Tuesday, December 13, 2011

Celaka Besar Bagi Kafir



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pengisian kali ini saya salin daripada  blog nasbunnuraini.wordpress.com

Bertajuk CELAKA BESAR BAGI ORANG KAFIR

……dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) daripada azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim: 2)
Neraka Untuk Kafir dan Orang Islam yang Hidup Secara Kafir
Neraka sebenarnya disediakan untuk orang-orang kafir.

Ali-Imran [131] : Dan peliharalah diri kamu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Timbul persoalan kenapa ada orang islam masuk neraka. Ulama mengatakan bahawa orang Islam yang masuk neraka ini adalah mereka yang hidup secara kafir iaitu perangai dan perbuatannya mereka yang menyamai perbuatan kafir seperti tidak sembahyang, minum arak dan sebagainya. Selain itu juga mereka lebih mengutamakan dan menyayangi dunia berbanding akhirat.

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Ibrahim: 3)

Orang Islam masuk neraka untuk membersihkan diri mereka daripada dosa, umpama padi yang ditumbuk dengan lesung untuk mendapatkan beras. Setelah dikeluarkan beras barulah ianya dimasak. Manakala orang kafir masuk neraka untuk dihina. Orang Islam yang masuk neraka tidak digantikan kulit setelah diazab tetapi orang kafir yang masuk neraka diganti kulit untuk diazab lagi.

An-Nisaa [56] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Tidak Ada Kematian di Neraka

Orang yang masuk ke dalam neraka itu tidak hidup dan tidak mati, bak kata pepatah “hidup segan mati tak mahu“.

Al-A’laa[13] : Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Furqaan [13] : Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (bagi melepaskan dari azab itu).
Mereka meminta kebinasaan (dimatikan semula) kerana tidak tahan dengan seksaan azab neraka itu.

Furqaan [14] : (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya).

Minuman Ahli Neraka

Minuman mereka adalah air panas, tembaga cair, danau, air danau iaitu darah bercampur nanah, air dari kemaluan perempuan berzina yang mati tidak bertaubat.

Muhammad [15]…..orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?….

Al-Kahfi [29] …dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.

Ibrahim [16] Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur (wanita-wanita penzina).”(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Tiada Jalan Keluar Bagi Kafir

Apabila orang kafir naik ke lapisan atas dan hendak keluar dari neraka, mereka dicampak kembali oleh malaikat ke dalamnya:

Al-Hajj [22] : Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Bekas Ahli Neraka

Manakala orang Islam yang masuk neraka pula akan keluar umpama bekas banduan dan selepas itu samada mereka memakai kalung atau di dahi mereka tertulis perkataan “bekas ahli neraka”.

Daripada Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w Baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’ (Bukhari). “:

…..Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalung, sehingga para ahli syurga dapat mengenali mereka. Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga, tanpa amal yang mereka kerjakan dan tanpa kebaikan yang mereka lakukan.

Namun di syurga Allah memenuhi apa saja permintaan ahlinya, lalu mereka meminta agar dipadamkan tanda “bekas ahli neraka” itu.

Oleh itu berjaga-jagalah agar tidak dimurkai Allah. Apabila Allah murka, nerakalah tempatnya.
Aku telah menciptakan neraka bagi mereka yang telah menderhaka kepada-Ku (wa khalq-tu al-Nara li-man ‘asa-ni), tidak mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli

Semoga Allah s.w.t. melindungi mereka yang ingin lari daripada azab api neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan hanya bersedeqah sebiji buah tamar” (Riwayat Muslim).

Sekian, Semoga memberii manfaat

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... bila baca N3 ini kakak rasa macam nak duduk rumah aje... betul keluar kerja pun satu amal tapi melihat sekeliling kita nie kadang buat kita pun sesak. Nak nasihat takut org kecil hati, tak nasihat bimbang dikira syubhat.

Betapa siksa api neraka itu benar dan bersamalah kita menjadi yg terbaik ye Kak Werdah...

aby said...

salam k werdah ..
definasi orang-orang yang kufur adalah orang2 yg mengingkari perintah2 allah ..
bila sebut kufur bukan sahaja org kafir yg kufur, malan org islam sendiri ramai yg kufur ..

dalam ahli unnah wal jamaah ..
pendosa besar tidak dikira kafir tp diketogori dalan penderhaka kpd ugama.. dan patinya neraka adalah tempatnya sehingga mereka ni dapat keampunan ...
cuma jgn sekali mensyirik kan allah spt perbuatan org kafir ..
memang fi ha ho li dun lah dalam neraka tu ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Begitulah keadaan akhir zaman ni kan, kita jadi takut, lebih-lebih lagi bila kita membaca kisah-kisah seperti ini.

Ya kakZakie, marilah kita sama-sama menjaga diri, berbuat yang terbaik semoga kita terpelihara.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya aby.. dosa syirik tidak terampun kecuali sempat bertaubat, tidak seperti Firaun yang hampir tenggelam baru nak mengaku Tuhan Bani Israel itu Tuhannya. Na'uzubillahi min zaalik.

Pendosa lain (yang akhir ucapannya La ilaaha illallah) biarpun tak sempat bertaubat mungkin dengan rahmat Allah dia dapat pengampunan daripada Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allahua'lam