Friday, November 20, 2009

Suasana Alam Akhirat 32 - Surah al-Hijr (Batu Gunung)

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah sekelian alam; selawat serta salam kpd Nabi Muhammad dan keluarga serta para sahabat yg mulia.

Hari ini sambung ttg suasana alam akhirat iaitu alam sebaik sahaja berlaku kiamat spt yg Allah gambarkan dalam QalamNya dalam surah al-Hijr (Surah 15) ayat 42 hingga 48 yang maksudnya seperti berikut:

Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (42) Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu). (43) Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu). (44) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (45) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman. (46) Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. (47) Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya. (48)

Ayat2 di atas diturunkan selepas Allah menyatakan bahawa Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan dan kekal memiliki segala-galanya. Dan Allah juga telah mengetahui orang-orang yang segera berbakti dan orang-orang yang lambat berbakti; juga yang menghimpunkan semuanya; sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Dan Allah memberitahu bahawa sesungguhnya DIAlah yg telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya; manakala jin pula, Allah jadikan dia sebelum itu, daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Allah mengingatkan
peristiwa ketika DIA berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh daripada (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, Melainkan Iblis; dia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?. Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau mulai dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang termaklum. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. (ayat 23 - 41)

Allah menegaskan bahawa org2 yang beribadat; tidak akan dapat diperdayakan oleh Iblis. Hanya org2 yang mahu disesatkan sahaja yg dapat disesatkan. Dan org2 yg diperdayakan ini akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam. (42).

Menurut tafsir yang dikarang oleh Ahmad Sonhadji Mohamad Allah swt membahagikan pengikut2 syaitan dan Iblis ini kepada 7 golongan dan setiap golongan itu akan dimasukkan ke dalam neraka yg berlainan pula; iaitu berlainan pintu (atau berlainan tingkat). Ada 7 pintu atau tingkat/bahagian
Sebabnya neraka diciptakan bertingkat dan berlainan pintu ialah kerana mengikut tingkat kesesatan dan kederhakaan.

Kata Ibnu Juraij; Neraka itu ada tujuh tingkatan iaitu Jahannam, Ladzo, al-Hutamah, as-Sa'ir, saqar, al-Jahim dan al-Hawiyah. Neraka
yang paling tinggi adalah neraka Jahannam untuk golongan Mukminin yg derhaka (Neraka Jahannam ini akhirnya akan musnah apabila kaum mukminin ini habis dikeluarkan daripadanya).

Pada tingkat yang kedua Ladzo ini untuk golongan Yahudi. Ketiga al-Hutamah utk golongan Nasrani. Keempat neraka as-sa'ir (utk golongan as-Sobi'in) iaitu utk kumpulan Yahudi yg sesat kerana menyembah patung anak lembu. Kelima neraka saqar utk org2 Majusi yg menyembah api. Keenam neraka al-Jahim utk porg2 menyembah berhala dan pada tingkat ketujuh; neraka al-Hawiyah adalah utk org2 Munafik.

Dalam tafsir Ibnu Katsir Allah memberitahu bahawa Jahannam itu mempunyai tujuh pintu, tiap2 pintu sudah ditetapkan utk setiap golongan daripada pengikut Iblis, tidak ada tempat utk melarikan diri (semoga Allah menyelamatkan kita daripadanya). Masing2 masuk melalui pintu2 yg ditetapkan sesuai dgn apa yg telah diamalkan semasa berada di dunia. Ibnu katsir juga meriwayatkan yg sama dalam hal yg dikatakan oleh Ibnu Juraij spt ditulis di atas.

Jubair meriwayatkan daripada adh-Dhahhak; dia mengatakan bahawa Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. satu pintu utk golongan Yahudi, satu utk golongan Nashrani, satu utk golongan as-sobi'in, satu utk org Majusi, satu utk org2 kafir, satu utk org munafik dan satu pintu utk org2 yg bertauhid. Tetapi org2 bertauhid ini dapat diharapkan utk keluar daripadanya. Sedangkan yg lain2 kekal di dalamnya.

Seterusnya Allah menerangkan bahawa org2 yg bertakwa dimasukkan ke dalam syurga. Mereka dipersilakan masuk oleh para malaikat. Penduduk syurga berada dalam taman2 syurga dekat dgn mata air. Mereka selamat dpd semua kerosakan serta aman daripada semua ketakutan, kebimbangan, kerisauan. Dalam hati mereka tidak ada perasaan hasad, irihati dan sebagainya. Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing2. Mereka tak perlu khuatir krn mereka tidak akan dikeluarkan dpd syurga. Mereka kekal di dalamnya sebagaimana penghuni neraka kekal di dalam neraka.

No comments: