Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.
Jika kita beriman kepada hari akhirat, kita tentu beriman kepada tanda-tandanya. Dikatakan bahawa Kiamat telah dekat kerana telah banyak tanda-tanda yang kita boleh lihat sekarang ini seperti munculnya pelbagai fitnah, munculnya orang-orang yang mengaku sebagai nabi, hilangnya amanah, merebaknya perzinaan, minum arak, terjadinya gempa bumi di sana-sini, berlumba-lumba menghias masjid dan berbangga-bangga dengannya, riba bermaharajalela dan banyak lagi.
Jika salah satu tanda-tanda besar muncul maka akan muncul tanda-tanda besar yang lain secara berturut-turut umpama biji tasbih pada rantaian yang terlucut disebabkan rantaiannya putus. Jika matahari terbit dari barat maka pintu taubat ditutup dan amal-amal tidak berguna lagi. Saat itu tidak guna lagi keimanan dan taubat kecuali yang telah beriman dan bertaubat sebelum itu.
"... Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya... ". (Al-An'am [6] : 158)
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya; Dan Neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya; Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya); Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata; Maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (An-Naazi'aat [79] : 35 - 41)
Hanya kepada Allah Yang Maha Agung, Rabb 'Arasy yang agung, kita memohon agar menjadikan kita orang-orang yang selamat daripada goncangan yang besar, dan termasuk orang-orang yang diberikan naungan pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. Amiin.
Peringatan buatku..
4 comments:
ya Allah ya Tuhan kami...peliharlah kami dr azab api neraka...jadikan kami dlm golongan yg Kau redhai tatkala bumi hancur menutup tirai...
trm ksh ats pkongsian ini...
Salam kak Werdah
terima kasih atas catatan akak ini.sungguh ngeri mengenangkan azab api neraka
namun diri inis elalu sahaja alpa..
kak,kalau akak bukukan coretan akak,alangkah baiknya kak..
Salam Deena..
Allhumma Amiin
Salam Qaseh mas.
Selalu ingat akan hal ini.. kak memang suka menulis, pernah sekali ikut serta tulis buku teks dan jadi editor utk buku teks, tapi buat masa ini, walaupun bercadang nak tulis, kak tangguhkan dulu. Menulis di blog ini pun berdasarkan pembacaan dan mendengar ceramah. Mudah2an memberi rasa takut dan mengajak kita mempersiapkan diri utk mendpt keredhaan Allah swt.
Hrp umm masyitah juga sihat.. insyaAllah nak ke Husm awal bln 4 ini..
Post a Comment