Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Assalamu'alaikum.
Hanya kepada Allah SWT kita panjatkan pujian dan kita sampaikan segala keluhan. Selawat serta salam kita ucapkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia hingga ke hari kiamat.
Hari ini alhamdulillah berpeluang menyambung mendengar ceramah tentang neraka bahagian 2. Rasanya kisah ini sudah kerap kali kita dengar. Oleh kerana dah ditulis (Menulis sambil mendengar) rasanya tidak menjadi kesalahan dipublish di sini sebagai peringatan.
Bagi mereka yang menerima kitab amalan dengan tangan kanan muka mereka berseri-seri, mana yang timbangannya berat dengan kejahatan menerima dengan tangan kiri, pula kelam wajahnya. Pada masa itulah kedengaran pernyataan daripada Allah SWT :
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Ucapan selamat daripada Allah SWT, selamatlah kamu; itu adalah ucapan kepada orang-orang yang yang akan masuk ke syurga tetapi pada saat itu juga Allah menyatakan:
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). (Yaa Siin 36:59)
Semua yang berbuat dosa pada hari ini (pinggirlah) jauhlah kamu semuanya; kamu akan digiring ke neraka.
Saudara-saudara kaum muslimin rahimakumullah!
Baik yang akan menuju ke syurga mahupun yang akan ke neraka semuanya akan melintasi jambatan yang di bawahnya ada neraka.
Dalam surah Maryam ayat 72 dan 73 walaupun jambatan itu tidak diterangkan secara jelas, namun Allah telah menyatakan:
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan (melalui) sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam 19:71)
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) mereka terlempar (tinggal berlutut) di dalam neraka itu. (Maryam 19:72)
Itulah dinamakan sirat , ada riwayat menyatakan sirat itu kecil seperti rambut dibelah tujuh dan tajamnya lebih tajam daripada mata pedang, tetapi dalam banyak hal keadaan orang yang melintasi sirat itu bergantung kepada amalannya sewaktu berada di dunia. Maka jangan hairan, jika ada orang yang melintasinya seperti kilat, sekelip mata dah sampai ke syurga, ada yang seperti menaiki kapal terbang, seperti orang berlari, ada seperti jalannya unta, ada yang merangkak, ada yang bergantungan, ada yang telah sampai ke sebelah sana hampir nak sampai ke syurga terpelesek lalu jatuh ke dalam neraka.
Apabila ada orang yang terperosok lalu masuk ke dalam neraka, bagaimana kedaannya di neraka?
Panasnya telah dinyatakan sebelum ini 70 kali panas api di dunia, lalu orang yang masuk ke neraka, akan dapat pakaian, makanan, minuman, perhiasan, tetapi semuanya berlainan dengan pakaian, makanan, minuman, perhiasan yang diperoleh orang-orang yang masuk ke syurga. Mereka juga dapat buah-buahan kerana di neraka juga ada pokok yang namanya pohon zaqqum, buahnya duri daripada api neraka. Dan itulah yang akan ditelan oleh orang-orang yang berada di neraka.
Sesungguhnya pohon zaqqum itu tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; (As-Saaffaat 37:64)
Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; (As-Saaffaat 37:65)
Dalam ayat di atas Allah SWT menjelaskan bahawa pohon zaqqum itu adalah satu pohon yang tumbuhnya akarnya keluar dari dasar neraka yang buahnya seperti kepala syaitan. Allah gunakan bahasa yang sangat menyeramkan. Itulah yang akan dijadikan makanan kepada orang-orang yang berada di neraka.
Perhiasannya apa pula?
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang. (Al-Insaan 76:4)
Inilah perhiasan, leher, tangannya dibelenggu dan digiring ke neraka, ketika sampai di neraka malaikat zabaniyah menyambut dengan bengis tidak seperti malaikat penjaga syurga yang ramah dan manis senyumnya, bila orang masuk syurga diucapkan salam atas kamu, masuklah ke dalam syurga dan tinggallah kekal di dalamnya.
Manusia yang berbuat dosa walaupun telah diutuskan para rasul menerangkan hal-hal agama yang lurus, didatangkan al-Quran tetapi mendustakannya lalu dirantai dan dibelenggu dibawa ke neraka.
Terfikir oleh kita kalau begitu panasnya api neraka, bukankah bila dilempar ke dalamnya tentu terus mati tetapi tidak, jika terus mati seronoklah tapi tidak mati. Kepedihan neraka adalah kepedihan yang kekal dan terus menerus, tidak ada satu saatpun orang-orang di neraka merasakan kesenangan, kepedihan yang tiada tara.
Orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:56)
Tidak pernah berehat, lalu bagaimana kedaan mereka?
Sambungannya dalam bahagian 3
4 comments:
muga salah satu azam di tahun baru ialah meningkat amak ibadah kepada Tuhan kerana masa hidup semakin pendek!
IM
InsyaAllah, Mudah-mudahan kita dapat muhasabah diri kerana pada dasarnya bila-bila masa sahaja kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
salam k werdah ..
bila membaca N3 kak yg banyak ayat2 quran teringat aby pesan ustaz semasa dalam kuliah ..
katanya
"bila jumpa ayat2 quran dalam pembacaan, hendaklah dibaca ayat2 tu wlupun pembacaan kita merangkak. sbb dari pembacaan tu akan memberi nur dalam hati kita, jgn hanya membaca terjemahan nya sahaja"
apapun sama2 kita berusha mengindarkan diri kita dari api neraka ...
Wa'alaikumussalam aby
Terima kasih kerana memberi input tentang pembacaan ayat-ayat al-Quran tu, insyaAllah akan cuba mempraktikkannya sebab kadang-kadang kak nak cepat jadi baca terjemahannya sahaja.. walaupun demikian kak suka renung ayat-ayat tu sambil bandingkan dengan terjemahan sebab kadang-kadang banyak pula maknanya mengikut tafsiran ramai pentafsir yang mungkin berbeza.
Membaca ayat-ayat tentang neraka membuatkan rasa takut lebih-lebih lagi mengingatkan bekalan yang tak seberapa, mudah2an dapatlah berusaha keras untuk mengelakkan daripada tergelincir.
Sekarang ni kak sedang membaca buku SEHARI DI DALAM NERAKA.. dan MISTERI ALAM ARWAH
Post a Comment