Assalamu'alaikum.
Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Rasullulah saw bersabda, “Tiada suatu yang lebih kusukai daripada dua titisan, iaitu titisan darah yang tumpahan darah kerana jihad fisabilillah dan titisan air mata yang mengalir kerana rasa takut dan rindu kepada Allah” (HR Turmudzi).
Dalam riwayat lain, “Tiada setitis yang lebih disukai Allah ‘Azza wajalla daripada setitis darah di jalan Allah”. (HR Aththahawi).
Betapa mahalnya titisan air mata yang mengalir itu kerana ibadah, titisan air mata itu menjadi benda berharga. Di tengah-tengah kehidupan yang serba moden, fatwa-fatwapun sudah tidak bijak dan seronok untuk didengar; fatwa itu tidak tersentuh lagi, kerana banyak yang dipinda bersesuaian dengan kepentingan diri dan hampir melemahkan potensi diri.
Di tengah-tengah kehidupan itu, pernahkah kita, walaupun sekali, berasa pilu, menumpahkan air mata ketika kita bangun di tengah malam, mengadukan hidup yang penuh dengan noda dan dosa ini kepada Dia yang Maha Rahmat? Ibarat tanah yang gersang, padang yang kering semua, tumbuh2an yang layu, maka datanglah rintik hujan jatuh dari langit, begitulah air mata penyesalan, air mata kerinduan, air mata manusia yang tawadhu’ dan para pendosa yang bertaubat, bagaikan menghapus ‘kegersangan’ jiwa yang penoh dosa tadi. Jiwa yang layu menjadi tegak dan tumbuh kembali optimis, kegelisahan qalbu yang gersang dengan pelbagai nista, kini pupus, bagaikan debu-debu yang hanyut terbawa arus.
Rasullulah saw.. kekasih Allah, menumpahkan air mata, kerana penuh harap untuk bertemu denganNya? Sayyidina Abu Bakar ash-Shidiq ra. sentiasa menangis ketika mendirikan solat? Mereka adalah manusia pilihan Allah. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di hadapan Allah. Dalam Suatu hadis; seusai solat (fardhu) Rasullullah saw beristighfar kepada Allah tiga kali, “Ya Allah Engkau Maha Pemberi ketenteraman dan perdamaian. Daripada Engkaulah datangnya ketenteraman dan perdamaian, wahai Rabb yang Maha Memiliki keagungan dan kemuliaan.” (H.R.Muslim) .
Bagaimana dengan kita? Pernahkah kita seperti manusia pilihan Allah itu? Tatkala kita lahir, kita menangis dan orang-orang di sekeliling kita tertawa terbahak-bahak bahagia kerana menyambut kedatangan kita, maka ketika kita mati nanti, jadikanlah kita tertawa bahagia kerana akan bertemu dengan Allah Sang Maha Kekasih, walaupun orang-orang yang kita tinggalkan menangis pilu karena kehilangan anggota keluarga yang mereka cintai.
Sesungguhnya, menangis di dunia itu lebih baik bagi kita daripada kita menangis di akhirat nanti. Sebab itu, sudah sepantasnyalah setiap kita waspadai diri, agar kita terhindar daripada kegersangan jiwa yang nista, agar kita terhindar daripada tipudaya manusia yang tidak tahu bertaubat. Padahal Rasulullah saw bersaba, “Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang menangis kerana takut kepada Allah” (HR.Tirmidzi dan Abu Hurairah ra).
Kita mengarungi samudera dunia, bukan untuk tenggelam terpikat oleh ilusi fatamorgana. Kayuhlah biduk kehidupan kita, dan seberangi samudera dunia untuk mencapai tujuan abadi syurgawi. Kerahkan seluruh potensi untuk tetap survive dalam perjuangan menembus badai samudera, sesekali kita boleh menyelam, tetapi ingatlah! Tujuan kita bukan untuk mati tenggelam, tetapi tujuan kita yang hakiki adalah mencapai pantai kebahagiaan sebagai ultimate goal daripada segala makna yang kita berikan untuk kehidupan.
Kita tengok wajah kita setiap hari di muka cermin, bersolek dan hiasi tubuh kita, tetapi jangan lupa menengok figura rohani kita. Hiasi dan percantikkanlah qalbu itu, adakah hari ini iman kita lebih baik daripada iman kita pada hari semalam? Adakah prestasi amal kita lebih baik menyongsong hari-hari yang semakin singkat dan pendek. Lahir, hidup, mati, kemudian dilupakan orang! Tergolek abadi menanti pengadilan akhir daripada kehidupan yang panjang.
Ya Allah! apa yang telah diperbuat oleh hamba selama ini? Jawapannya ada dalam dada masing-masing. Apakah hamba hanya mengumpulkan dosa dan menanti kematian? Jawapannya, entahlah, hati kita yang menjawab dengan lancar walaupun lidah terdiam malu. Anas ra. berkata, “Pada suatu hari, Rasullulah Saw. berkhutbah, belum pernah saya mendengar khutbah seperti ini, lalu beliau bersabda, ‘Andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis.’ Mendengar ucapan Rasullullah ini, seluruh sahabat menutup mukanya masing masing sambil menangis tersedu-sedu” (HR.Bukhari- Muslim).
Allah berfirman, “Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? (59) Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? (an-Najm [53] : ayat 59-60 )
Selanjutnya dalam QS al-Isra [17] ayat 107 -109, Allah berfirman, "....kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); (107) Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. (108) Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (109).
Sumber : Sini
No comments:
Post a Comment