Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.
Artikel di bawah ini saya copy n paste daripada www.rumaysho.com Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
**********************************************
Setiap muslim sangat menginginkan kebahagiaan abadi di syurga kelak. Kenikmatannya tiada terkira. Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِى الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنَ رَأَتْ ، وَلاَ أُذُنَ سَمِعَتْ ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ، فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ ( فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِىَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ )
“Allah berfirman: Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang sholeh syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terbetik dalam hati manusia.” Bacalah firman Allah Ta’ala,
“Tak seorang pun mengetahui pelbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.” (QS. As Sajdah: 17) (HR. Bukhari no. 3244 dan Muslim no. 2824)
Ada pelajaran penting daripada surat Qaaf (surat yang biasa dibaca Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam saat khutbah Jum’at[1]) mengenai sifat-sifat penduduk syurga.
Ada 4 sifat penduduk syurga yang disebutkan dalam surat tersebut sebagai berikut,
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ (31) هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ (32) مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ (33) ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ (34) لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ (35)
“Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya). (iaitu) orang yang takut kepada Rabb yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat, masukilah syurga itu dengan aman, Itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (QS. Qaaf: 31-35)
Ada empat sifat yang disebutkan dalam ayat yang mulia ini, iaitu:
(1) awwab (hamba yang kembali pada Allah),
(2) hafiizh (selalu memelihara aturan Allah),
(3) takut pada Allah, dan
(4) datang dengan hati yang muniib (bertaubat).
Sifat Pertama: Awwab
Yang dimaksudkan dengan awwab adalah kembali pada Allah daripada maksiat kepada ketaatan pada-Nya, daripada hati yang lalai mengingat-Nya kembali kepada hati yang selalu mengingat-Nya.
‘Ubaid bin ‘Umair rahimahullah mengatakan, “Awwab adalah ia mengingat akan dosa yang ia lakukan kemudian ia memohon ampun pada Allah atas dosa tersebut.”
Sa’id bin Al Musayyib[2] rahimahullah berkata, “Yang dimaksud awwab adalah orang yang berbuat dosa lalu ia bertaubat, kemudian ia terjerumus lagi dalam dosa, lalu ia bertaubat.”
Sifat Kedua: Hafiizh
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Ia menjaga amanat yang Allah janjikan untuknya dan ia pun menjalankannya.”
Qotadah rahimahullah mengatakan, “Ia menjaga kewajiban dan nikmat yang Allah janjikan untuknya.”
Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan, “Perlu diketahui nafsu itu ada dua kekuatan iaitu kekuatan offensive (menyerang) dan kekuatan defensive (bertahan). Yang dimaksud dengan awwab adalah kuatnya offensive dengan kembali pada Allah, mengharapkan ridha-Nya dan taat pada-Nya. Sedangkan hafiizh adalah kuatnya defensive iaitu menahan diri daripada maksiat dan hal yang terlarang. Jadi hafiizh adalah menahan diri daripada larangan Allah, sedangkan awwab adalah menghadap kepada Allah dengan melakukan ketaatan pada-Nya.”
Sifat Ketiga: Takut pada Allah
Dalam firman Allah (yang artinya), “Orang yang takut kepada Rabb yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya)”, terkandung makna pengakuan akan adanya Allah, akan rububiyah-Nya, akan ketentuan-Nya, akan ilmu dan pengetahuan Allah yang mendetail pada setiap keadaan hamba. Juga di dalamnya terkandung keimanan pada kitab, rasul, perintah dan larangan Allah. Begitu pula di dalamnya terkandung keimanan pada janji baik Allah, ancaman-Nya, dan perjumpaan dengan-Nya. Begitu pula di dalamnya terkandung keimanan pada janji baik Allah, ancaman-Nya, dan perjumpaan dengan-Nya.
Seseorang dikatakan takut pada Allah (Ar Rahman) haruslah dengan memenuhi hal-hal yang telah disebutkan tadi.
Sifat Keempat: Datang dengan hati yang muniib
Yang dimaksudkan dengan datang dengan hati yang muniib dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Kembali (dengan bertaubat) dari bermaksiat pada Allah, melakukan ketaatan, mencintai ketataan tersebut dan menerimanya.”
Intinya yang dimaksud dengan sifat penghuni surga yang keempat adalah kembali kepada Allah dengan hati yang selamat, bertaubat pada-Nya, dan tunduk pada-Nya.
Semoga dengan mengetahui empat sifat penghuni surga ini membuat kita semakin dekat pada Allah, bertaubat, menjauhi maksiat dan kembali taat pada-Nya. Sehingga kita dapat berjumpa dengan Allah dengan hati yang selamat. Aamiin Yaa Mujibas Saailin.
-Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat-
References:
Fawaidul Fawaid, Ibnul Qayyim, hal. 142-143, terbitan Dar Ibnul Jauzi.
Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 13/197, terbitan Muassasah Qurthubah.
Panggang-Gunung Kidul, 15 Jumada Al Awwal 1432 H (18/04/2011)
[1] Dari puteri Haritshah bin Nu’man, ia berkata,
عَنْ بِنْتٍ لِحَارِثَةَ بْنِ النُّعْمَانِ قَالَتْ مَا حَفِظْتُ (ق) إِلاَّ مِنْ فِى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْطُبُ بِهَا كُلَّ جُمُعَةٍ.
“Aku tidaklah menghafal surat Qaaf selain dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saat beliau khutbah setiap Jum’at.” (HR. Muslim no. 873).
[2] Syaikhuna, Syaikh Hammad Al Hammad hafizhohullah dalam durus (pelajaran Kitab Tauhid) menyebutkan bahwa cara baca yang tepat adalah Sa’id bin Al Musayyib, nama lengkap beliau Sa’id bin Al Musayyib bin Hazn Al Mahzumi Al Qurasyi. Beliau adalah seorang tabi’in. Sedangkan Al Musayyab, nama lengkapnya adalah Al Musayyab bin Waadhih, meriwayatkan hadits dari ‘Abdullah bin Al Mubarok. Para ulama menilai Al Musayyab dengan “shoduuq, yukhti’ katsiroh” (jujur namun seringkali buat kesalahan).
6 comments:
salam kak,
Mudah-mudahan kita memiliki dan berusaha terus mengekalkan diri dalm 4 kategori ini...Ya ALLAH kami tak layak degn syurgamu tapi kami amat2 menghrapkannya...Muga diperkenankan kami bersama-sana di jannahMU.
terimakasih kak atas perkongsian ini. tazkirah mendidik jiwa...Amin
Assalamu'alaikum kak Werdah,
Mohon moga kita dapatlah 4 sifat itu yekak. Kekadang rasa semakin takut dgn goyangan syaitan di merata-rata tempat.
Kena selalu mendekatkan diri ke majlis ilmu dan membaca N3 macam ini.
Terima kasih kak.
salam k werdah.
harap harap kita jadi penghuni salah satu syurga ni,
syurga Firdaus,
syurga Adn,
syurga Al khuld,
syurga al naim
syurga al ma'wa...
syurga2 yg tersebut dalam alquran ...
Wa'alaikumussalam ainhany
InsyaAllah dengan pertolongan Allah juga kita sentiasa muhasabah diri. Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kekuatan bagi kita menempuh hidup seperti yang telah digariskan. Semoga dengan itu kita mendapat rahmat daripada Allah ar-Rahmaan.
Wa'alaikumussalam kakzakie
Itulah juga harapan kak werdah di sini, pada hujung usia ini (usia mengintai kematian dan telah dipanjangkan umur)sangat takut menghadapi kenyataan-kenyataan ini. Semoga Allah mecetuskan rasa takut dalam diri kita dan dengan itu meningkatkan usaha kita dengan pertolonganNya juga. Amiin
Wa'alaikumussalam aby
Dikatakan bahawa 'Tingkatan syurga seperti yang disebutkan Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi sebanyak seratus tingkatan'.
(hasil pembacaan.. Allah Maha Mengetahui)
Namun di dalam Al-Quran disebutkan sebanyak tujuh tingkatan iaitu Jannatul Firdaus, Jannatul Naim, Jannatul Ma'wa, Jannatul 'Adn, Jannatul Khuldi, Darus Salam dan Darul Jalal.
Surga memiliki tingkatan-tingkatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
”(Kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah, dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (QS. 3:163)
Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.” (QS. 8:4)
InsyaAllah kita cari istilah ni dalam al-Quran ya.
Kakpun tak tahu sangat.
Post a Comment