Monday, December 12, 2011

Suasana Alam Akhirat (63) Ayat 128 Surah al-An'aam


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu'alaikum,

Segala pujian hanya bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Dalam ruangan ini kali ini saya suka merujuk kepada tafsir al-Quran oleh ustaz Haji Abdul Hadi Haji Awang dalam ruangan tafsir al-Quran Harakah 6 - 8 Muharram 1433 H bersamaan 2 - 4 Disember 2011.

Allah berfirman:


A128

Maksudnya : "Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah memperbanyakkan pengikut-pengikut daripada manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui." (Al-An'aam 6:128

Dalam ayat di atas Allah menyuruh nabi Muhammad SAW supaya menyampaikan berita buruk kepada SYAITAN dan RAKAN-RAKANnya di kalangangan MANUSIA tentang balasan azab di akhirat akibat daripada perbuatan jahat mereka di atas muka bumi.

PADA hari kiamat itu Allah SWT menghimpunkan syaitan di kalangan jin dan rakan-rakan mereka di kalangan manusia yang tatkala di dunia itu memohon pertolongan daripada syaitan dan menurut segala perintah syaitan.

Kedua golongan sayaitan dan manusia ini bekerjasama dalam menyampaikan idea dan nasihat untuk menyesatkan manusia dengan perancangan dan pelan tindakan yang jahat sehingga mereka layak menerima balasan neraka pada hari kiamat.

Allah berfirman : "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah memperbanyakkan pengikut-pengikut daripada manusia" Dalam ayat ini ada maksud tersembunyi di sebalik firmanNya kerana Allah tidak menyebut secara langsung apakah sebenarnya dan bagaimanakah syaitan-syaitan itu memperbanyakkan manusia menjadi rakan mereka mereka.

Caranya ialah tidak lain dan tidak bukan dengan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dan menjadikan manusia sebagai hamba syaitan.

Itulah maksud yang tersembunyi sebagaimana Allah berfirman dalam surah Yaa Siin ayat 60 - 62

A060

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yaa Siin 36:60)

A061

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (Yaa Siin 36:61)  

A062


"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (Yaa Siin 36:62


Seterusnya Allah berfirman: Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia"Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan)

Ayat ini sebagai jawapan daripada apa yang Allah firmankan kepada syaitan sebelum ini sebagai suatu perakuan dan kenyataan yang sebenar apa yang telah berlaku semasa mereka berada di duni.. Kelak di akhirat manusia yang menjadi kawan-kawan syaitan itu membuat pengakuan bahawa mereka masing-masing telah mengambil manfaat dan bersenang-senang daripada segala perbuatan keji mereka antara satu sama lain.

Syaitan mengambil manfaat dan bersenang-senang dengan perbuatan menyesatkan manusia ; hasilnya mereka disembah, dipuja dan ditaati dan memperbanyakkan kawan-kawan mereka daripada kalangan manusia. Manakala manusia pula yang disesatkan telah mengambil manfaat dan bersenang-senang dengan segala kemewahan dan maksiat hasil daripada kerja jahat mengikut arahan syaitan semasa berada di dunia dahulu.

Antara kerja yang menurut arahan syaitan:

  • Mengikuti budaya orang-orang kafir.
  • Hiburan yang melampau.
  • Menjauhkan umat daripada agama Islam.
  • Memuja artis; menjadikan artis sebagai kayuukur serta ikutan.
  • Bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan.



Pola pemikiran hedonisme jelas melencong daripada tujuan dan matlamat hidup seseorang Muslim.

Tajuk asal : Ramai manusia tersesat dengan tipu daya syaitan hingga mempertuhankannya.

Sekian, semoga memberikan manfaat.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Kak Werdah.... sayangnya kini yg nyata boleh menyesatkan selalu diwar-warkan seolah-olah indah dan cantik dijadikan sebagai ikutan. Kalau yg menuju jalan Allah tidak pula diwar-warkan malah sukar utk menembusi masyarakat ramai...jumlahyg turut serta pun boleh dibilang dgn jari...

Moga kita sentiasa beringat yg syaitan tak akan putus menggoda/ menghasut selagi kiamat belum tiba.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam KakZakie

Itulah permainan syaitan yang menampakkan yang baik itu sebagai tak elok dan sebaliknya. Nampaknya kita kena mula dengan diri sendiri; dakwah diri ilallah kemudian diharapkan orang-orang dalam lengkongan kita akan mengikuti kita..

aby said...

salam k werdah ...
percaya kpd jin, iblis dan syaitan adalah sebahagain dari akidah kita. perlu kita yakin atas kewujudan mereka sbb telah tetulis crita mereka dlm alquran ..

sesungguhnya dan diri kita ada sentuhan malaikat dan sentuhan syaitan. sentuhan malaikat adalah bila kita berbuat baik dan mengajak org lain buat kebaikan. manakala sentuhan syaitan pula adalah bila kita berbuat jahat mengajak org lain berbuat jahat ...

bila kita megikut bisikan syaitan,
berbalik la kpd allah spt dalam ayat al mukminun,

[97]
Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
[98]
“Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Itulah benteng bagi kita orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat. Kita yakin dengan berita baik dan ancaman dalam kitabullah. Dan kita sentiasa memohon pertolongan daripada syaitan yang direjam. semoga kita tetap baerada di atas jalan yang lurus sehingga bertemu dengan Allah SWT.. Amiin