Saturday, November 5, 2011

Malware Detected!

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi ni buka sahaja permatainn.blogspot.com keluar benda ni.
Blog saya 'Bangkit Kembali'


Googles lah bagaimana nak buang.

Dah cuba edit html, dah ctrl f cari menarik.co tu tapi tak jumpa pun. Jadi tak dapatlah buang link tu.

Kemudian pergi ke Webmaster Tools. Cari apa masalah ; klik 'diagnostics' ;  klik 'malware'.

Dapat jawapan 'Google has not detected any malware on this site'.

Pening juga.

Apa-apapun saya ingin ucapkan selamat sambut hari raya korban tahun 1432H.

Kepada yang menunaikan haji tahun ni didoakan agar dapat haji mabrur dan kehidupan mabrur.

Kepada yang berpuasa, yang berkorban unta, lembu dan apa sahaja didoakan agar diterima Allah SWT.

 

Monday, October 17, 2011

KETIKA MULUT DIKUNCI

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian hanya milik Allah. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia hingga ke hari kiamat.

Saya telah miliki buku di atas dan baru selesai membacanya. Membaca merupakan pengisian masa yang sangat lapang buat saya yang sukar membuat kerja-kerja berat dan sukar untuk duduk lama. Syukur, dengan pembacaan ini dapatlah mengingatkan diri yang sangat sangat hampir untuk berpindah dari dunia sekarang ke satu dunia yang lain. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Dunia lain sedang mengintai dan menunggu. Setiap detik kita berjalan menuju suatu dunia yang sama sekali berbeza dengan dunia yang kita huni sekarang ini.

Allah bukan sahaja mengurniakan kita dengan dua mata untuk melihat tapi Allah juga memberikan kita akal untuk berfikir. Akal inilah yang membawa kita untuk persiapan menuju kepadaNYA.

Bagaimana kita nak mengetahui kewujudan dunia lain? Pertanyaan ini mungkin terlintas dalam fikiran kita tetapi kita jangan gundah kerana kehidupan kita adalah ditetapkan oleh Allah melalui beberapa tahap. Tahap-tahap yang bermula daripada alam kehidupan yang terkecil hinggalah ke alam kehidupan yang terbesar.

Semasa berada dalam tahap alam kandungan, alam kita sangat kedap dan sempit serta gelap. Kita hanya diliputi darah. Sumber makanan kitapun daripada placenta ibu. Kemudian beralih ke alam dunia sekarang.  Keadannya lebih luas dan lebih besar daripada alam kandungan. Kita boleh melihat bulan dan matahari, bintang-bintang dan pemandangan yang indah dan sebagainya. Sumber makanan kita juga tersangat banyak. 

Seterusnya kita akan berada di alam barzakh. Alam ini lebih luas daripada alam dunia yang kita huni sekarang. Ini kerana roh telah terlepas daripada kongkongan jasad yang dihuninya. Keadaan roh yang terlepas ke alam barzakh samalah seperti keadaan janin yang terhimpit dalam rahim ibu yang melihat alam dunia yang lebih luas. Ketika roh keluar ke daripada jasad roh akan melihat alam lain yang asing. Begitulah juga nantinya alam akhirat, tentulah lebih besar dan luas daripada alam barzakh. Alam ini lebih sempurna daripada alam-alam sebelumnya.

Alam akhirat inilah alam kehidupan yang sebenarnya. Di sini gerakan aktiviti roh dan jasad akan menjadi lebih sempurna. Jasad dan roh akan dihadirkan bersama-sama untuk mendapatkan balasan kenikmatan syurga ataupun seksaan api neraka.

Kehidupan dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah berselang beberapa minit atau beberapa jam sahaja.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?  Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)".(Al-Mu'minuun [24] - 111 - 114)
Meskipun kita tinggal di dunia selama sepuluh tahun, atau seratus tahun akhirnya kita akan menyedari bahawa kehidupan kita di dunia ini sangatlah singkat.
"Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar). (Ar-Ruum [30] : 55)
Oleh itu dalam perjalanan yang singkat ini kita diingatkan agar; 
"Berlumba-lumbalah / bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar". (Al-Hadid [57] : 21)
Peringatan untuk diriku juga.

Thursday, September 22, 2011

Titian Sirat


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Lama sungguh tak menulis, alhamdulillah hari ini dapat mendengar Ceramah Oleh Tuan Guru Dato Dr. Harun Din

“Tiada seorangpun daripada kamu dikecualikan daripada menyeberangi  neraka yang di atasnya ada sirat. Perkara itu mesti berlaku sepertimana yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu, kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan akan Kami biarkan orang-orang zalim jatuh dan tertinggal dalam neraka dalam keadaan mereka melutut, merayu kepada Allah SWT agar mereka diselamatkan”.

Gambaran keadaan ini boleh dirujuk kepada ayat-ayat al-Quran antaranya dalam surah Maryam Allah SWT berfirman:

A071


Maksudnya : “Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.” ( (Maryam 19:71))

Juga dalam surah Al-Jaathiyah:

A028


“Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!” (Al-Jaathiyah 45:28)


A010


“Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar” . (Al-Jaathiyah 45:10)

Allah akan selamatkan orang-orang yang bertakwa manakala orang-orang yang zalim akan jatuh dalam ke dlam neraka dan mendapat azab yang pedih.

Dalam tafsir al-Qurtubi. makna illa waariduha ialah melainkan kena lintasinya, maksud tiada seorangpun dikecualikan melintasinya, semua orang mesti melalui atas jalan yang melintasi neraka. Daripada hadis Ibnu Abbas dan Ibnu Masud juga dinyatakan maksud illa waariduha itu ialah kena lalu atas jambatan atas api neraka.

Dalam hadi sahih Muslim Nabi pernah sebut, apabila berlaku kiamat.. bila tiba masa nak ke neraka dipasang jambatan, as-sirat atas api neraka. Bagi menyelamatkan umat Muhammmad nabi guna syafaatnya. Orang-orang yang ngam-ngam (amalan baik dan amalan buruk sama banyak) sangat berharp dengan syafaat. Kalau dosa banyak bagamana nak dapat syafaat. Semua umat termasuk umat nabi-nabi dahulupun kena minta syafaat daripada Nabi Muhammad yakni syafaat agung. Sahabat-sahabat nabi ada bertanya, apa dia jambatan, titian, laluan itu, Nabi kata itulah laluan yang mudah sangat orang jatuh, jambatan licin. Ini bukan soal cepat atau tidak.. tetapi bergantung kepada amalan seseorang itu, jika iman mantap dan dengan penuh keyakinan,akan mudah melintasinya. Ada orang-orang yang dikemukakan catatan amalannya namun Allah buang sebab amalannya yang banykpun seperti habuk berterbangan. 

Boleh juga baca As-siraat al-mustaqim iaitu jalan yang harus kita lalui semasa berada di dunia agar kita selamat meniti di Titian Sirat.