Wednesday, April 28, 2010

Kematian Yang Tak Dapat Ditolak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, hindarkanlah maut daripada diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Muhammad [3] : 168)

Kematian pasti mendatangi setiap makhluk ciptaanNya yang bernyawa. Yang tidak bernyawa pula pasti tempoh lupusnya tak terelak. Kehadiran kematian tak dapat dihindar, biar dia seorang raja yang memiliki kekuasaan hingga ke rakyat jelata yang marhaen. Biarpun didatangi para doktor untuk menyelamatkan, kematian tetap tidak dapat ditolak.

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang daripada kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, (85) Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); (86) Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar? (87) Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin", (88) Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) Dan jika dia dari puak kanan, (90) Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. (91) Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, (92) Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, (93) Serta bakaran api Neraka. (94) Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (95) Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (96) (Al-Waaqi'ah [56] : 83 - 96)

Tak kira di mana dan apa jua cara kematian pasti mendatangi kita. Di bawah ini sebahagian cara seseorang didatangi kematian.

Penceramah ketika sedang berceramah. Subhanallah, Allahu Akbar.




Dalam masjid.




Ketika sujud.




Sedang melintasi jalan.




Ketika bersukan.




Juga ketika bersukan.




Sebenarnya tidak harus dikhuatirkan kematian, sebab kematian itu pasti. Ia merupakan nikmat bagi setiap yang bernyawa. Kenapa dikatakan nikmat?


Nikmat kehidupan dan kematian.


Hidup itu nikmat dan mati pun nikmat. Kita faham dan mengerti bahawa hidup itu nikmat tetapi fahamkah kita bahawa mati juga merupakan nikmat?


Mati dikatakan nikmat kerana jika kita tak mati2 kita akan penat, sebab semakin tua dan tak berdaya dan bilakah kita akan dapat upah. Allah hanya tunjukkan upah kepada kita apabila kita mati (Bagi yang syukur) . Bila mati dalam husnul khatimah, kubur dilapangkan, jika bakal penghuni syurga, syurga ditunjukkan. Jika nak lihat semua itu mesti kena mati. Nikmat kepada yang hidup pula ialah dunia tidak menjadi sempit kerana manusia baru dilahirkan. jika tak mati2 penuhlah dunia dengan manusia. Rumahpun makin sempit. SUBHANALLAH.. begitulah aturan Allah SWT.

Dalilnya ada dalam surah al-Baqarah [2] ayat 28 : Bagaimana kamu tergamak kufur (tidak syukur/mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah [2] : 28).

Setiap yang hidup pasti memasukinya. Namun masalah yang serius ialah apakah yang terjadi selepas kematian itu sendiri. Apakah yang menanti sebuah kematian itu adalah sebuah taman yang di dalamnya mengalir sungai-sungai serta kenikmatan yang banyak ataupun sebuah tempat yang di dalamnya api yang bergejolak serta makanan daripada buah zakkum.

Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka. (Al-Qamar [48] : 48)

Orang-orang salih sangat rindu, ingin segera bertemu dengan Rabb mereka sebagaimana yang dikisahkan bahawa Imam 'Ali bin Abu Talib semasa menunggu saat kematiannya selepas ditikam dengan tombak beracun; beliau tersenyum sedangkan sahabat-sahabat yang mengelilinginya menangis. Ketika ditanya mengapa beliau tersenyum, 'Ali ra menjawab dengan bertanya semula; "Kenapa aku mesti sedih sedangkan aku ingin bertemu dengan kekasihku. Bagaimana aku tak gembira kerana aku akan bertemu denganNya yang selama ini aku hanya menyebut namanya"


Orang yang rindu kepada kematian akan bersiap sedia dengan bekalan. Betapa tidak! kerana dia yakin akan bertemu dengan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. / (8) (Al-Baiyyinah [98] : 7 -8)

@@@@@@@@@

Terima kasih kepada e-naLovelykitchen.blogspot atas penghargaan ini.


4 comments:

Anonymous said...

Salam Sis Werdah,

Bila memikirkan bekalan yang belum sempurna, rasanya belum bersedia untuk mati, tetapi siapalah kita, Allah tidak akan mempercepat atau melambatkan saat kematian seseorang sebagaimana yang telah ditentukanNYA.

Unknown said...

Subhanallah...sgt baik peringatan tu.Video tu ada yg saya dah tengok,tapi banyak juga yg saya tak sanggup nak tengok sbb takut..huhu..moga mati saya dalam iman juga...

Werdah said...

Salam Ani.

Benar, kak juga merasai sedemikian. Merasa betapa kurangnya persediaan. Menanti malam pertama yang entah bagaimana rupanya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.

Werdah said...

Salam Iqbal.

Orang yang takut mati dikatakan cerdik oleh Rasulullah saw. Bila takut mati dia berusaha menyediakan bekalan semasa dalam perjalan yang singkat ini.

Seronok kan, jika dapat mati dalam husnul khotimah.

Mudah2an kita semua dapat mati dalam iman dan Islam.