Monday, July 20, 2009

Suasana Alam Akhirat (6) - Surah al-A'la (yang paling tinggi)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam entri2 yang lepas telah dinyatakan bahawa daripada 114 surah yang terdapat dalam al-Quran, 80 daripadanya Allah terangkan tentang hari akhirat/kiamat..

Kenapa begitu?..

Itulah untuk menunjukkan rahmat Allah yang berupa nikmat melalui al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw untuk memberi peringatan kepada kita.. betapa mustahak kita mengingatkan diri kita tentang pastinya mati dan pastinya berlaku hari kiamat dan pasti akan menerima balasan di sana nanti..

Kenapa dikatakan nikmat atau rahmat? sebab jika Allah tidak menyampaikan nikmat atau rahmat berupa berita ancaman ini kepada kita.. tidaklah kita menyiapkan diri (dengan bekalan) untuk mati dan untuk hidup kembali dan seterusnya nak pilih untuk duduk di dalam neraka ataupun di dalam syurga..

Pilihan di tangan kita.. kerana di dunia Allah beri pilihan sama ada nak buat baik atau nak buat jahat (dikatakan begini kerana di dunia apabila kita buat jahat kita tidak nampak balasan segera daripada Allah swt).. tetapi di akhirat nanti kita tidak lagi diberi pilihan.. apa saja keputusan Allah ketika itu kita tidak dapat menolaknya.

Dulu saya mulakan dengan:

1) Surah al-Qalam (Pena) ayat 42 - 45
2) Surah al-Muzammil (Yang berselubung) mulai ayat 10 - 19
3) Surah 78 - Al-Muddaththir (yang berselimut) ayat 8 hingga 56
4) Surah Al-Lahab/al-Masad (gejolakan api/lidah api)
5) Surah At-Takwir (menggulung)

Kini dalam entri ke enam berkenaan suasana alam akhirat ini dihuraikan:

Surah Al-A'la ( yang paling tinggi) iaitu surah ke 87 ayat 9 - 13

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى

Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu akan memberi manfaat (9)


سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَى

Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran (10)


وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى

Dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhi peringatan (11)


الَّذِي يَصْلَى النَّارَ الْكُبْرَى

Iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka).(12)


ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيہَا وَلَا يَحۡيَىٰ

Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.(13)


Dalam surah ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberi peringatan akan adanya hari kiamat/akhirat.

Orang2 beriman terus menerima peringatan ini kerana mereka takutkan siksaan Allah sedangkan orang2 kafir /tidak beriman merupakan orang2 yang mendapat kecelakaan kerana menjauhkan diri daripada peringatan.. tidak mahu mempercayai al-Quran dan mereka sombong.

Paling hebat dalam surah ini..ialah tentang ayat yang bermaksud : "Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup".(ayat 13) .. tentang suasana kiamat ini ialah bahawa orang yang masuk neraka itu tidak hidup dan tidak pula mati. sepintas lalu susah nak difahami.. sebab biasanya kalau orang hidup dia pastinya tidak mati dan kalau mati pastinya dia tidak hidup.. bagaimana pula dikatakan tidak akan mati dan tidak pula hidup.. cuba bayangkan..

Erti yang sebenarnya ialah jika dia dikatakan mati pasti dia tak terasa siksaan.. sedangkan dia merasa siksaan.. dan dikatakan tidak hidup pula kerana dia terus menerus mendapat siksaan.. tidak henti2.. dengan kenyataan ini seharusnya manusia akan dapat merasakan betapa hebatnya siksa Neraka itu..

Kenyataan ini lebih ngeri daripada dikatakan siksa sampai mati.. kerana jika seseorang itu disiksa terus menerus tentu dia akan memilih mati daripada hidup.. sebab dengan mati akan berakhirlah penderitaan akibat penyiksaan itu.. cuba bayangkan bagaimana rasanya disiksa terus menerus..

Para sahabat Nabi Muhammad saw setiap kali mendengar atau membaca surah ini mereka menggigil ketakutan sedangkan kita yang tidak memahami bahasa al-Quran akan membaca dan mendengar dengan tersenyum (Na'uuzubillah)..

Sebab itu Rasulullah saw diperintahkan terus menerus memberi peringatan jangan sampai jemu untuk menghindarkan manusia daripada terjerumus ke dalam api neraka pada hari akhirat nanti..

Semoga kita sama2 ambil peringatan ini dan berusaha bersungguh2 untuk elakkan diri daripada terjerumus ke dalam api yang bergejolak..

p/s tadi tonton iktibar tsunami Banda Acheh (teragedi 26 Disember 2004.. menurut Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz itu adalah tanda2 kiamat kecil)



No comments: