![]() |
| Gambar Hiasan : Googles |
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum.
Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir
seluruh alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad, keluarga serta para
sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.
Lama tak update blog.. Hari ini alhamdulillah diberi kekuatan meng'update'. Itupun copy n paste daripada sebaik-sebaik kekayaan adalah kaya jiwa .. ditulis dalam ruangan komen di link yang diberi.
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)
Walaupun ayat ini dinasihatkan kepada Qarun namun kena dijadikan panduan oleh
kita semua.
Ada dua tujuan Allah ciptakan segala yang ada di bumi dan langit iaitu aqidah
dan kebendaan
Allah ciptakan segala-galanya untuk menunujukkan kesempurnaan qudrahNya.
Seolah-olah Allah berkata; "Wahai Anak Adam! lihat tumbuh-tumbuhan,
binatang dan semua yang Aku ciptakan ini supaya kamu boleh lihat
kesempurnaanKu. Melihat semuanya itu kamu semakin sedar kewujudan Aku.
Dengan melihat segala ciptaan Allah, manusia akan yakin kepada Allah SWT, bila
lihat cili bersebelahan tebu tetapi rasanya berbeza, akan berkata seperti dalam
ayat ali Imran 191
Sekarang kamu dah dapat rasa kesempurnaan qudrah Allah SWT maka rasalah,
nikmatilah kurniaanNya.
Apa saja yang Allah berikan kepada kita pastikan bahawa semua itu adalah wasilah
untuk mencapai kejayaan di akhirat. Ambil sedikit untuk kegunaan di dunia tapi
jangan lupa fungsi asalnya.
Bila orang diberi 10 tapi hanya perlu 3 maka yang 7 itu jadikan wasilah untuk
akhirat.
Orang yang sihat tentulah bepeluang buat baik lebih daripada orang sakit.Orang
kaya tentulah lebih berpeluang daripada orang miskin tapi bukan bermaksud orang
miskin susah memasuki syurga.
Hamka ada menulis, jika kamu seorang yang kaya senang-senangkan hatimu kerana
Allah telah membuka jalan yang lebar bagi kamu untuk ke syurga, jika kamu
seorang yang miskin senang-senangkan hatimu kerana dengan kemiskinan kamu, kamu
terbebas daripada kedengkian orang, dengan kemiskinan kamu, kamu boleh tidur di
mana-mana tanpa rasa takut.
Senang-senangkan hatimu, pastikan apa yang Allah SWT berikan kepada kamu itu
kamu gunakan sebagai wasilah untuk akhirat, tak salah gunakan sebahagiannya di
dunia. Itulah qana'ah. Sebahagian besarnya untuk tujuan akhirat.
Abu abbas al-Mursi kata masa manusia terbahagi kepada 4 sahaja; masa nikmat,
masa susah, masa taat dan masa maksiat. Apapun masa kita pastikan kita gunakan
untuk tujuan akhirat.
Setiap hamba Allah mempunyai EMPAT waktu, iaitu
1. Waktu mendapat nikmat.
2. Waktu mendapat ujian dan cubaan.
3. Waktu melakukan ketaatan.
4. Waktu melakukan maksiat.
Apabila mendapat nikmat bersyukurlah, bila waktu mendapat ujian dan cubaan;
redha dan bersabarlah, jangan sekali-kali berkeluh kesah.
Waktu melakukan ketaatan; ingatlah bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan
kekuatan, beristighfar serta berdoalah agar ibadah diterima.
Waktu melakukan maksiat, ingatlah Allah Maha Pengampun lalu bersegeralah
bertaubat.
Daripada segi qalbun salim, bila kita sakit jangan segera minta sembuh, bila
rugi jangan segera minta untung sebab bila kita sakit atau rugi Allah berikan
kita peluang untuk sabar. Jangan mengeluh. Allah Maha Tahu apakah amalan
hambaNya yang mudah dilakukan oleh hambaNya sebagai jalan menuju ke syurga..
Orang sakit jangan dengki kepada orang sihat, orang rugi jangan dengki kepada
yang untung. Jadi bersabarlah. Allah dah kata bila orang tu diberikan nikmat
bila bersyukur tak perlu minta Allah tambahkan. Orang musibah tak perlu
berkeluh kesah, lihat Nabi Yunus dah ditelan ikan, dia tak mintapun dilepaskan
tapi asyik mengaku kesilapan diri, memuji Allah, lihat bagaimana Allah
mengampunkan dan meninggikan darjat.
Mengembalikan amalan kepada Allah itulah ikhlas jika mengembalikan kepada diri
sendiri itulah ujub maka akan terhumban ke neraka. Merasa dah buat banyak
kebaikan bercakap seolah-olah apa yang kita buat dah banyak.
Mudah-mudahan memberi manfaat.

