Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (2)
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). (3)
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu). (4)
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (5)
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah); (6)
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran. (7)
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar! (8)
Allah mengkhabarkan bahawa kedatangan kiamat itu sangatlah dekat dan bulan pun telah terbelah, selepas Allah memberikan mukjizat kepada Nabi Muhammad saw sebagai bukti bahawa Nabi dalah pesuruh Allah, namun orang2 kafir Quraisy tidak percaya, tidak mahu beriman malahan menuduh Nabi sebagai ahli sihir. Telah menjadi kebiasaan mereka akan mendustakan nabi bagi setiap mukjizat yang Allah tunjukkan kepada mereka. Lalu Allah menyuruh Nabi jangan menghiraukan orang2 kafir ini. Kerana tidak ada faedahnya bermujadalah dan bertikam lidah denngan mereka yang telah sesat. Dan Allah menerangkan bahawa keadaan mereka yang tidak mahu beriman ini pada hari kiamat nanti akan diseru oleh malaikat2 kepada yang tidak baik.. lalu keadaan mereka masing2 tunduk dalam keadaan kehinaan dan ketakutan, dan semasa mereka keluar daripada kubur seperti belalang yang beterbangan, cepat2 terbang dengan tidak tentu arah serta kebingungan ke mana hendak dituju, dan apabila masing2 sedar bahawa hari yang gempar itu adalah hari kiamat mereka berkata bahawa inilah hari yang amat sukar bagi mereka. Kata al-Khazin ayat 8 di atas mengisytiharkan bahawa hari kiamat ini amat berat bagi orang2 kafir tetapi tidak kepada orang2 beriman.
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari. (45)
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. (46)
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka. (47)
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka. (48)
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (49)
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata. (50)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? (51)
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal; (52)
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatat. (53)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, (54)
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. (55)
Seterusnya Allah menerangkan bahawa kaum kafir yang berdosa itu berada dalam kebingungan, buta mata mata hati tak mahu terima hidayah semasa di dunia dan di akhirat mereka disiksa di Neraka, mereka diseret dalam keadaan tertiarap dengan muka ke bawah… sambil diheret dikatakan kepada mereka “rasakan kamu bakaran api neraka” lalu mereka dihumban ke dalam api.
Ayat 9 hingga 44 Allah menceritakan tentang apa yang berlaku kepada orang2 terdahulu yang derhaka kepada Allah, seperti kaum nabi Nuh, kisah kaum ‘Ad dengan Nabi Hud, kisah kaum tsamud, kaum Nabi Lut dan kisah keluarga Firaun. Lalu Allah memperingatkan kaum Quraisy tentang kisah2 balasan terhadap kaum yang tak mahu beriman untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Orang2 yang bertakwa Allah tempatkan di taman2 syurga yang dekat dengan sungai2, tempat yang sungguh menyeronokkan, bahagia di sisi Allah yang Maha Berkuasa. Inilah tempat orang2 yang diredhai.
Ya Allah! Himpunkanlah kami bersama golongan mereka itu dan jadikanlah kami orang2 yang mendengarkan kata dan mentaati yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, perkenankanlah doa kami.
No comments:
Post a Comment