuman, satu berisi arak  dan satu lagi berisi susu, nabi tanpa ragu-ragu mengambil minuman yang berisi susu dam minum. Selepas baginda minum malaikat Jibril berkata; engkau telah benar wahai Muhammad, pilihanmu tepat. Kenapa ya Jibril tanya baginda, lalu Jibril berkata; untung susu yang kamu minum kalau arak yang kamu ambil pasti umatmu akan jadi umat yang tidak baik.

Ini harus dijadikan contoh bahawa dalam kehidupan kita, jika kita berhadapan dengan hak dan batil maka hati-hati jangan tersalah membuat pilihan.

Banyak perkara yang berlaku di neraka ditunjukkan kepada baginda, baginda melihat sekelompok manusia yang dilontari kepalanya dengan batu daripada api neraka, tiap-tiap kali dilontar kepala itu hancur berkeping-keping, otak berantakan lalu dikembalikan kepala itu ke bentuk asal, setelah kembali ke bentuk asal dilontarkan pula api neraka hingga berkecai kembali. Menjerit, meraung, merintih kesakitan, terus menerus tidak pernah berhenti.

Bila ditanya kenapa begitu keadaannya, Jibril menjawab ya Muhammad itulah contoh daripada umatmu yang berat untuk sujud kepada Allah SWT. Tidak pernah mendirikan solat ertinya sombong kepada Allah SWT.

Selompok lain pula perutnya besar sebesar rumah dililit dengan kala dan ular daripada api neraka diseret-seret dijurang neraka, Dipatuk oleh ular hancur perutnya, lalu dikembalikan ke bentuk asal dan diseret lagi, begitulah berulang-ulang. Inialh balasan untuk orang yang suka makan riba dan harta anak yatim.

Ada sekelompok lagi kukunya terbuat daripada tembaga api neraka, panjang kukunya lalu mencakar-cakar mukanya.dan mengoyak-ngoyakan mukanya sendiri, hancur muka dan dikembalikan lagi ke bentuk asal begitulah berulang-ulang. Ini balasan untuk mereka yang sentiasa bermusuh-musuhan sesama saudara muslim, suka cari aib orang lain, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada azab api neraka.