Wednesday, January 19, 2011

Suasana Alam Akhirat (58) - Surah al-An'am (Sambungan)

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluaraga dan para sahabat. 

Kelak pada hari akhirat kamu akan bersendirian:
A094
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-An'aam 6:94)
Berkata Hasan al-Basri, didatangkan anak Adam pada hari kiamat kelak seperti orang yang sombong yang tidak membawa apa-apa. Segala soalan yang diajukan kepadanya seperti ditujukan kepada orang yang sombong.
Allah akan bertanya kepada anak Adam itu; "Di manakah semua benda yang Aku kumpulkan untuk kamu di dunia dahulu?"
Anak Adam itu menjawab; "Engkau telah mengumpulkannya dan telah mengurniakan kepadaku tetapi semuanya aku tinggalkan atau semuanya telah pergi daripadaku."
Allah bertanya lagi: "Di manakah hadiah dan kurniaan yang Aku berikan kepada kamu dahulu, Aku lihat tidak ada apapun yang kamu bawa, di manakah sesuatu yang Aku pernah hadiahkan kepadamu?" 
Ertinya pada hari ini semua perkara yang kamu suka si dunia dahulu (rumah, kereta, tanah, kawan, dan apa sahaja yang nafsu kamu inginkan) semuanya kamu tinggalkan.
Kamu datang dalam keadaan keseorangan, kamu datang menemui Allah SWT dalam keadaan asal kamu, tidak memiliki apa-apa, seorang diri untuk diperhitungkan segala amalan yang kamu lakukan di dunia dahulu.
Akan dihisab semua perkara yang kamu buat, harta kamu digunakan untuk apa, ilmu kamu, kamu buat apa dengannya, keluarga kamu ke mana kamu tuju arahkannya, agama kamu bagaimana kamu hayatinya dan sebagainya.  Soalan2 ini yang ditujukan kepada orang-orang yang beiman.
Bagi orang-orang yang tidak beriman, Allah mengejek mereka. Allah bertanya :"Di manakah Tuhan-tuhan kamu yang kamu sembah selain Aku pada hari ini? Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu seru untuk menentang Aku, memusuhi Aku dan orang-orang yang menyeru kepada menegakkan agamaKu? Di manakah harta benda yang, pangkat kedudukan kamu yang kamu banggakan dan kamu himpun untuk menghancurkan agamaKu dan mereka yang memperjuangkannya?
Mana dia kekuasaanmu yang kamu gunakan dahulu untuk menghalang agamaKu ditegakkan. Ke mana perginya semua itu. Kamu dulu begitu sombong kepadaKu. Pada hari ini di manakah kemegagan kesombonganmu itu? "
Mereka menjawab: "Semua itu aku tinggalkan dan tidak akan bersamaku pada hari ini. Bahkan aku tidak memiliki apa-apapun pada hari ini."
Semua itu menjadi bahan ejekan dan persoalan, perhitungan dan pertanggungjawaban. Ejekan kepada mereka yang kufur kerana menyangka sembahan mereka dahulu dapat memberikan syafaat kepada mereka. Tetapi amat mendukacitakan kerana semuanya itu fatamorgana dan dakwaan mereka semata-mata.
Pada hari kiamat semuanya terputus segala sebab musabab, terputus segala khayalan dan dakwaan, terbongkar segala keburukan dan kebaikan. Pada hari itu semuanya jelas terpampang di depan mata.
Apabila Allah menyeru mereka supaya menunjukkan segala kemegahan, keangkuhan semasa di dunia dulu, mereka tidak dapat menunjukkannya. Semuanya tunduk takut dan gerun tidak berani mengangkat muka.
A074
Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" (Al-Qasas 28:74)
A092

"Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu - (Asy-Syu'araa' 26:92)


A093
"Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? ' (Asy-Syu'araa' 26:93)
Justeru itu Allah berfirman : 
Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu (Al-An'aam 6:94) .
Yakni yang kamu anggap sekutu-sekutu kamu sama seperti Allah yang boleh memberi manfaat kepada kamu itu semuanya pembohongan yang besar.
 Justeru itu Allah berfirman lagi : Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-An'aam 6:94)
Pada hari ini (kiamat) kamu terputus perhubungan dengan semua itu. Dakwaan kamu tidak benar. Semua sembahan kamu adalah palsu bahkan membawa bencana dan bala kepada kamu pada hari ini, dan kamu akan dicampak ke dalam neraka akibat syirik yang kamu lakukan.
Sumber rujukan : Tafsir surah al-An'am oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Benar apa juga yg kita miliki sebenarnya Allah beri sebagai pinjaman di dunia semata-mata.

Banyak syirik terdapat disekeliling kita yg sukar dibendung. Takutnya.....

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Sangat benar, syirik bukan hanya menyembah berhala.. terdapat dalam perkataan kita juga.. mudah2an kita sentiasa berwaspada dengan segala tindajn dan ucapan... terima kasih kakzakie.. kakpun takut juga

ibuintan said...

assalamualaikum kak werdah,

semoga akak sihat

takut sangat mengenangkan keadaan di hari kiamat kelak, tiada yang dapat disorok dan diselindungkan lagi

semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t

Anonymous said...

"Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" (Al-Qasas 28:74)

Di depan Tuhan, Benda2 yang mereka sekutukan dengan Allah tu pun tidak mengaku yang mereka menyuruh orang-orang tu menyekutukan mereka dengan Allah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ibuintan

Alhamdulillah kak sihat.. mudah2an ibuintan juga sihat

Sekecil-kecil perkara akan terbongkar.. ya sungguh menakutkan...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Ya benar, malah benda-benda yang disekutukan itu juga turut dimasukkan ke dalam api tetapi (jika katalah patung atau matahari) bukanlah Allah nak menghukum mereka tetapi nak menunjukkan bahawa mereka tu tak berkuasa.. Allah sahajalah SATU-SATUnya yang Berkuasa. Jika manusia pula (jika contohnya mereka menyesatkan orang-orang semasa di dunia mereka yang tersesat dan menyesatkan - sama-sama masuk neraka).. Para Nabi dan Rasul menjadi kesaksian selain anggota tubuh badan, bumi dan hari..

Cikgu Zam said...

salam kak werdah,
Pertamanya nak ucapkan berbanyak terima kasihhhhhhhhhhh sangat2 kerana sudi melawat blog saya walaupun saya lama tidak menulis baru2 ni kerana kesibukan dan kekangan keadaan masa. Keduanya nak ucapkan lagiiiii berbanyak terima kasih kerana akak banyak berkongsi ilmu2 agama di sini. bagusss sangat ilmu yang dikongsikan, sudah pasti sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita semua pada saat kematian dan balasan di Akhirat. Harap akak akan terus menulis ye......

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cikguzam

Semoga cikgu Zam sihat dan sentiasa dipermudahkan Allah dalam setiap urusan..

InsyaAllah akan berusaha.. semoga Allah berikan kekuatan.. kadang-kadang timbul rasa takut yang amat sangat nak menulis tentang ni.. takut tak seimbang dengan amalan.. mudah2an Allah bantu kita memperbaiki diri.. amiin