Friday, September 25, 2009

Suasana Alam Akhirat (25) - Surah As-Syu'ara (Ahli-ahli syair) Ayat 90 hingga 102

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ini sambung tentang suasana hari akhirat seperti dalam surah As-Syu'ara ayat 90 hingga 102. Mudah2an kita dapat mengambil ingatan dan seterusnya memelihara diri kita daripada terjerumus ke dalam api neraka.



Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. (87) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. (88) Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (89)


Sebelum ayat2 di atas (87 hingga 89) Nabi Ibrahim as berdoa memohon kebahagiaan untuk dirinya di dunia dan akhirat serta memohon keampunan untuk bapanya. Dia juga seterusnya memohon supaya di akhirat nanti dia tidak dimalukan disebabkan kekurangan dan kesalahan yg dilakukan di dunia.


Ayat 88 Allah menerangkan bahawa hari kiamat nanti adalah hari yang amat menggerunkan dan menggemparkan. Tidak ada manusia yang terlepas daripada siksaan Allah walaupun ditebus dengan harta dan anak yang banyak. Hanya yang berguna di akhirat nanti ialah orang2 yang membawa hatinya yang ikhlas, datang dengn hati yang bersih daripada dosa, hati yang tidak dipengaruhi nafsu yang tak pernah puas, dan hati yang bersih daripada sifat tamak kepada kemewahan hidup. Jika anak pinak yang rapat pun tidak dapat menolong apa lagi kaum kerabat yang jauh. Dikhaskan perkataan anak2 di situ menunjukkan bahawa anak2 itulah org2 yg paling hampir dgn ibu bapa. manakala harta pula telah diriwayatkan bahawa para sahabat bertanya : "Kalaulah kami tahu apakah harta yang paling baik, tentu kami mahu mengambilnya". Maka dijawab oleh Rasulullah saw :"Harta yang paling utama ialah lidah yang dapat berzikir, hati yg dapat bersyukur dan isteri yang baik yang dapat menolong orang Mukmin menguatkan imannya".


Setelah Allah swt menerangkan bahawa harta dan anak2 tidak akan berguna di akhirat, Allah menerangkan pula bahawa yang berguna nanti di akhirat ialah perbuatan menjauhkan diri daripada kufur.

Seterusnya Allah menerangkan beberapa perkara yang akan berlaku di akhirat:

1. وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa. (90)

Pada waktu itu syurga menjadi dekat kepada orang2 yang bahagia, mereka dapat melihatnya, mereka bergembira kerana dihimpunkan dekat dengan syurga. Mereka inilah orang2 yang bertakwa iaitu yang memelihara diri daripada segala kejahatan.

2.
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ

Dan diperlihatkan Neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (91)

Pada waktu itu juga neraka kelihatan dekat, terbuka dengan terang kepada orang2 celaka sehingga mereka dapat mendengar suara nafas neraka, yg menjadikan mereka kecut dan takut. Dan mereka yakin bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Didekatkan neraka kepada mereka supaya mereka lebih cepat menjadi takut dan gerun. Mereka dilupakan kerana pada waktu mereka hidup di dunia mereka telah melupakan Allah swt.

3.
وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ

Serta dikatakan kepada mereka: Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu. (92)
Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri? (93)

Mereka ini akan dicela krn kebodohan mereka, mereka akan ditanya
: "Manakah dia benda-benda yang kamu sembah dan kamu pertuhankan dahulu?. Benda2 itu bukanlah layak disembah, benda2 itu hanyalah patung dan berhala. Apakah merka boleh mendatangkan faedah apabila mereka kamu sembah sehingga dapat pula mereka menolong kamu?" Jawapannya ialah tentu tidak boleh, bahkan mereka tidak dapat menolong diri mereka pun.

4.
فَكُبۡكِبُواْ فِيہَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُ ۥنَ وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ

Lalu mereka dihumbankan ke dalam Neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, mereka dan orang-orang yang sesat bersama. (94)
Termasuk juga bala tentera iblis semuanya. (95)

Berhala2 yg mereka sembah itu segera (mula2) dilemparkan ke dalam neraka, kemudian diikuti oleh orang2 yang tersesat kerana menyembah mereka. Seterusnya para tentera iblis dan syaitan2 dihumbankan ke dalam neraka kerana merekalah yang jadi pemimpin menyesatkan anak2 Adam as supaya menyembah selain Allah. Allah sengaja menceritakan bahawa orang2 yang tersesat itu dikemudiankan terhumban ke dalam neraka daripada berhala2 yang mereka sembah supaya mereka (manusia) dapat menyaksikan betapa siksanya benda2 yang dibaham oleh api neraka.


Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam Neraka: (96) Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, (97) Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam (98) Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. (99)


Di sini Allah menceritakan bagaimana orang2 yang menyembah berhala itu semasa berada di akhirat. Mereka bertengkar di dalam neraka dengan berhala2, iblis dan juga syaitan yg mengajak mereka menyembah berhala. Penyembah2 berhala merasa bahawa mereka tertipu oleh pujukan syaitan dan iblis atau yang menjadi pemimpin mereka. Mereka mati2an mengatakan dengan bersumpah: "Demi Allah! Sesungguhnya kami terang2 telah tersesat. Sebabnya kami telah jadikan patung2 sebagai Tuhan kami yang kami samakan dengan Tuhan Pencipta alam, padahal tuhan yang palsu, tidak lain dan tidak bukan yang menyesatkan kami adalah syaitan yang berdosa lagi durjana, yang memujuk dan menipu kami". Pengakuan mereka ini sama seperti dalam surah Al-Ahzab ayat 67,

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۟

bermaksud
:"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar"). (Al-Ahzab - 67)

Mereka juga saling menuduh (antara pengikut dan ketua ) seperti dalam Surah Sod ayat berikut:

(Penjaga Neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu. (Ketua-ketua itu berkata): Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka. (59) Pengikut-pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan. (60) Mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam Neraka. (61)

Kesimpulannya ialah orang2 yang menyembah berhala pada hari akhirat nanti akan melihat gambaran sebenar tuhan palsu mereka dan mereka akan mengaku kesalahan mereka yang paling besar lalu menyesal kerana menuruti kehendak pemimpin yang menyesatkan mereka.

Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, (100) Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. (101) Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. (102)


Penyesalan mereka itu diperkuatkan lagi dengan mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sekarang iaitu pada hari ini (akhirat) mendapati tidak ada siapapun yang menolong kami, sedangkan kami dalam kesukaran yang amat sangat, tiada pula sahabat karib yang setia dan boleh menunjukkan kasih sayang mereka".


Penyesalan ini timbul kerana mereka terlalu takut kepada siksaan yang bakal mereka terima. Lantaran itu mereka berkata: "Seandainya kami dapat kembali lagi ke dunia nescaya kami akan berbuat kebajikan dan beraml soleh, bukan berbuat seperti apa yang kami perbuat sebelum ini, sehingga apabila kami dimatikan dan dibangkitkan semula di akhirat dapatlah kami jadi orang2 beriman dan tidaklah mendapat siksaan seperti ini.


Ayat ini samalah dgn ayat 53 surah Al-A'raf yang bermaksud:


Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan? Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu. (53).

No comments: