Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw adalah seorang yang paling berani, bahkan tidak salah jika dikatakan bagindalah manusia yang paling berani. Adalah amat panjang jika nak bicarakan ttg keberanian baginda atau menerangkan kisah2 keberanian baginda ketika menghadapi ancaman kaum musyrik Mekah ketika permulaan baginda menyampaikan risalah mahupun ketika dalam peperangan; . Namun ketika Rasulullah saw menyampaikan berita2 tentang keadaan neraka; baginda ternyata nampak sekali ketakutan, malah lebih daripada takut, sehinggakan kata2 ucapan baginda terputus2, badan baginda maju mundur bahkan sampai menangis bercucuran airmata.
Diriwayatkan oleh Muslim, Bukhari, Tirmizi dan Nasa'i daripada Abu Hurairah ra; "Ketika turun ayat وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ "Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat". (as-Syu'ara [26] : 214).. Rasulullah saw segera mengumpulkan anggota keluarga baginda yang terdekat, termasuk org2 terpenting dan yang awam; lalu bersabda Rasulullah saw: "Hai suku kaum Quraisy, hindarkan dirimu daripada api neraka. Hai suku Bani Hashim, hindarkanlah dirimu daripada api neraka. Hai suku Bani Abdul Mutalib, hindarkanlah dirimu daripada api neraka. Hai Fatimah (puteri baginda sendiri), hindarkanlah dirimu daripada api neraka. Saya tak berkuasa untuk menghindar dirimua daripada siksa api neraka".
Diriwayatkan juga daripada Ibnu Umar oleh Abu Ya'la: "Pada suatu hari Rasulullah saw berkhutbah lalu berkata: Jangan kamu lupa dua perkara hebat iaitu syurga dan neraka, kemudian baginda menangis sehingga mengalir air mata dan menetes ke janggut baginda; lalu berkata lagi : Demi Tuhan yang memgang jiwa Muhammad dalam tanganNya sekiranya kamu mengetahui akan apa yang aku ketahui ttg keadaan akhirat, sungguh kamu akan naiki tempat yang tinggi dan akan menghambur tanah di atas kepalamu".
Diriwayatkan daripada Umar Ibnul Khattab ra: Telah datang Jibril kpd Nb Muhammad saw bkn pada waktu kebiasaan ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkannya dan berkata: "Hai Jibril! kenapa saya melihat kamu berubah warnamu?" Jibril menjawab: "Aku diperintahkan Allah datang menerangkan semburan api neraka". Berkata Rasulullah: "Terangkan kepadaku keadaan neraka dan hal ehwal Jahannam". Berkata Jibril: "sesungguhnya Allah memerintahkan supaya Jahannam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga semakin panas apinya maka berubahlah warnanya menjadi putih, lalu diperintahkan supaya dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga apinya berubah menjadi merah, lalu diperintahkan lagi supaya dinyalakan 100 tahun lagi supaya apinya berubah menjadi hitam, hitam yg gelap, sehingga tak bersinar lagi gejolaknya dan tak padam2 bakarannya. Demi Tuhan yg mengutusmu dengan kebenaran, jika dibukan Jahannam itu sebesar lubang jarum maka akan terbakarlah bumi dan sgl isinya disebabkan kepanasannya. Dan demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang daripada penjaga2 neraka itu didatangkan Allah ke bumi ini, maka matilah seluruh manusia yang mendiami muka bumi ini kerana kejelekan wajahnya dan busuk baunya. Demi Tuhan yg mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya satu lingkaran (ring) daripada api neraka diletakkan atas sebuah gunung di dunia ini akan tertembuslah gunung itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah". Maka Rasulullah saw berkata: "Untunglah jantungku tidak sampai pecah sehingga aku mati mendengarkan keterangmu".
Rasulullah melihat Jibril menangis dan Rasulullah saw turut menangis dan berkata: "Kenapa enhkau sampai menangis ula ya Jibril sedangkan kedudukanmu begitu rupa di sisi Allah?" berkata Jibril; "Kenapa aku tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui, dan saya tidak tahu apakah saya tidak mengalami cubaan sebagaimana yang dihadapi oleh Iblis, sedangkan Iblis itu termasuk golongan yang dahulunya beribadat tetapi menyeleweng, dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami sama seperti Harut dan Marut". Maka menagislah Jibril dan menagislah Rasulullah saw. Lama keduanya menangis, lalu kedengaran suara dari langit; "Hai jibril! Hai Muhammad! Sesungghunya Alah 'Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak sampai derhaka". Lalu Jibril naik ke atas dan Rasulullah saw meneruskan perjalanan beliau sehingga bertemu org2 Ansar sedang bermain2 dan ketawa2. Lalu baginda berkata: "Apakah kamu ketawa2, sedang di belakangmu Neraka Jahannam, sekiranya kamu tahulah apa yang aku tahu, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan banyak menagis, kamu tak akan makan dan minum, malah akan menuju ke tempat2 yg tinggi untuk memohon perlindungan Allah".
Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik ra: Rasulullah saw bertanya kepada Jibril : "Kenapa saya tak pernah melihat Mikail ketawa?" Maka jawab Jibril: "Tidak pernah Mikail ketawa sejak diciptakan Neraka".
Diterangkan bahawa Rasulullah saw sendiri tak pernah ketawa dan hanya tahu senyum sejak mengetahui keadaan neraka.
Hanya kitalah yang kadang2 ketawa terbahak2 walaupun telah diterangkan keadaan neraka. Ketawa terbahak2 itu menunjukkan kebodohan kita.
Semoga dapat ambil iktibar daripada hadis2 di atas. Marilah sama2 bermohon kepada Allah supaya kita tidak lupa akan siksanya api neraka. Kurangkan ketawa banyakkanlah menangis!!
2 comments:
bercakap bila perlu...senyum selalu,..ketawa boleh saja asalkan masih dibumi nyata...yang jadi masalah dalam masyarakat sekarang ialah..ada pulak rancangan suruh orang gelak kuat2...buat lawak bodoh..paksa orang ketawa...
Salam ct.
tu lah! mudah2an kita tak terikut2 nak terlibat dlm perkara2 yg merosakkan diri kita.. benar kata ct tu..ketawa boleh, tp berpada2.. jgn sampai lupa kepada peringatan Al;lah dan Nabi kita.
Post a Comment