Monday, August 24, 2009

Suasana Alam Akhirat (18) Surah Sod (Huruf Sod)سُوۡرَةُ صٓ

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.


Hari ini dituliskan tentang suasana Alam Akhirat yang digambarkan dalam surah Sod iaitu surah yang ke 38 (mulai ayat 49 hingg ayat 64).


Pada permulaan surah ini Allah menerangkan sikap org2 kafir dan org2 musyrik terhadap Nabi Muhammad saw dan Al-Quran serta ajaran2 Islam. Allah menyentuh tentang kekalahan tentera Ahzab, kekufuran dan tindakan kaum2 Nabi Nuh, kaum 'Ad, kaum Firaun, Tsamud, kaum Nabi Lut dan penduduk Madyan yang semuanya dibibinasakan. Mereka ini walaupun kuat tetapi Allah binasakan kerana mereka mendustakan Rasul2 yang Allah datangkan kepada mereka. Allah juga menerangkan pula sikap rasul2 yang menghadapi sikap kaum2 mereka iaitu Nabi Daud, Sulaiman, Ayub, Ibrahim. Ishak, Ya'akub, Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Selepas menerangkan kisah2 ini Allah berfirman pula:

Inilah peringatan(Al-Quran): dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (49) Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (50) (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas sofa; mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang pelbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (52) Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal! (53) Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis. (54) Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertakwa) dan bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali. (55) Iaitu Neraka Jahanam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahanam. (56) Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air yang sangat dingin (untuk minuman mereka); (57) Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. (58) (Penjaga Neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu. (Ketua-ketua itu berkata): Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka. (59) Pengikut-pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan. (60) Mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam Neraka. (61) Dan penduduk Neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)? (62) Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka? (63) Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk Neraka sesama sendiri. (64)


Ayat2 di atas menggambarkan keadaan pada hari akhirat nanti yakni keadaan yang berlawanan antara ahli syurga dan ahli neraka. Orang2 yang beriman digambarkan keadaan mereka di sana berada di dalam syurga yang pintunya sentiasa terbuka buat mereka. Keadaan di syurga amat menyenangkan mata memandang kerana berisi dengan kesenangan yang tak pernah dilihat mata, didengar telinga dan terlintas pada pemikiran dan hati manusia semasa menikmatinya. Mereka di dalam syurga hanya duduk bersenang2, bergoyang kaki dan bersandar2 dan bertelekan siku di atas sofa atau tempat tidur sambil memesan buah2an syurga yang pelbagai rasa yang lazat dan pelbagai minuman yang pelbagai rasa serta lazat. Apa yang dipinta semuanya akan dapat dengan segera. Di samping buah2an dan minuman mereka disediakan isteri2 untuk bermesra terdiri daripada bidadari syurga yang bersifat pemalu yang pandangannya hanya tertumpu kepada suaminya yang seorang sahaja. Umur bidadari2 ini semuanya sebaya dan muda2 lagi cantik.


Dan bagi orang2 yang tidak mahu beriman semasa di dunia mereka akan kekal dalam bakaran api neraka, mereka akan merasakan kepanasannya yang tidak terhingga dan tinggallah mereka di sana selama2nya lalu dengan suara memerintah dan mengejek: "Inilah siksaan maka rasakanlah!". Minuman yang diberi kepada mereka amat panas semasa mereka hirup air yang panas itu telah sedia membakar mereka dan mereka juga diberi minuman yang amat dingin atupun nanah yang keluar daripada kemaluan penzina. Allah menambah lagi ancaman dengan menggambarkan bahawa siksaan kepada orng2 yang kufur ini terdiri dp macam2 siksaan antara lain makan buah dari pokok zakkum yang pahit, so'ud yakni beratnya siksaan dan samum iaitu angin panas yang melanda mereka.


Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sesama mereka saling bertengkar, melaknat dan menyumpah2. Terdapat satu rombongan yang sudah masuk ke dalam neraka terdiri daripada ketua2 kafir apabila bertemu rombongan yang terdiri daripada para pengikut mereka yang baru sahaja masuk, malaikat berkata: "Inilah satu rombongan menyerbu masuk neraka bersama2 kamu!" Dijawab ketua kaum kafir itu: "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka!", maksudnya mereka menyindir tidak ada tempat lagi untuk rombongan pengikut2 mereka yang masuk secara merempuh ke tempat yang sempit itu.


Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 59 dengan berkata bahawa para ketua apabila masuk ke dalam neraka dikuti pula pengikut2 mereka maka penagawal neraka akan mengatakan kepada ketua2 itu: "Inilah rombongan masuk neraka bersama kamu", lalu para ketua menjawab: "Tak ada tempat lapang untuk mereka" Tujuannya untuk menyumpah pengikut2 mereka.


Dalam ayat 60 dan 61, dinyatakan bahawa ketua2 kafir dan pengikut2nya menempelak antara satu sama lain, menyalahkan sesama mereka, menuduh yang satu menyebabkan mereka masuk neraka, pengikut2 pula memohon agar orang2 yang menyesatkan mereka diberikan azab yang lebih pedih dan berlipatganda. Ini sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud:"Barangsiapa merancangkan perancangan jahat maka dia akan menerima dosanya dan dosa orang2 yang mengerjakannya".


Allah juga menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti keadaan kaum musyrik akan saling bertanya dengan rasa kehairanan, apabila mereka berada dalam naraka mereka tidak nampak atau bertemu dengan orang2 yang mereka hinakan semasa di dunia, di dunia mereka menuduh orang2 yang baik itu sebagai org2 jahat, orang2 kafir ini akan menanyai diri sendiri: Adakah kerana kami dahulu menjadikan mereka sebagai bahan ejek-ejekan atau adakah mata kami yang tak dapat melihat? Barulah mereka sedar dan menyesal akan tindakan yang mereka buat di dunia, tetapi sayangnya semuanya sudah terlambat. Lalu Allah menyatakan bahawa semuanya ini adalah benar.

No comments: