Tuesday, March 30, 2010

Gambaran hari terakhir tentang bumi

Gambar hiasan - gempa bumi di Itali

14 Rabiu'l Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Allah telah memberikan amaran tentang gempa hari Kiamat:

"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar". (Al-Hajj [ 22] : 1)

Bumi akan bergegar dengan gempa bumi. Suatu bunyi yang bising yang amat dahsyat menyusul selepas bunyi sangkakala lalu diikuti dengan gegaran demi gegaran. Gunung-ganang yang kukuh, bangunan yang tinggi mencakar langit, pokok-pokok dan semuanya yang ada di langit dan di bumi dan di antara keduanya bergoncang secara serentak. Betapa banyaknya gegaran demi gegaran, semuanya berlaku dalam sekelip mata namun akibatnya amat membinasakan. bayangkan kejadian tanah runtuh, bayangkan pula gempa bumi dan bayangkan tsunami. Manusia semuanya panik, dicengkam rasa takut yang amat sangat. Saat itu tidak ada seorangpun yang dapat mengelakkan kejadian tersebut, tidak pula dapat mencari tempat perlindungan. Jika kejadian gempa dan tsunami yang berlaku sekarang masih ada yang selamat, gempa hari kiamat tidak sama halnya kerana kegemparan ini bukan seperti yang biasa kita dengar dan lihat. Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Allah gambarkan seperti berikut:

Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain daripada yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun. (An-Naazi'aat [79] :6 - 9)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Al-Zalzalah [99] : 1 - 5)

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, (Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), Serta diperlihatkan Neraka Jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik) dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? (al-Fajr [89] : 21 - 23)

Dan apabila bumi diratakan, Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong, Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). (Al-Insyiqaq [84] : 3 - 5)

Hari terakhir itu sudah sampai, dan tempoh untuk manusia sudah tidak ada lagi. Tidak ada satupun makhluk akan dapat melarikan diri lagi. Magma akan mengalirkan haba dan tindakbalas kimia ke lapisan luar. Dengan sebab itu kemungkinan besar magma membawa kepanasan serta bahan-bahan yang ada dalam perut bumi bersamanya. Sesungguhnya bumi tatkala itu benar-benar akan tunggang terbalik.

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. (Al-Infitar [82] : 4 - 5)

Manusia yang tidak beriman akan mendapat balasan yang amat memusnahkan. Allah menamatkan kehidupan dengan persembahan yang amat mengejutkan bagi mereka yang kufur.


Di hadapan mereka adalah kejadian-kejadian yang membuatkan mereka tegamam, takut dan tidak ada perasaan lain selain rasa takut yang tidak terperi dan sesal yang amat sangat.


Ini baru dijelaskan tentang keadaan bumi, belum lagi gunung-ganang, lautan, alngit bintang dan seluruh ciptaan Allah tentang dahsyatnya Hari Kiamat.

4 comments:

Anonymous said...

salam....

dunia diambang kiamat puan..banyak dah tanda2nya..

hari kes buang bayi dah menjadi2..runtuh sana runtuh sini..

Werdah said...

Salam..

benar, dah banyak tanda2nya.. mari kita persiapkan diri insyaAllah dan banyak2 berdoa agar kita dilindungi fitnah azab neraka..

Anonymous said...

Salam Werdah,

Sekarang memang dah banyak tanda-tanda yang dunia nak kiamat.

Semoga apa yang berlaku diseluruh dunia ini menginsafkan kita dan menjadikan kita lebih mengingati dan menurut perintahNYA.

Werdah said...

Salam Kunang-kunang

Tanda-tanda kiamat bermula sejak kelahiran Nabi Muhammad saw, kewafatannya, muncul fitnah di zaman para sahabat baginda dan seterusnya kepada perkara-perkara yang telah berlaku sebagai tanda-tanda dah dekat kiamat(antara 57 tanda yang disenaraikan dalam buku kiamat sudah dekat terbitan Pustaka Ibnu Katsir)

Mudah2an kita dapat mempertingkatkan usaha kita ke arah akhirat. Semoga kita terpelihara. Allahumma Amiin