Wednesday, January 12, 2011

Hidupnya insan tiada yang abadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi ini menonton youtube di bawah untuk renungan dan peringatan buat diri.. saatnya pasti kan tiba .. pasti.. hanya masanya tidak diketahui..




Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami (2X)

Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami (2X)

Talqin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami (2X)
*******
(Mari dengar talkin klik)

6 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Semoga akak sihat/

Sayu rasa mendengar nasib dari hijjaz ni.

Segalanya betul belaku.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Alhamdulillah kak sihat.. semoga Ani juga sihat

Merenung dan muhasabah diri pagi-pagi semoga untuk kita segalanya akan berkhir dengan kesudhaan yang baik.

aby said...

salam k werdah ..

betul tu,
hidupnye insan tiada yg abadi ..
taatilah ape yg telah ditetapkan
sementara nyawa dikandung badan ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalan aby

InsyaAllah, mudah2an kita diberi kekuatan untuk mentaati segala suruhan dan menjauhi segala larangan.. amiin

deena farhana said...

salam alayk makcik werdah..

sayu je..moga kita semua menjadi hamba yg diredhai allah..

slm syg utk makcik dr deena:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Deena.

Semoga kita dapat berusaha..Salam sayang juga buat Deena :)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails