Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Pada petang yang indah dan ceria ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.
Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Allah berfirman:
Ayat ini memberikan kefahaman bahawa kehidupan orang-orang beriman ada tujuan. Mereka hidup di dunia ini akan sentiasa diuji dan diberi cubaan. Mereka yang berjaya mengatasi ujian dan cubaan akan melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan meninggalkan segala larangan. Bagi orang-orang beriman tujuan hidup mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendapat tempat tinggal yang kekal abadi di syurga yang penuh dengan kenikmatan yang belum pernah dirasa.
Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan; orang yang percaya wujud Allah tetapi tidak teguh iman sering membina prinsip sendiri. Nilai etika dibentuk mengikut pendapat sendiri seperti patuh kepada adat dan budaya yang bertentangan dengan syariat Islam. Bukankah sejak dahulu iaitu pada zaman Nabi menyampaikan dakwahnya orang-orang musyrikin Mekah juga sering mendakwa apa yang mereka lakukan adalah daripada amalan nenek moyang mereka. Mereka seolah-olah tidak mahu meninggalkan kebiasaan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.
Kadang-kadang ada di kalangan manusia beriman (percaya kepada Allah dan hari Akhirat) tetapi masih tidak memahami hakikat sebenar bahawa kehidupan di dunia ini bersifat sementara, sehinggakan ada yang boleh meluahkan perasaan dengan mengatakan bahawa "hidup hanya sekali".. "hidup ini terlalu singkat jadi lakukan sepuas-puasnya selagi ada nyawa" dan pelbagai ungkapan seolah-olah mereka tahu bila mereka akan mati. dan sempat bertaubat . (Mudah2an kita dijauhkan daripada berkata seperti ini)
Hidup dan mati itu adalah sifat umum makhluk ciptaan Allah. Mati itu pasti, namun kadangkala bila bercakap tentang mati ada diselitkan gurauan seoleh-olah kematian itu bukan satu perkara yang penting. Sedarilah bahawa kehidupan ini singkat dan roh itulah yang kekal. Sewaktu masih ada waktu yang singkat ini usahlah tunduk hanya kepada urusan dunia. Seimbangkanlah urusan duniamu dan akhiratmu, agar kelak dirimu tidak rugi. Adalah kurang bijak jika mengejar nikmat sementara tetapi melupakan nikmat yang kekal abadi.

"Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu) untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)". (Hud [11] : 7)
Ayat ini memberikan kefahaman bahawa kehidupan orang-orang beriman ada tujuan. Mereka hidup di dunia ini akan sentiasa diuji dan diberi cubaan. Mereka yang berjaya mengatasi ujian dan cubaan akan melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan meninggalkan segala larangan. Bagi orang-orang beriman tujuan hidup mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendapat tempat tinggal yang kekal abadi di syurga yang penuh dengan kenikmatan yang belum pernah dirasa.
Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan; orang yang percaya wujud Allah tetapi tidak teguh iman sering membina prinsip sendiri. Nilai etika dibentuk mengikut pendapat sendiri seperti patuh kepada adat dan budaya yang bertentangan dengan syariat Islam. Bukankah sejak dahulu iaitu pada zaman Nabi menyampaikan dakwahnya orang-orang musyrikin Mekah juga sering mendakwa apa yang mereka lakukan adalah daripada amalan nenek moyang mereka. Mereka seolah-olah tidak mahu meninggalkan kebiasaan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.
Kadang-kadang ada di kalangan manusia beriman (percaya kepada Allah dan hari Akhirat) tetapi masih tidak memahami hakikat sebenar bahawa kehidupan di dunia ini bersifat sementara, sehinggakan ada yang boleh meluahkan perasaan dengan mengatakan bahawa "hidup hanya sekali".. "hidup ini terlalu singkat jadi lakukan sepuas-puasnya selagi ada nyawa" dan pelbagai ungkapan seolah-olah mereka tahu bila mereka akan mati. dan sempat bertaubat . (Mudah2an kita dijauhkan daripada berkata seperti ini)
"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)". (Luqman [31] : 25)
Hidup dan mati itu adalah sifat umum makhluk ciptaan Allah. Mati itu pasti, namun kadangkala bila bercakap tentang mati ada diselitkan gurauan seoleh-olah kematian itu bukan satu perkara yang penting. Sedarilah bahawa kehidupan ini singkat dan roh itulah yang kekal. Sewaktu masih ada waktu yang singkat ini usahlah tunduk hanya kepada urusan dunia. Seimbangkanlah urusan duniamu dan akhiratmu, agar kelak dirimu tidak rugi. Adalah kurang bijak jika mengejar nikmat sementara tetapi melupakan nikmat yang kekal abadi.
"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah". (Luqman [31] : 33)
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'am [6] : 32)
8 comments:
salam kak werdah,
trm ksh xterhingga dgn perkongsian ini..hati rasa termotivasi bila membacanya..
moga segala ujian yg bertandang dlm hidup kita mampu kita kendalikan sebaik mungkin agar beroleh rahmat dr Allah..
moga kita sentiasa terperlihara
Salam.
Kata Ustaz,Allah ciptakan 100 rahmat dan segala rahmat dan nikmat yang kita kecapi di dunia ini hanya 1 dari 100 itu. Ada 99 lagi menanti di syurga nanti. Maka bijaklah mereka yang menanti 99 itu.
Salam Sis Werdah,
Satu peringatan yang sangat baik, terima kasih.
Salam Deena.
Kak pernah dgr ceramah bahawa Allah tidak menimpakan azab kepada hambaNya yang beriman. Jika adapun itu dikira ujian; tidak kepada orang-orang yang tidak beriman ditimpakan azab yang pedih.
Bersyukurlah kita kerana terpilih sebagai orang2 beriman yg diberikan ujian sebagai tanda kasih sayangnya agar kita tidak terleka dan jauh daripadaNya.
Salam Maiyah..
Terima Maiyah baca N3 kak.. kak sesekali ke blog Maiyah melalui blog kwn2 lain.. segan masa tu nak tegur Maiyah dan komen diruang komen..
Semoga kita dapat berusaha keras memilih nikmat dan Allah perkenankan doa kita insyaAllah. Alllahumma amiin
Salam Ummuaimi
Benar kata ummu tu. kak juga ada mendengar hadis yang ustaz terangkan seperti ini:
Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang memberikan gambaran besarnya rahmat Tuhan: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT menjadikan rahmat itu seratus bahagian, disimpan di sisi-Nya sembilan puluh sembilan dan diturunkan-Nya ke bumi itu satu bahagian. Satu bahagian inilah yang dibahagi kepada seluruh makhluk. (begitu ratanya sehinggakan satu bahagian yang dibahagikan itu diperoleh pula oleh) seekor binatang yang mengangkat kakinya kerana dorongan kasih sayang, khuwatir jangan sampai memijak anaknya”. (HR. Muslim)
Ya.. hendaknya kita selalu sedar, kita mesti nak kejar yang 99 manakala jgn pula lupa yang satu itu. Kita disuruh mencari, memiliki dan memberi. Mudah2an kita jadi umat yang bersyukur.. InsyaAllah
Salam Sis Ani.
Kita sama-sama saling ingat mengingatkan [...dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al-'Asr : 3)].. insyaAllah
Post a Comment