Assalamua'laikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.
Di bawah ini adalah sambungan ayat2 dalam surah Al-An'am yang memberikan gambaran apa yang berlaku pada hari akhirat kelak.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.
Di bawah ini adalah sambungan ayat2 dalam surah Al-An'am yang memberikan gambaran apa yang berlaku pada hari akhirat kelak.
Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut daripada manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka daripada golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian daripada kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (128)
Allah menyatakan betapa besarnya pengaruh jin iaitu Iblis dan syaitan kepada manusia2 yg kafir. Org2 kafir menolak ajaran Rasul2 sebaliknya mengikuti ajakan Iblis atau Syaitan. Dalam mahkamah pengadilan di akhirat nanti, bila tiba giliran; para jin akan didakwa, bahawa mereka bersalah kerana telah menyesatkan manusia. Bangsa manusia pula dengan secara kebetulan mahu digoda. Jadi, manusia juga didakwa kerana mahu mengikut ajakan syaitan yg menyesatkan mereka. Mereka juga bersalah. Jelasnya kedua2 golongan ini didakwa bersalah; satu menyesatkan manakala satu lagi disesatkan. Apabila mereka didakwa; golongan manusia ini mengaku ada bersukaria bersama jin sebagaimana jin bersukaria semasa mengajak mereka menjerumuskan diri dalam kemaksiatan. Lalu Allah berfirman; nerakalah tempat bagi mereka, tinggallah di dalamnya selama2nya kecuali apa yg dikehendaki Allah. Allah sahajalah yang mempunyai kekuasaan penuh utk membuat hukuman dan keputusan dan Allah pula yang boleh mengubah sesuatu hukuman dan keputusan kerana Dialah Allah Yg Maha Bijaksan Lagi Maha Mengetahui.
Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian daripada orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (daripada perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu). (129)
Dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa Allah akan menimpakan azab kepada golongan jin dan manusia yang telah menyesatkan dan mahu disesatkan sebagaimana yg disebut dalam ayat sebelumnya. Sebagaimana Allah berkuasa menimpakan azab kepada yang menyesatkan, allah juga akan menyiksa sesiapa yg ikut turut dalam kesesatan. Org2 zalim dalam ayat ini ialah penginaya, yg setengahnya ditakdirkan Allah berkuasa dan mempunyai jawatan untuk memimpin dan memerintah; lalu mereka memimpin dan memerintah dan zalim. Mereka ini jadi zalim disebabkan ada penyokong2 yg mahu menyokong kezaliman mereka. Sesiapa yg menyokong kezaliman nescaya Allah timpakan kezaliman ke atasnya.
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (130)
Pada hari akhirat nanti para penginaya yg terdiri dpd golongan jin dan manusia akan disoal oleh Allah swt tentang seruan para rasul yg diutus Allah kpd mereka. Adakah seruan itu tidak sampai sehingga mereka tidak beriman? Ayat ini merupakan hujjah untuk menolak sekiranya mereka memberi alasan bahawa mereka tidak pernah diutuskan para rasul kpd mereka. Para ulama kebanyakannya berpendapat bahawasanya para rasul itu tidak ada yg terdiri dpd kalangan jin, mereka berpendapat bahawa semua rasul adalah daripada kalangan manusia, tetapi allah swt memerintahkan agar jin mendengar segala perintah Allah yg disampaikan oleh para rasul dpd kalangan manusia. Dalam surah al-Ahqaf ayat 29; Allah berfirman: "Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (Al-Ahqaf [46] :29)
Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saw diutusakan untuk semua golongan manusia dan jin. Semua manusia dan jin yg bersifat zalim itu akan mengakui bahawa mereka sebenarnya telah didatangi para rasul. Mereka mengaku bahawa kemewahan hidup di dunia dan keseronokan mementingkan hawa nafsu, isteri2, anak2, harta kekayaan, nama, pangkat dan pengaruh semuanya itulah yang melalaikan mereka daripada menyahut seruan para rasul dan mengikuti ajarannya.
Disebabkan masa pada hari akhirat itu sangatlah panjang, berlakulah pelbagai keadaan yang berubah2. Apabila org2 kufur, syirik, zalim dan sebagainya ketika disoal dalam mahkamah perbicaraan Allah kadang kala mereka mengaku salah, kadang2 tidak mengaku bersalah kerana melihat keadaan org2 mukmin yg begitu selesa beroleh balasan baik akibat amalan salih mereka semasa di dunia.
No comments:
Post a Comment