Thursday, September 17, 2009

Suasana Alam Akhirat (24) - Surah Taha طٰه

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di sini dicatatkan suasana alam akhirat sperti yang digambarkan dalam surah طٰه


1) Ayat 74 hingga 76


Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang dia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahanam yang dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. (74) Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang dia beriman, serta dia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: (75) (Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat. (76)


Siapa yang mengerjakan larangan Allah semasa hidup di dunia disebabkan kufur dan derhaka akan mendapat balasan Neraka Jahanam. Keadaan mereka yang tinggal di dalam neraka ini digambarkan sebagai tidak mati dan tidak pula hidup. Keadaan ini sama seperti yang diterangkan dalam surah al-a'la ayat 11 hingga 13, yang telah saya huraikan di sini dan dalam surah Fathir ayat 36 yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka Neraka Jahanam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa) dan tidak pula diringankan azab Neraka itu dari mereka dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya. (36) ertinya org2 yg berada di dalam neraka itu tidak bebas daripada siksaan dan tidak akan mendapat kesenangan.

Manakala bagi siapa yang beriman (percaya kpd Allah dan apa yg dibawa oleh RasulNya) dan mengerjakan amalan soleh mereka beroleh darjat atau kedudukan yang tinggi lagi mulia di akhirat. Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Sesungguhnya penduduk syurga yang paling tinggi (Ahli 'illiyyin) sememangnya dapat melihat org2 yg berada di atas mereka spt melihat bintang2 yang beredar di kaki langit disebabkan kebaikan mereka yg sangat banyak. Org2 itupun bertanya: Ya Rasulullah! Adakah itu tempat para Nabi? Dijawab oleh baginda: Bahkan! Dan Demi Tuhan yang diriku dibawah kekuasaanNya mereka itulah org2 beriman dengan Allah dan percaya kpd Rasul2 yg diutuskan
. Mereka ini akan kekal di dalam syurga-syurga yang juga kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat..



2) Ayat 102 hingga 112

(Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam (keadaannya) menjadi biru. (102)
Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja. (103)

Pada hari kiamat setelah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala pada kali terakhir semua org2 kafir yang berdosa akan dihimpunkan dalam keadaan pucat kerana ketakutan dan rasa cemas. Mereka ini berbisik2 sesama mereka tetapi tidak dapat menyuarakan kata hati dgn jelas dan terang disebabkan rasa takut. Ada juga di antara mereka berkata: Kamu hanya tinggal di dunia selama sepuluh hari sahaja. Mereka menyebut sedemikian kerana mereka bingung disebabkan suasana alam akhirat itu terlalu hebat hinggakan mereka rasa hidup mereka di atas dunia dahulu amatlah singkat. (Beginilah yang kita rasa sekarang iaitu jika kita merasai kesusahan keadaan terasa amat lama manakala jika mendapat nikmat kesenangan kita rasa terlalu sekejap masa berlalu).


(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat. (104)

Allah menjelaskan bahawa Dialah yg lebih mengetahui apa yg mereka bisikkan ttg lama sebenarnya mereka tinggal di dunia dan ada di kalangan mereka yg lebih baik fahaman dan pemikiran mengatakan mereka hanya tinggal satu hari sahaja di dunia. Inilah kata2 Allah utk memaklumkan kpd manusia bhw org2 kufur akan cepat sekali melupakan kelazatan dan nikmat yg mereka telah alami semasa berada di dunia apabila mereka bersua dgn peristiwa yg menggemparkan dan menggerunkan, sehingga org yg paling baik di kalangan mereka pun berkata mereka hanya tinggal satu hari di dunia.


Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin. (105)
Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. (106) Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. (107)

Pada hari kiamat nanti gunung2 akan dihancurkan oleh Allah swt sehancur2nya sehingga menjadi debu yang berterbangan ditiup angin. Tempat tertegaknya gunung itu akan menjadi rata kosong dan licin tiada lagi kelihatan lembah yg merupakan bahagian tanah yg rendah dan tidak ada pula bahagian tanah yg tinggi yg menyekat pemandangan.


Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan. (108) Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (daripada dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya. (109)
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia) dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. (110)

Pada hari yg menakutkan itu kelihatan org2 yg berkumpul mengikut suara yg menyeru mereka agar berkumpul untuk diberi perhitungan dan pembalasan. Masa ini tidak ada seorangpun dapat lari dp penyeru mereka malahan mereka dengan cepatnya menuju ke arah penyeru dan bersedia mengikut arahan dengan tidak kedengaran suara kerana lemah dan takutnya mereka. Pada masa itu mereka tahu bahawa tidak ada raja yg memerintah seluruh alam ini kecuali Allah. Pada hari itu tidak ada gunanya lagi pertolongan yg dipinta baik dp sesiapapun kecuali jika Allah yang bersifat Pengasih itu memberi izin supaya diberi pertolongan kerana Allah menyukai perkataan org yg diberi izin itu dan atas kerelaanNya. Pengecualian ini hanya atas kehendak Allah semata2.



Setelah Allah menerangkan ttg tiada gunanya pertolongan melainkan dgn izinNya Allah memberikan alasannya iaitu Allah sudah pun tahu apa yg ada di hadapan mereka pada hari kiamat nanti (yg ada di hadapan) dan apa yg akan mereka kerjakan semasa di dunia (yang ada di belakang mereka).


Menurut riwayat Ibnu Abbas ra: Nanti org2 yg fasik akan disukai oleh Allah dan Dia rela kepadanya kerana pada akhir kehidupan org itu mengucap kalimah La ilaha illallah.

Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. (111) Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang dia beriman, maka tidaklah (seharusnya) dia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. (112)



Di akhirat mereka akan menundukkan muka mereka kerana menyerah diri kepada Allah Pencipta alam, Dialah yg Maha Perkasa kerana hidupnya kekal dan tidak mati lagi Berkuasa mentadbir sekelian makhluk. Dan org2 yg zalim mendapat kerugian manakala org2 yg beriman dan beramal soleh akan mendapat pahala, tidak takut diinaya dan pahala mereka tidak akan berkurangan.

Ayat 123 hingga 126

Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. (123) Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124) Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? (125) Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. (126)


Ayat2 ini mengingatkan kita manusia akan peristiwa terusirnya Nabi Adam as dan Iblis daripada syurga, dan mereka turun ke dunia dan bermusuh2an . Siapa yg mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yg ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap org2 yg diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.

No comments: