Monday, November 5, 2012

Ingat; "Setiap daripada kita dipertanggungjawabkan..."

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.


Marilah kita berselawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.



Apa khabar semua pembaca!. Harap semuanya sihat dan beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.  

Hari ini, Alhamdulillah selesai mendengar kuliyah ini -  "Persoalan di alam barzakh - Tanyalah Ustaz di TV 9" melalui youtube di bawah. Biarpun apa yang dikuliyahkan selalu kita dengar namun perlu sentiasa diperingatkan (untuk diriku terutamanya). Allahuakbar.


Ustaz telah membaca Surah Qaaf ayat 16 hingga 32 yang terjemahannya seperti di bawah sebagai muqaddimah kuliyahnya.
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (16) Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. (17) Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (18) Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! (19) Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (20) Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (21) (Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22) Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk kamu dibicarakan). (23) (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.di dunia dahulu (24) Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan segala kebenaran, (25)Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya. (26) (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. (27) Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). (28) KeputusanKu itu tidak akan diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. (29) (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? (30) Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32)"
Allah berikan segalanya supaya kita menggarap ganjaran di akhirat, carilah bekalan pada hari ini untuk akhirat. Siapa yang beralasan sibuk maka bertakwalah. 

Di sini diberitakan tentang persoalan azab di alam barzakh. Dengar soalan senang namun bolehkah kita jawab nanti.

(Sila klik pada butang play  pada audio di bawah, disalin daripada sini


Bila Allah sebut "setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia ini" kita kena buang sifat sombong. Jangan fikir nak buat benda-benda yang tak baik. Di alam kubur bukan sahaja kita nak fikir sama ada boleh jawab soalan-soalan tadi tapi kita kena fikir tentang kesudahan kita semasa sakratul maut.

Kubur ialah tempat mula-mula kita nak ke mahsyar.. Syarat-syarat mudah dihisab, jika soalan boleh dijawab dengan baik maka tak perlu risau di mahsyar.

Kamu pasti ditanya nikmat yang diberikan apakah yang dilakukan terhadapnya. Ingat; "setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia ini"

Teringat lirik lagu waliband - Ingat mati:

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astaghfirullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Allah swt berfirman maksudnya : "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! "(At-Takaasur [102] : 1 - 3)


Sekian, catatan untuk peringatan kepada diri. Semoga memberi manfaat.


Link berkaitan :

1)  Surah Qaf
2) Pertanyaan di alam barzakh
3) Penghinaan di hari akhirat
4) Sakarat

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikuk Kak Werdah... menghayati urutan suroh Qaaf yg Kak Werdah bariskan buat hati rasa kecut dgn amalan bagaikan tak cukup lagi.

Bacaan Talkin pun meremang bila menghayati. Betul walau bagaikan tahu apa juga soalan mungkar-nangkir tapi bagaimana mahu menjawab kalau amalan tidak setimpal. Allah... berilah aku/keluarga dan saudara-saudaraku peluang utk terus menjadi hamba yg taat. Amin..

Werdah said...

Wa,alaikumussalam kakzakie

Semasa berubat dengan perubatan syifa al-hidayah (Ustaz Luqman n Ashraf Muslim) ada disuruh mengamalkan membaca ayat-ayat ini mulai ayat 16 hingga akhir sakit tulang belakang kak ni..bila baca terbayang kematian..sakarat dan amalan-amalan.

Ya kakzakie..semoga kita tergolong di dalam kalangan orang-orang yang taat..Allahumma Amiin

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum kak.

Mati perlu dihayati dan diamati.
Mengingati mati bukan utk menganggu tenang hidup.
Tapi utk menjadikan hidup ini lebih bererti.

Erti hidup dan makna mati.

p/s: brodband tgh nazak jadi x boleh tgk youtube tu.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Shameel

Begitulah seharusnya kita fahami
Ingat mati buat kita sentiasa ingin menyayangi diri.

A-wahan itu menjadikan kita takut mati
Kerana harta dan dunia ingin terus kita cari.

Mudah-mudahan nazak broadband tu tak terus mati tapi pulih kembali..

Terima kasih Shameel