Saturday, October 2, 2010

Di Ambang Kiamat dan Kedatangan Imam Mahadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.





Allah SWT akan menurunkan Imam Mahadi agar membawa seluruh umat manusiakembali ke jalan yang sebenar dan selamat. Baginda SAW ada menyatakan bahawa pada peringkat pertama tugas Imam Mahadi ialah untuk memperbetulkan akidah umat Islam yang telah teruk tercemar.

Dalam hubungan ini Imam Mahadi terpaksa melaksanakan 3 tanggungjawab yang asas:

1) Menghapuskan mana-mana falsafah yang menafikan kewujudan Allah Yang Maha Esa serta melenyapkan fahaman Athiesma yang begitu meluas berkembang di seluruh pelosok dunia.

2) Menghapuskan segala bentuk bid'ah yang menyimpang daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Antara petanda yang dinyatakan dalam hadis tentang kedatangan hari kiamat ialah peningkatan air Sungai Furat yakni sungai yang terkemuka di Turki.

Untuk mengetahui selanjutnya teruskan menonton youtube di atas. Semoga memberi manfaat.

Boleh klik

Akhir Zaman - Imam Mahadi 1
Akhir Zaman - Imam Mahadi 2
Akhir Zaman - Imam Mahadi 3
Akhir Zaman - Imam Mahadi 4
Akhir Zaman - Imam Mahadi 5
Akhir Zaman - Imam Mahadi 6

8 comments:

ainhany said...

salam wehdah,

syukur.
pengisian dan tazkirah pagi yg mngajak minda berpikiq...

Menanti kehadiran imam mahadi?
Menunggu kehancuran dunia?
Kini dunia semakin parah..
falsafah bertebaran
kita menjadi sangsi
jalan yg SATU
(Muga ALLAH bantu kita mncari kebenaran)
Amin

Tmekasih atas perkongsian

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

NICE INFO AND N3
THK

aby said...

salam k werdah,
dalam satu kuliah yg saye hadiri, pernah ustaz crite psl kedatangan imam mahadi yg akan datang dgn berkude dan sebilah pedang di tangan nye ..
saye bertanya juge ustaz tu, mcm mane dia boleh berkuda dan berpedang shj sedang senjata dunia semakin moden dan canggih.

ust tu jwb, pd wktu tu, dunia dah balik kpd asal. senjata moden dah tk ade, minyak pun dah tk ade .. pedang imam mahadi ni la yg akan menolong org2 islam.

pd saye . crite boleh bermcm2 versi. tp yg penting kite kene percaya psl kedatangan hari kiamat tu dan bersedia menghadapi kiamat kecil kite ( kematian )

Werdah said...

Salam ainhany.

Kak ada membeli buku hari kiamat sudah dekat yang disarankan olehustaz zahazan hj muhammad semasa mendengar rancangan tafsirul quran di IKIM.FM, dalam buku ini bolehlah juga memahami serba sedikit tentang imam Mahadi, sebelum ini ada juga beli buku tentang imam Mahadi tetapi sukar nak memahaminya.

Mudah2an kita tetap berada di atas jalan yang lurus, jangan tersesat. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Sama-sama. insyaAllah ada manfaatnya dan membuat kita beringat-ingat tentang pengakhiran hidup kita.

Werdah said...

Salam aby.

Kadang-kadang ada cerita yang keliru daripada para pentafsir, contohnya mereka ni ambil bulat-bulat daripada kisah-kisah Israeliyyat, jadi kita kena tapis juga, jika kita sangsi kita hendaklah kembali kepada pegangan bahawa itu di luar kemampuan kita untuk berfikir.

Kak setuju dengan pandangan aby ni, kita sememangnya percaya pada hari kiamat dan balasanNya, sama ada syurga atau neraka dan kita wajib menyediakan bekalan untuk ke sana.

zulkbo said...

salam..
di manalah agaknya kita
nanati bila perkara ini berlaku
ye?moga kita menjadi golongan yang beriman dan umat nabi Muhammad SAW..

Werdah said...

Salam Zulkbo.

InsyaAllah, mudah2an dengan meningkatkan keyakinan bahawa kita sentiasa beriman kepada Allah dan hari kemudian, kita tetap mendapt redha Allah SWT. Amiin.