Wednesday, October 6, 2010

Solatlah sebelum kamu disolatkan!

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran [3] : 185)


Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput oleh Malaikat Maut.
Oleh itu bukalah mata hati dan berfikir.

Biarpun hidup kita hidup dipenuhi kemewahan kerana limpahan
kurnia daripada Allah SWT, kita tidak akan dapat lari daripadanya.

Terserahlah pada kita untuk memilih dan
memutuskan bagaimana kita menjalani hidup kita.

Biar bagaimanapun hidup kita, susah atau senang
janganlah kita derhaka. Apabila seruan Allah Hayya 'alas-solah,
Haiyya 'alal-Falah cepat-cepatlah kita sahut.

Ramai yang telah meninggal sebelum kita,
tetapi kebanyakan daripada kita jarang berfikir tentang
kehidupan kita sendiri dan akhirnya kita mati sendiri.

Bahkan ramai yang berkata lambat lagi mati,
ramai yang ingin sangat menghindari mati! Mereka berfikir akan
hidup selamanya. Mereka akan terus muda, sihat dan kuat.


Hayatilah video di bawah:

Mudah2an kita sentiasa jaga waktu pertemuan kita denganNya.






6 comments:

Acik Erna said...

salam cik gu.menarik apa yang dipaparkan..memberi ingatan sesama insan..terima kasih..

Werdah said...

Salam kak Erna.

Erna panggil kak werdah je, lagi mesra kan. Kak dah pencen lama dah.

InsyaAllah, kita sentiasa ingat mengingatkan, semoga kita dapat kesudahan yang baik. Amiin

aby said...

salam k werdah ...

dalam kite bersolat sebelum kite disolat kan,
elok juge kite solatkan org same seblm kite mengharapkan org solatkan kite ...

apepun entri yg baik dari k werdah ..

Werdah said...

Salam aby.

Semasa solat di masjidil haram dan masjid nabawi dapatlah pengalaman solat jenazah dan lama dulu ikut solat jenazah ayah mertua, selain tu tak pernah.

Mudah2an Allah permudahkan juga kesudahan hidup ini. Amiin

ibuintan said...

salam kak werdah,
peringatan yang baik kerana kita tidak tahu bila masa kita pula

Werdah said...

Salam ibuintan

Sama-sama kita ambil iktibar, insyaAllah. Mudah2an kita diambil dalam keadaan husnul khotimah.