Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.
Suatu ketika saya YM dgn anak ketiga saya; dia bagi satu alamat blog.
Mak bacalah N3 tu fsl kiamat 2012. Betul ke mak?
Saya kata; mana boleh ramal bila nak berlaku kiamat. Kita tak boleh tetapkan tarikh dan tahun. Jika kita cuba pandai2 nak tetapkan tarikh; maknanya kita dah amik tugas Allah. Kita ni tak tahu; sdgkan Allah MAHA TAHU.
Kita cuma kena ambil tahu tanda2 hari kiamat kmd kita kena sediakan amal.
Bila nak jadi, Allah je yg tahu.
Kata Ustaz bila Allah berfirman mula dgn IZA bermaksud perkara tu pasti berlaku dan masanya amat dekat. Contoh dlm surah An-Nasr ayat 1
إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); (1)
Ayat ini Allah turunkan kpd Nabi Muhammad saw sebelum pembukaan Kota Mekah.. akhirnya Nabi dapat menawan Mekah daripada kaum musyrik Mekah; dan surah al-Waqi'ah, al-Zalzalah bila disebut IZA makna pasti berlaku dan masanya dekat. Dekat di sini Allah sahaja yg tahu.
Saya membaca N3 dp blog tu.. tp saya lupa pula nak savekan alamat blog ni.
Kemudian saya tengok channel 551 spt yg dicadangkan..
Kemudian sekarang ni ada pula ditayangkan filem 2012. Saya tak menontonnya.
Saya masih berpegang kpd Allah saja MAHA TAHU bila nak kiamat.. tp tanda2 kiamat sudah banyak ditunjukkan kpd kita.
Di bawah ni saya ambil daripada Dakwatuna.com dan saya edit sedikit. Mudah2an bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi hari kiamat. Jangan cuba membuat ramalan!
Dalam (surah An-Nazi’at [79] : 42 - 46) Allah swt berfirman:
Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. (44) Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (45) (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. (46)
Allah swt. menjelaskan bahwa hanya DiriNya sahajalah yang tahu [(ilaa rabbika muntahaahaa (44)]. Hinggakan Rasulullah saw pun tidak diberitahu oleh Allah tentang hari dan tahun datangnya Kiamat. Berdasarkan ayat ini, ramai para ulama berpendapat bahawa haram hukumnya meramal-ramal tentang datangnya hari Kiamat. Dan memang sejak dulu pelbagai ramalan ditulis tentang datangnya hari Kiamat, namun semua ramalan tersebut meleset.
Jangan buat ramalan.
Orang-orang beriman tidak perlu turut sibuk dengan ramalan bahawa Kiamat akan datang pada tahun 2012.
Mengapa? Kerana beberapa alasan berikut:
Pertama: Tidak ada yang tahu hal yang ghaib, kecuali Allah. Dan masalah datangnya hari Kiamat adalah masalah ghaib. Seperti datangnya kematian, hanya Allah yang tahu. Maka, menyibukkan diri dengan meramal-ramal yang ghaib adalah perbuatan yang bukan hanya sia-sia, tetapi lebih daripada itu, telah menganggap dirinya sama dengan Allah. Ini suatu kesombongan yang sangat Allah benci.
Kedua: Banyak hadits sahih yang menjelaskan adanya tanda-tanda besar sebelum Kiamat terjadi. Dan tanda-tanda tersebut bukan tanda-tanda simbolik melainkan tanda yang sebenarnya. Seperti datangnya Dajjal, hadirnya Imam Mahdi, terbitnya matahari dari barat dan lain-lainnya. Maka sebelum tanda-tanda tersebut muncul, tidak mungkin Kiamat terjadi. Dan disebutkan bahawa jarak waktu antara tanda-tanda tersebut juga berlangsung cukup lama. Maka tidak cukup dengan hanya menganalisa fenomena alam lalu menyimpulkan bahwa Kiamat akan segera terjadi pada tahun 2012.
Ketiga: Orang-orang beriman mempunyai prinsip dan pegangan yang kuat berdasarkan wahyu. Maka tidak sepatutnya orang-orang beriman terikut-ikut seperti orang-orang kafir. Ingat, bahwa pegangan pokok dalam masalah ghaib bukan ramalan, melainkan keterangan wahyu. Maka sekiranya tidak ada keterangan jelas daripada wahyu, mengenai kepastian datangnya hari Kiamat, sungguh tidak perlu mengira-ngira. Sebab setiap yang berdasarkan kira-kira, tidak boleh dijadikan ketetapan dalam keimanan.
Keempat: Yang paling penting dalam menghadapi kedatangan hari Kiamat, bukan meramal-ramal bila (hari dan masa) hari Kiamat, sebab Kiamat pasti terjadi, cepat atau lambat. Dan Allah telah memastikan hal tersebut. Yang paling penting adalah apa yang kita persiapkan menuju alam akhirat. Dan tidak ada persiapan bekal menuju alam akhirat yang lebih baik daripada pada amal saleh yang ikhlas. Suatu hari Rasulullah saw. ditanya oleh salah seorang sahabat: “Bila hari Kiamat (mataas saa’ah)? Rasulullah saw menjawab: maa a’datta lahaa (yang penting, apa yang kau persiapkan).?”
Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka sebaiknya orang-orang beriman dalam menangani pelbagai ramalan, tidak perlu ikut bingung, cukuplah dengan bersungguh-sungguh beramal saleh, kerana kita semua kelak pasti akan mati, dan alam ini kelak pasti akan Allah hancurkan sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Wallahu a’lam bishshawab.
4 comments:
terima kasih..entry ni buat saya tersentuh..
Salam Soleha.
Alhamdulillah. Mudah2an kita tak terikut2 percaya akan ramalan org2 yg ingin memesongkan aqidah kita.
salam kak..hmm..dh pelbagai2 dh ramalan yg sy dngr dan terima melalui email sy..tp sy yakin bkn lah tarikh yg diramal tersebut akan berlakunya kiamat..mane x nye..bukankah waktu bila terjadinya kiamat hnya Allah shja lebih mengetahuinya..jadi tarikh yg diketahui oleh manusia tu semestinya bukan tarikh yg tepat.tp kemungkinannya adalah mungkin jg tarikh yg berdekatan.contohnya 2011 ke,2015ke..sape tahu kan.wallahua'lam..tp yg lbh penting adalah memadailah dngn kita mengetahui yg mana kiamat telah hampir kpd kita..bila waktunya tu x perlu nk dikira..yg pastinya sudah hampir tiba.mudah2an matinya kira dlm keadaan beriman hndknye.insyarallah
Salam Syah.
Benar. Kiamat pasti terjadi. Bila dan dekatnya? Allah sahaja yang Tahu bila? Mudah2an dgn mempercayai Kiamat tu dekat dan pasti, kita kena menambahkan kekebaikan dan jgn menambahkan kejelekan diri.
InsyaAllah.
Post a Comment