Thursday, December 10, 2009

Suasana Alam akhirat (37) - Surah Saba' (Surah 34 - Negeri Saba')

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat dalam surah Saba' iaitu surah ke 34 dalam al-Quran Al-Karim.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman. (31)

Dalam ayat 29 dan 30 Allah telah menyebutkan tentang ejekan orang2 kafir terhadap adanya hari kiamat disebabkan kejahilan mereka mengenainya dan juga diseb
abkan mereka tidak mahu mempercayainya. Lalu Allah menyuruh RasulNya memberitahu mereka bahawa akan ada suatu hari yang tidak perlu disangsikan dan tidak akan ditangguhkan walaupun sesaat untuk mereka bertaubat. Kedatangan kematian atau kiamat telah ditetapkan oleh Allah sehingga tiada siapa yang dapat menganjakkannya ke satu tempoh yang lain.

Dalam ayat 31, Allah menyebutkan tentang kumpulan orang2 kafir yang bagaikan membenatak telah berkata bahawa mereka tidak akan sekali2 beriman dengan kitab al-Quran dan juga kitab2 lain sebelumnya iaiutu Taurat, Injil dan Zabur begitu juga kepada apa jua yang mengandungi perkara2 ghaib seperti adanya hari kiamat dan akhirat. Kemudian Allah memaklumkan kepada RasulNya;Kalau engkau lihat keadaan mereka dengan kehinaan yang mereka tempah di akhirat kelak akibat daripada kezaliman mereka, maka kelihatanlah semasa dibicarakan di hadapan Allah, keadaan mereka sedang rancak bercakap2 sesama mereka. Seperti dalam ayat2 dalam surah2 sebelum ini, pada hari akhirat nanti akan ada pertengkaran antara orang2 yang menjadi pengikut dan juga penganjur daripada pelbagai aliran kepercayaan palsu. Mereka menempelak antara satui sama lain; sebahagian mereka menyalahkan sebahagian yang lain kerana kononnya mereka dipengaruhi supaya mengikut kesesatan yang dianjurkan. Pihak yang menjadi pengikut atau pak turut akan menyalahkan ketua2 mereka yang sombong dan angkuh semasa di dunia dahulu dengan berkata: "Kalau tidak kerana kamu telah menghalang-halangi kami untuk mengikut hidayah pasti kami menjadi orang2 yang beriman". Demikianlah mereka menyesal sesesal2nya.


Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayat petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa. (32)

Dalam pertengkaran antara ketua2 dengan pengikut2 yang tertindas itu masing2 tak mahu diperslahkan. Bagi ketua2 semasa di dunia dahulu memanglah mereka merupakan tokoh2 pemimpin namun di akhirat; mereka menempelak pengikut2 dengan berkata; "Adakah kami menegah dan menghalang kamu daripada mengikut petunjuk dan kebenaran? Sebaliknya kamu sendiri yang rela menjadi pengikut, lalu memilih berbuat dosa kerana memilih kufur daripada beriman".

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (33)


Orang2 yang menjadi pengikut dan berada dalam kekufuran itu menjawab; "Kami telah dihalang oleh tipudaya kamu yang memperdayakan kami malam dan siang; iaitu menyuruh kami mengingkari allah swt, sambil menyembah selain Allah.

Semoga menjadi peringatan kepada kita bahawa ketaatan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain yang menyimpang daripada ajaran Rasul semasa berada di dunia kan menjadi permusuhan semasa di akhirat.

dengan pertengkaran itu kedua2 pihak telah menyembunyikan rasa geram dan marah serta menyesal tidak terkira dan tak berkesudahan akibat kesalahan mereka di dunia. Di Padang Mahsyar mereka melihat siksa yang menanti mereka. Allah menyediakan siksa kepada mereka dengan meletakkan pasung daripada besi api neraka di tengkok mereka. Hukuman itu adalah tepat dan setimpal dengan kesalahan mereka semasa di dunia yakni mereka kufur dan melakukan dosa. Allah sekali2 tidak menginayai hamba2Nya.

Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Dia bertanya kepada malaikat: Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu? (40) Malaikat menjawab: Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan daripada pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi). (41) Maka pada hari ini, masing-masing di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya; dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim (yang berlaku syirik) itu: Rasalah azab Neraka yang kamu dahulu mendustakannya. (42)

Pada hari semua makhluk dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak, Allah akan mengemukakan pertanyaan kepada para malaikat seraya merujuk kepada orang2 kafir dan musyrik; "Adakah kamu telah menyuruh mereka ini menyembah kamu semasa di dunia dahulu?. Pada zahirnya pertanyaan itu dikemukakan kepada para malaikat namun yang dimaksudkan ialah menyindir pedas dan mencela tajam kpd kaum kafir dan musyrik untuk mengecewkan harapan mereka daripada mendaparkan syafaat daripada para malaikat yang mereka puja. Dan juga bagi membersihkan para malaikat kerana malaikat tidak pernah menyuruh mereka berbuat demikian.

Tentu sahaja para malaikat itu menafikan dgn mengatakan;" Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau. Engkau sahajalah Pelindung bagi kami menghambakan diri, bukanlah mereka menghambakan diri kepada kami. Kami bersih daripada dipertuhankan kaum musyrik dan lami tidak pernah mengaku sebagai Tuhan. Sebaliknya mereka menyembah bangsa jin kerana sebahagian daripada mereka percaya dan beriman kepada jin.

Al-Khazin menyebutkan di sini Jin yang dimaksudkan ialah syaitan. Para syaitan telah menggoda kaum musyrik agar tertarik untuk menyembah para malaikat. Ada kaul yang menyebutkan bahawa syaitan itulah yang berusaha mengadakan gambara2 malaikat dan meminta org2 musyrik menyebah gamabaran2 tersebut. Ada juga kaul mengatakan bahawa para syaitan telah masuk ke dalam rongga2 patung; apabila org2 menyembah patung bermakna mereka menyembah syaitan.

Setelah para malaikat menafikan tidak pernah menyuruh kaum musyrik menyembah mereka, Allah menambahkan kesedihan dan kekesalan mereka dgn menyatakan bahawa; Inilah hari seorangpun dapat menolong, apatah lagi patung2 yang dapat memberi manfaat dan menolak mudharat. Hanya Allah yang boleh menolong.

Kemudian Allah menitahkan dengan mencela; "Rasakanlah siksa neraka yang kamu dustakan dahulu. Sekarang kamu benar2 menemui neraka tersebut. Kamu mendengar sorak sorainya untuk menyambut kamu. Kamu hanya menggigit jari tanda menyesal namun sesal kemudian tidaklah berguna lagi".

Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab). (51)

Kelak pada hari akhirat Allah akan menyiksa org yang berterusan kufur, sombong dan berdegil. Allah memberitahuRasulNya; kelak engkau wahai Muhammad akan melihat mereka itu sungguh terkejut, kerana mereka dalam ketakutan di dunia kerana didatangi kematian. Mereka juga amat terkejut apabila mendengar jeritan yang amat dahsyat apabila dikeluarkan daripada kubur. Apabila mereka menyaksikan siksaan2 itu mereka tidak lagi dapat melarikan diri.

Dan (pada ketika itu) mereka berkata: Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w); (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh? (52)
Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh? (sudah tentu salah). (53) Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan. (54)


Allah menceritakan keadaan org2 kafir itu ketika tersiksa; masa itu barulah mereka akan mengakui kebenaran adanya Rasul dan ajaran2 yang yang dibawa olehnya. Mereka berkata; "Kami telah beriman dengan Allah dan malaikatNya, kitab2Nya dan beriman dengan Muhammad sebagai utusanNya dan juga rasul2 yang lain". Tetapi bagaimana mereka dapat berikrar sedemikian, kerana semuanya telah terlambat. masanya sudah luput dan sudah jauh tempatnya untuk menerima ikrar keimanan mereka. Hari sudahpun kiamat!! Di akhirat bukanlah lagi tempat untuk seseorang menyatakan keimanan masing2 dan mengerjaka amal salih. semau harapan untuk menjadi orang2 baik2 telah tiada lagi di akhirat kerana di sanalah tempat menerima ganjaran dan hukuman.

Mengapa pula keimanan mereka dapat diterima semasa di akhirat sedangkan semasa di duniamereka tidak mahu beriman. Mereka ingkar dan mendustakan para rasul. Mereka hanya membuat sangkaan tanpa sandaran yang betul lalu mereka menuduh bukan2 kpd Rasul dengan menuduh rasul itu penyair, tukang tenung atau ahli sihir dan pelbagai tuduhan palsu di samping tidak mempercayai adanya hari kebangkitan dan pembalasan. Maka sudah pastilah mereka terhalang untuk kembali ke dunia semula sebagaimana mereka mahukan untuk kembali beriman dan mengerjakan amalan salih. Sesungguhnya allah memperlakukan mereka sebagaimana Allah perlakukan kpd umat yg terdahulu yg mendustakan para rasul. Mereka ingin beriman apabila melihat siksa yang mengancam mereka namun keimanan mereka tidak diterima kerana ini merupakan peraturan Allah bagi sesiapa yg meragukan apa yang dibawa oleh utusan Allah.

2 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam...
Perkongsian ilmu yang bermanfaat. Mudah-mudahan dapat memberikan pengajaran kepada kita semua dalam menghadapi liku-liku hidup yang maha mencabar. Semoga kita sentiasa disinari dengan kebenaran sekalipun diterjah pelbagai halangan. InsyaAllah. Salam ukhuwwah :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros,

Minta maaf baru terbaca komen Ros.. insyaAllah ukhwah berpanjangan!! amiin