Friday, January 7, 2011

Semoga Kita Bukan Di Kalangan Orang-orang Yang Lupa

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman:

A172

Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari sulbi (tulang belakang) mereka, dan Allah jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku ini Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Bahkan! Sesungguhnya (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raaf 7:172)


Allah SWT dengan rahmatNya menjadikan manusia dan seluruh makhluk ciptaanNya dengan dengan fitrah demi kesenangan dan kebahagiaan hidup masing-masing. Dalam ayat di atas Allah memberitahu kita bahawa sejak manusia di alam ruh, manusia telah membuat pengakuan bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan (Rabb) dan manusia itu sendiri menjadi saksi terhadap pengakuan mereka. Bagiamanpun apabila jasad dan ruh ditemukan dan manusia hidup di atas muka bumi ini mereka lupa akan pengakuan mereka buat semasa di alam ruh.  

Lupa itu bukanlah alasannya, sebab Allah dengan rahmatNya juga mengutuskan para nabi dan rasul serta kitabNya untuk mengingatkan manusia. 

Begitu juga dengan ikrar keimanan kita dalam solat seharusnya manusia jangan lupa:

A162
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)
A163
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (Al-An'aam 6:163
Demikianlah Allah SWT menghendaki kita  manusia menyedari akan apa yang kita ikrarkan semasa di alam ruh. Begitu juga dalam tahiyyat, kita nyatakan kesaksian dengan menyatakan bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Pelbagai cara Allah menyediakan kemudahan agar manusia tidak lupa kepada ikrar, supaya mereka tidak lalai daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Andainya manusia masih juga lupa atau lalai bermakna mereka tidak menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai hamba yang patut mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Allah sentiasa menyeru manusia supaya ingat tempat kembali dan sentiasa memberi petunjuk:


A025
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). (Yunus 10:25
Allah juga memberi peluang memohon keampunan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat agar semua manusia yang dicintaiNya kembali kepadaNya dengan mendapat tempat kediaman yang aman damai serta sentosa yakni dar al salaam.

Semoga kita kekal di atas hidayahNya dan mendapat tempat yang sentosa kelak. Amiin.

4 comments:

Kakzakie said...

Salam Kak Werdah,

Selalu membaca doa iftitah tapi selalu juga lupa yang kita dah berjanji dgn Allah hidup dan mati adalah kerananya.

Syaitan pula memang tak pernah lupa janji untuk sentiasa menggoda anak-cucu Adam.

ummu said...

assalamualaikum kak werdah
semoga kita selamat dunia akhirat,amin.
risau juga kerana saya sendiri selalu lupa.

Werdah said...

wa'alaikumussalam kakzakie

kita manusia kebanyakannya begitu, termasuklah diri kak yang menulis ni, kadang2 timbul rasa takut nak menulis.. selalu lupa dan hilang khusyuk di tengah perjalanan..

Harapan pada awalnya amat besar..

mudah2an kita diampunkan segala dosa kita.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ummu

Semoga ummu sentiasa dalam perlindungan Allah SWT

Allahumma amiin

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails